Tambiau Forest House merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Tempat menarik ini terletak di dalam daerah Ranau iaitu lebih kurang 8.6 km dari Bandar Ranau, Sabah.
TAMBIAU FOREST HOUSE
Tambiau Forest House merupakan antara lokasi sesuai untuk mereka yang suka mengambil gambar pemandangan yang cantik seperti pemandangan ketika matahari terbenam di sebelah petang dan juga kepada mereka yang suka dengan aktiviti mendaki dan meredah hutan. Apabila anda mendaki dengan berjalan meredah hutan yang tebal di sini, anda akan berpeluang untuk melihat beberapa benda menarik seperti Bunga Rafflesia tapi bunga ni ikut masa juga ya untuk berkembang dan anda juga akan dapat melihat pelbagai spesis burung dalam hutan ini. Setelah sampai di kawasan penginapan pula anda boleh melihat sayur-sayuran yang ditanam berhampiran dengan penginapan tersebut dan sayur ni pula anda boleh petik untuk di masak dan makan sebab ia memang ditanam khas buat pengunjung yang datang ke sini untuk bermalam.
Kalau anda mengambil gambar di tempat-tempat yang telah dibina khas untuk bergambar, contohnya bergambar di jambatan seperti gambar di atas tidak boleh terlalu ramai berada di situ, lebih baik dalam satu atau dua orang saja dalam satu-satu masa, ini adalah untuk memastikan keselamatan lebih terjaga. Untuk mendaki ke puncak bukit ini adalah lebih baik jika anda datang dalam berkumpulan seramai 10 orang atau lebih agar dapat menjimatkan lagi kos anda. Ini kerana untuk mendaki ni anda kena buat bayaran untuk penunjuk jalan atau guide, dan seorang guide pula hanya boleh membawa 10 orang sahaja dalam satu-satu, jadi kalau anda ada 10 orang bayarannya adalah kurang untuk setiap orang tetapi kumpulan anda kurang 10 orang bayaran tiap seorang akan mahal sikit. Tapi terpulanglah pada anda sekiranya mahu datang dengan berapa orang pun, yang penting dapat sampai ke sini dan bergambar.
Selain daripada mendaki ke puncak bukit, terdapat juga beberapa aktiviti lain yang mungkin boleh anda lakukan di sini terutamanya bagi mereka yang ingin bermalam di tempat ini tidak kira bermalam di penginapana yang telah disediakan oleh pihak Tambiau Forest House bermalam di khemah sendiri. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan apabila berada di sini ialah seperti berjalan meredah hutan, memasak bbq, pergi melihat Bunga Rafflesia, memerhati burung dan juga aktiviti lasak. Selain itu anda juga mungkin belajar bagaimana orang dahulu hidup dan tinggal di dalam hutan.
Pihak Tambiau Forest House juga ada menyediakan beberapa kemudahan untuk para pengunjung atau pelancong yang datang ke sini tidak kira sama ada pelancong dari dalam atau luar negara yang datang menginap atau berkhemah di sini. Kemudahan ni mungkin tidak seberapa sebab tempat ni pun di adalah di kawasan hutan anda haruslah faham. Apa pun dengan adanya kemudahan ini sekurang-kurangnya dapatlah memberikan sedikit keselesaan kepada pengunjung. Antara kemudahan yang ada disediakan di tempat ini ialah seperti :
Alamat :
Kredit Gambar : Tambiauforesthouse
Tambiau Forest House (THF) adalah salah satu tempat menarik di Ranau, dan tempat ini merupakan lokasi mendaki (hiking) dan berkhemah yang menyajikan suasana pemandangan yang cukup cantik dan indah. Tempat ni sebenarnya terletak di dalam Kampung Tambiau Ranau, yang berada di tengah Hutan Tiung Gayo. Titik permulaan (starting point) untuk ke TFH adalah di Dewan Mini Kampung Tambiau, dan jarak dariada dewan ini ke TFH ni pula adalah sejauh 3.6 km untuk perjalanan pergi dan juga balik. Anda ada dua cara untuk ke sini iaitu menggunakan kenderaan pacuan 4 roda yang cuma 5 minit saja untuk sampai ke lokasi, tapi kalau jalan kaki ataupun mendaki akan memakan masa yang lama sikit iaitu lebih kurang 90 minit untuk pergi dan balik.
Tambiau Forest House merupakan antara lokasi sesuai untuk mereka yang suka mengambil gambar pemandangan yang cantik seperti pemandangan ketika matahari terbenam di sebelah petang dan juga kepada mereka yang suka dengan aktiviti mendaki dan meredah hutan. Apabila anda mendaki dengan berjalan meredah hutan yang tebal di sini, anda akan berpeluang untuk melihat beberapa benda menarik seperti Bunga Rafflesia tapi bunga ni ikut masa juga ya untuk berkembang dan anda juga akan dapat melihat pelbagai spesis burung dalam hutan ini. Setelah sampai di kawasan penginapan pula anda boleh melihat sayur-sayuran yang ditanam berhampiran dengan penginapan tersebut dan sayur ni pula anda boleh petik untuk di masak dan makan sebab ia memang ditanam khas buat pengunjung yang datang ke sini untuk bermalam.
