Tampat Do Aman merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Tempat adalah satu kawasan seperti resort pelancongan yang terletak di Kampung Tiga Papan di daerah Kudat, Sabah.
TAMPAT DO AMAN
Kredit Gambar : infosantai
Kredit Gambar : infosantai
Tampat Do Aman merupakan salah satu termpat menarik di Sabah yang juga adalah tempat penginapan yang boleh disewa oleh penduduk negeri ini mahupun pelancongan dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke Daerah Kudat. Tampat Do Aman ini adalah sebuah tempat pelancongan yang sangat popular di Kudat dan ia telah dibuka pada tahun 2010 di kawasan yang dianggarkan berkeluasan sekitar 6.5 ekar. Tempat ini terletak di kudat iaitu lebih kurang 25 km atau kira-kira 27 minit perjalanan dari Bandar Kudat dan lebih kurang 180 km atau kira-kira 3 jam perjalanan dari Pusat Bandar Kota Kinabalu. Kepada yang suka dengan suasana tinggal di kawasan perkampungan dalam hutan, ini adalah tempat yang sesuai untuk anda sekiranya inginkan suasana percutian yang aman, tenang serta sunyi tanpa sebarang gangguan.
Tempat ini juga amat sesuai kepada yang suka dengan aktiviti hutan, kerana jika anda ke sini bermalam atau pun tidak tidak bermalam, anda masih boleh lakukan pelbagai aktiviti tidak kira sama ada aktiviti dihutan hinggalah ke aktiviti pantai. Bagi yang minat dengan aktiviti hutan anda dapat lakukan pelbagai aktiviti hutan bila ke sini iaitu seperti berjalan meredah hutan, kursus survival dihutan, melihat hidupan pelbagai liar, memerhati burung di menara yang disediakan khas, berjalan di atas jambatan gantung yang berkepanjangan 100 kaki dan lain-lain lagi aktiviti hutan. Apa yang lebih menariknya di sini adalah bukan saja dapat melakukan aktiviti hutan tapi boleh pergi ke pantai melakukan aktiviti seperti berkayak, snorkeling, menyelam dan sebagainya kerana di sini merupakan pintu masuk ke beberapa pantai yang cantik.
Apa yang lebih menariknya bila anda ke sini adalah ketika melakukan aktiviti meredah hutan, anda akan ditemani oleh seorang pemandu jalan (guide) dan pemandu tersebut bulan setakat menunjukkan jalan sahaja tetapi mereka juga akan memberikan penerangan mengenai pendidikan hidupan liar dan juga memberikan penerangan tentang tumbuh-tumbuhan yang terdapat di dalam hutan seperti tumbuhan yang mana boleh dijadikan ubat-ubatan dan fungsinya kemudian memberitahu tumbuhan yang mana boleh dimakan dan juga apa khasiatnya. Ini sudah pasti akan memberikan satu anda pelajaran yang amat berguna dan ia juga akan dapat menjadikan percutian anda ke sini menjadi satu pengalaman yang cukup berharga dan sukar untuk dilupakan.
Tempat ini adalah sebuah resort jadi terdapat penginapan yang telah pun di sediakan di sini untuk yang ingin bermalam sambil menikmati suasa tinggal di kawasan perkampungan separa hutan ini yang pasti akan membuatkan hati anda menjadi tenang kerana kawasannya yang sunyi dan tenteram. Tapi kalau mahu bermalam di hutan pun boleh juga yang penting beritahu awal kepada pihak pengurusan ini supaya mereka boleh sediakan apa-apa yang perlu. Yang menarik kalau anda bermalam di sini adalah harga untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang ada di sini adalah lebih murah berbanding jika anda datang sehari saja untuk melakukan aktiviti yang ada di sini. Tapi apa pun itu adalah terpulang pada anda, sebab pilihan ditangan anda sendiri jika mahu bermalam atau tidak.
Bagi yang datang dari jauh, sekiranya sudah sampai di Kudat dan tidak tahu bagaimana untuk ke tempat ini, anda tidak perlu risau sebab anda boleh cuba hubungi pihak pengurusan Tampat Do Aman dan minta pihak mereka datang mengambil anda ke tempat mereka. Mereka ada menyediakan perkhidmatan mengambil pengunjung yang mahu ke sini tidak kira sama ada pengunjung itu mahu ke sini untuk bermalam ataupun tidak. Yang penting kalau mahu ke sini sebaiknya buat tempahan dahulu, jadi senang berurusan nanti. Bila sudah di sini dan telah selesai buat aktiviti anda bolehlah rehat-rehat di restoran yang terdapat di tempat ini yang mana restoran ini menyediakan atau menyajikan pelbagai jenis menu yang cukup menarik dan sedap.
Jadi jangan lepaskan peluang anda ke sini sama ada bermalam atau tidak agar dapat merasai suasana kehidupan yang aman dan tenteram sambil melakukan pelbagai aktiviti sekaligus dapat menambahkan lagi pengalaman dalam hidup anda. Bayaran penginapan dan aktiviti di sini pun cukup murah dan juga agak berbaloi dengan apa yang akan anda dapat bila berada di sini yang pasti akan memberikan anda satu kepuasan apabila bercuti ke sini.
Untuk ke sini, pengunjung sebaiknya memandu kenderaan anda sendiri atau kalau tiada kereta boleh juga menyewa kenderaan (yang penting anda ada lesen memandu). Ini adalah bagi memudahkan perjalanan anda ke sini dan seterusnya pulang semua ke tempat anda semula. Disamping itu anda juga boleh melancong ke tempat menarik yang lain disekitar Kudat. Tapi jika anda naik bas ke Bandar Kudat, jangan pula lupa untuk hubungi pihak pengurusan tempat ini untuk mengambil anda ke tempat mereka, kalau tidak pun bolehlah sewa perkhidmatan e-hailing dari Bandar Kudat ke sini.
Waktu operasi :
Setiap hari : 24 jam
Bayaran meredah hutan :
1. Seorang : RM60.00 (1 jam 30 minit berjalan/mula 7 pagi)
2. Seorang : RM120.00 (4 jam berjalan/mula 7 pagi)
3. Seorang : RM180.00 (8 jam berjalan/mula 7 pagi)
Untuk yang tidak bermalam bayaran tambahan akan dikenakan iaitu sebanyak RM15.00 untuk nombor 1, RM40.00 untuk nombor 2 dan RM50.00 untuk nombor 3.
Bayaran penginapan :
Kadar bayaran penginapan adalah antara RM45.00 hingga RM185.00, ikut saiz bilik dan juga bentuk jenis chalet yang dipilih
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai bayaran dan juga aktiviti boleh hubungi pihak pengurusan ini di alamat :
Alamat :

Tampat Do Aman
Kg. Tiga Papan,
Peti Surat 115,
89570, Kudat,
Sabah, Malaysia.
Email : tampatdoaman@gmail.com
Kg. Tiga Papan,
Peti Surat 115,
89570, Kudat,
Sabah, Malaysia.
Email : tampatdoaman@gmail.com
Ulasan
Catat Ulasan