Tandarason (TRCC) merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah. Tempat ini terletak di Bahagian Pedalaman Sabah iaitu di daerah Tambunan, lebih kurang 13 km dari Pekan Tambunan.
TANDARASON
Kredit Gambar : xploresabah
Tandarason Resort (TRCC) merupakan salah satu tempat menarik di Tambunan yang mana ia juga salah satu pusat rekreasi yang sesuai untuk seisi keluarga. Resort ini terletak di Bahagian Pedalaman Sabah di daerah Tambunan iaitu lebih kurang 13 km atau kira-kira 20 minit perjalanan dari Pekan Tambunan melalui Jalan Nouduh atau Jalan Keningau dan lebih kurang 85 km atau kira-kira 1 jam 50 minit perjalanan dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Tandarason ialah sebuah resort yang menawarkan pelbagai aktiviti, penginapan serta tapak perkhemaahan untuk para pengunjung yang datang. Resort ini merupakan antara tempat rekreasi yang menjadi pilihan orang ramai terutama sekali penduduk disekitar daerah Tambunan untuk datang beriadah atau melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga, rakan-rakan ataupun dengan rombongan sekolah ketika musim cuti seperti cuti sekolah atau hujung minggu.
Bagi anda yang mahu mencari tempat bercuti sambil melakukan pelbagai aktiviti menarik, tempat ini adalah antara yang sesuai untuk anda kunjungi. Dengan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini, jadi tidaklah percutian anda kosong dan sudah pasti anak-anak pun akan gembiran apabila di bawa ke tempat ini untuk beriadah, berkelah atau bermain di taman tema air dan lain-lain lagi. Anda juga boleh datang bersama rakan-rakan sama ada rakan sekerja atau rakan sekolah bersama guru untuk melakukan aktiviti seperti perkhemahan, meredah hutan, mendaki dan sebagainya pada musim cuti. Dengan harga yang berpatutan, tidak hairanlah tempat ini selalu dipenuhi oleh para pengunjung yang datang bersama keluarga atau rakan-rakan untuk mengisi masa terluang sambil berhibur dengan aktiviti yang dilakukan di sini. Kalau yang datang jauh dari luar daerah Tambunan bolehlah menyewa penginapan di sini atau boleh beramai-ramai berkhemah agar dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.
Dengan adanya pilihan sama ada mahu bermalam di penginapan atau berkhemah di tapak perkhemahan yang telah disediakan, ini membolehkan anda yang tidak biasa tidur di dalam khemah boleh untuk sewa penginapan yang ada seperti chalet atau villa. Bagi yang biasa tidur di dalam khemah, ini sudah pasti akan memberikan peluang kepada anda untuk berkhemah bersama rakan-rakan atau keluarga sambil melihat keindahan suasana pada waktu malam yang disinari dengan cahaya bulan dan bintang. Kalau anda tidak ada khemah bolehlah sewa khemah dari pihak pengurusan resort ini tetapi sebaiknya anda membuat pertanyaan atau tempahan lebih awal agar pihak di sini dapat menyediakan perlatan yang anda perlukan. Walaupun mungkin tempat ini jauh iaitu terletak di Bahagian Pedalaman Sabah iaitu di daerah Tanbunan, namun pengunjung yang datang ke sini pasti akan merasa teruja dan berbaloi apabila telah berada di sini dan melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Antara beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan apabila berada di resort ini adalah :