Kalau anda mengambil gambar di tempat-tempat yang telah dibina khas untuk bergambar, contohnya bergambar di jambatan seperti gambar di atas tidak boleh terlalu ramai berada di situ, lebih baik dalam satu atau dua orang saja dalam satu-satu masa, ini adalah untuk memastikan keselamatan lebih terjaga. Untuk mendaki ke puncak bukit ini adalah lebih baik jika anda datang dalam berkumpulan seramai 10 orang atau lebih agar dapat menjimatkan lagi kos anda. Ini kerana untuk mendaki ni anda kena buat bayaran untuk penunjuk jalan atau guide, dan seorang guide pula hanya boleh membawa 10 orang sahaja dalam satu-satu, jadi kalau anda ada 10 orang bayarannya adalah kurang untuk setiap orang tetapi kumpulan anda kurang 10 orang bayaran tiap seorang akan mahal sikit. Tapi terpulanglah pada anda sekiranya mahu datang dengan berapa orang pun, yang penting dapat sampai ke sini dan bergambar.
Selain daripada mendaki ke puncak bukit, terdapat juga beberapa aktiviti lain yang mungkin boleh anda lakukan di sini terutamanya bagi mereka yang ingin bermalam di tempat ini tidak kira bermalam di penginapana yang telah disediakan oleh pihak Tambiau Forest House bermalam di khemah sendiri. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan apabila berada di sini ialah seperti berjalan meredah hutan, memasak bbq, pergi melihat Bunga Rafflesia, memerhati burung dan juga aktiviti lasak. Selain itu anda juga mungkin belajar bagaimana orang dahulu hidup dan tinggal di dalam hutan.
Pihak Tambiau Forest House juga ada menyediakan beberapa kemudahan untuk para pengunjung atau pelancong yang datang ke sini tidak kira sama ada pelancong dari dalam atau luar negara yang datang menginap atau berkhemah di sini. Kemudahan ni mungkin tidak seberapa sebab tempat ni pun di adalah di kawasan hutan anda haruslah faham. Apa pun dengan adanya kemudahan ini sekurang-kurangnya dapatlah memberikan sedikit keselesaan kepada pengunjung. Antara kemudahan yang ada disediakan di tempat ini ialah seperti :
Kemudahan :
01. Penginapan
02. Elektrik
03. Pengangkutan
04. Tandas
05. Tempat bbq
06. Tempat unggun api
07. Tapak perkhemahan
08. Kedai minum mini
09. Tempat bergambar
10. Guide
Kemudahan (penginapan) :
01. Katil (2 orang)
02. Katil 2 tingkat
03. Tilam tambahan
04. Bantal
05. Tuala
06. Bilik air
07. Dapur
Anda juga sebaiknya membuat beberapa persiapan sebelum datang ke sini iaitu dengan memikirkan apa barang yang perlu unduk di bawa dan pastikan bawa barang penting yang anda rasakan akan digunakan bila berada di tempat ini. Di sini mungkin saya boleh bagi beberapa barang penting yang anda harus bawa iaitu seperti makanan basah jika anda mahu memasak, makanan kering seperti keropok, minuman tidak kira air mineral atau air manis, bawa lampu suluh juga ya, selain itu anda boleh bawa penyembur nyamuk sebab ini adalah kawasan hutan yang sudah pasti akan ada banyak nyamuk. Barang lain yang perlu anda bawa ialah selimut atau baju tebal, dan bagi yang mahu berkhemah pastikan anda membawa khemah anda sendiri.
Untuk ke sini sangat-sangat digalakkan untuk anda memandu kenderaan sendiri tetapi kalau boleh bawa kenderaan pacuan 4 roda sebab jalannya yang tidak berapa baik. Kalau anda tidak ada kenderaan pun tidak jadi masalah sebab kumpulan anda boleh naik bas ke Ranau, lepas tu sewa kereta yang menuju ke Kampung Tambiau dan bayar ikut pakej yang anda berminat tetapi pastikan pakej tersebut adalah termasuk dengan pengangkutan pergi dan balik dari THF ini.
Waktu operasi :
Setiap hari : Setiap masa
Bayaran mendaki (siang) :
Setiap hari : Setiap masa
Bayaran mendaki (siang) :
Yuran : RM6.00 seorang
Guide: RM45.00 (bawa 10 orang)
(10 orang kongsi bayar guide : RM4.50 seorang)
Keseluruhan yuran + guide : RM10.50 seorang
Bayaran mendaki (subuh) :
Yuran : RM6.00 seorang
Guide: RM55.00 (bawa 10 orang)
(10 orang kongsi bayar guide : RM5.50 seorang)
Keseluruhan yuran + guide : RM11.50 seorang
Bayaran penginapan :
RM60.00 hingga RM120.00
(Boleh berkhemah untuk jimat)
Sebarang pertanyaan, maklumat lanjut dan membuat tempahan boleh menghubungi pihak pengurusan Tambiau Forest House seperti alamat di bawah ini :
Alamat :
Tambiau Forest House
Kampung Tambiau
Kampung Tambiau
89300, Ranau
Sabah, Malaysia.
Telefon : 012-894 9578
Sabah, Malaysia.
Telefon : 012-894 9578
Website : facebook.com/TambiauForestHouseRanauSabah/
Ulasan
Catat Ulasan