Dengan adanya pilihan sama ada mahu bermalam di penginapan atau berkhemah di tapak perkhemahan yang telah disediakan, ini membolehkan anda yang tidak biasa tidur di dalam khemah boleh untuk sewa penginapan yang ada seperti chalet atau villa. Bagi yang biasa tidur di dalam khemah, ini sudah pasti akan memberikan peluang kepada anda untuk berkhemah bersama rakan-rakan atau keluarga sambil melihat keindahan suasana pada waktu malam yang disinari dengan cahaya bulan dan bintang. Kalau anda tidak ada khemah bolehlah sewa khemah dari pihak pengurusan resort ini tetapi sebaiknya anda membuat pertanyaan atau tempahan lebih awal agar pihak di sini dapat menyediakan perlatan yang anda perlukan. Walaupun mungkin tempat ini jauh iaitu terletak di Bahagian Pedalaman Sabah iaitu di daerah Tanbunan, namun pengunjung yang datang ke sini pasti akan merasa teruja dan berbaloi apabila telah berada di sini dan melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Antara beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan apabila berada di resort ini adalah :
Aktiviti :
01. Taman tema air
02. Berkelah
03. Beriadah
04. Berkhemah
05. Barbeque
06. Sukaneka
07. Hari keluarga
08. Pendidikan
09. Kerja berkumpulan
10. Kem motivasi
11. Bargambar
12. Meredah hutan
13. Permainan tradisional
14. Zipline
15. Mendaki
16. Jalan waktu malam
17. Berkayak
18. Lain-lain lagi
Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke Tandarasn Resort ini, biarpun tempat ini jauh dari bandar besar tetapi anda pasti akan berpuas hati dengan apabila datang bercuti di sini yang dilengkapi dengan berbagai kemudahan yang disediakan, jadi anda tidak perlu risau sekiranya bercadang datang ke sini. Antara kemudahan yang rasanya perlu anda membuat tempahan awal ialah seperti penginapan, tempat berbarbeque, dan untuk perkhemahan, ini adalah agar pihak pengurusan resort di sini dapat memastikan kekosongan pada waktu tersebut dan membolehkan mereka membuat persiapan tempahan anda lebih awal. Antara kemudahan yang disediakan di resort ini ialah :
Kemudahan :
01. Penginapan
02. Tempat beriadah
03. Tapak perkhemahan
04. Dapur gas mudah alih
05. Set barbeque
06. Pondok rehat
07. Tandas lelaki
08. Tandas perempuan
09. Dewan serbaguna
10. Tempat letak kereta
11. Bilik mandi lelaki
12. Bilik mandi perempuan
13. Kanopi
14. Katil tidur
15. Buaian
16. Khemah (sewa)
17. Kolam renang
18. Restoran/Kafe
19. Meja panjang
Untuk ke tempat ini sebaiknya anda meniki kenderaan sendiri, tetapi kalau tidak ada kenderaan boleh juga menyewa kenderaan dari syarikat sewa kereta (yang penting anda ada lesen memandu), ini adalah bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik sekaligus membolehkan anda melawat ke tempat menarik lain disekitar daerah Tambunan ini.
Waktu operasi :
Setiap hari : 8 pagi - 5 petang
Bayaran masuk :
Dewasa : RM3.00
Bayaran masuk :
Dewasa : RM3.00
Kanak-kanak : RM2.00
Bayaran mandi kolam :
Dewasa : RM10.00
Kanak-kanak : RM5.00
Sewa khemah :
1-2 orang : RM20.00 /hari
3-4 orang : RM30.00 /hari
Sewa peralatan :
Kanopi : RM20.00
Selimur : RM5.00
Katil tidur : RM15.00
Tong gas : RM8.00
Dapur gas : RM20.00
Barbeque set : RM30.00
Meja panjang : RM15.00
Harga di atas ini mungkin boleh berubah mengikut keadaan semasa, oleh itu sekiranya ada sebarang pertanyaan, maklumat lanjut, membuat tempahan dan pertanyaan harga penginapan anda bolehlah menghubungi pihak Tandarason resort seperti alamat di bawah :
Alamat :
Tandarason Resort
W.D.T 24,
89650, Tambunan,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 087-774 076
Telefon : 013-891 0175
Website : facebook.com/Trcctbn
Nota :
Nota :
01. Anda digalakkan untuk membuat tempahan awal jika ingin ke sini agar dapat membolehkan pihak pengurusan Tandarason menyediakan lebih awal segala keperluan yang patut.
02. Biasanya aktiviti di taman tema air hanya dihadkan untuk mereka yang berumur 10 tahun dan ke atas sahaja. Ini adalah untuk menjamin keselamatan anak-anak anda juga.
Ulasan
Catat Ulasan