Tanjung Parapat juga adalah antara salah satu tempat menarik di Negeri Sabah, tempat ini mempunyai satu pemandangan yang indah di lautan yang terbenatang luas dan sesuai untuk dijadikan tempat riadah bersama keluarga ketika cuti sekolah atau hujung minggu, tempat ini terletak di daerah Semporna iaitu lebih kurang 18 km atau kira-kira 24 minit perjalanan menaiki kereta dari Bandar Semporna.
Tanjung Parapat merupakan salah satu tempat menarik
di daerah Semporna yang sangat sesuai untuk anda yang berminat melihat keindahan pemandangan matahari terbit atau pun pemandangan matahari terbenam serta pemandangan lautan yang mempunyai beberapa pulau kecil dihadapannya. Dahulu tempat ni hanyalah sebuah perkampungan air biasa sahaja yang kebanyakkannya dihuni oleh penduduk tempatan daerah ini dan berkerja sebagai nelayan, namun kini tempat ni telah dimajukan oleh penduduk tempatan di sini dengan membuat beberapa penambahbaikan kemudahan termasuklah juga membuat atau menambah kepanjangan jeti yang sedia ada kepada beberapa ratus meter dengan bentuk yang melengkung sangat sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu tempat tarikan pelancong di daerah Semporna. Sekarang ini boleh dilihat tempat ini semakin banyak perkembangan dan semakin ramai juga orang yang datang ke sini terutama mereka yang tinggal sekitar daerah Semporna dan juga dari daerah lain di Sabah yang ingin melihat keindahan di Tanjung Parapat ini. Dengan kedudukannya yang jauh dari kesibukan bandar maka ianya sesuai untuk mereka yang mahu mencari tempat bercuti lebih tenang seperti di sini. Jarak Tanjung Parapat dari bandar Semporna adalah sekitar 18 km atau kira-kira 24 minit perjalanan dengan menaiki kenderaan dan kalau ke sini sebaiknya anda memandu kenderaan sendiri sebab kalau naik teksi atau e-hailing mungkin agak mahal sikit tapi terpulang kepada anda mahu ikut apa pun untuk ke tempat ini yang penting adalah anda selamat sampai ke sini dan selamat juga kembali ke rumah masing-masing.
Kalau anda mahu berjalan bersiar di jeti yang ada ni sebaiknya anda boleh atur masa yang sesuai untuk datang ke tempat ini terutama sekali sekiranya anda bercadang untuk melihat keindahan pemandangan matahari terbit yang mana anda haruslah berangkat ke sini seawal pagi tapi kalau mahu lihat keindahan matahari terbenam lewat sikit datang pun tidak mengapa. Untuk masuk atau bersiar di jeti ini tidak ada sebarang bayaran yang dikenakan kepada anda tetapi sekiranya anda datang ke sini termasuk juga lawat ke Bukit Parapat maka anda haruslah bayar sedikit yuran masuk iaitu cuma RM3.00 sahaja, tidak mahal pun dan ianya berbaloi sekali untuk ke sini. Kalau dahulu tempat ni memang tidak banyak kemudahan yang tersedia tetapi kini terdapat beberapa kemudahan yang telah dibina terutamanya disekitar jeti dan antara kemudahan yang ada ialah seperti sebuah resort yang telah dibina di sini yang mana resort ni ada menyediakan penginapan atau chalet untuk para tetamu, jadi kalau dahulu anda yang datang ke sini harus pulang terus ke tempat masing-masing, kini anda boleh memilih untuk menginap di chalet ini sekiranya bercadang untuk berada di sini sehingga pada waktu malam. Chalet ini juga lengkap dengan beberapa kemudahan lain antaranya ialah penghawa dingin, tandas dan peralatannya, bilik mandi dan peralatannya, selipar, pengering rambut, tuala mandi, katil, meja, beranda unduk anda lepak pada waktu pagi dan petang sambil melihat keindahan lautan yang terbentang luas dan beberapa lagi kemudahan lain yang ada di setiap chalet. Perlu ingat chalet ni tidak boleh bawa masuk haiwan peliharaan dan juga tidak boleh merokok dalam chalet tersebut, jadi anda haruslah ikut segala peraturan yang telah dibuat oleh pihak pengurusan chalet.
Selain itu di sini juga terdapat kemudahan restoran untuk anda menjamu selera sama ada sarapan pagi, makan tengahari atau pun makan malam dengan pelbagai menu makanan yang disediakan dan banyak daripada menu tersebut adalah makanan laut yang memang sedap dan lazat. Kalau dahulu orang akan bawa makanan bila ke sini tetapi kini sudah mempunyai pilihan iaitu dengan menjamu selera di sini sahaja. Terpulang juga dengan anda sama ada mahu bawa makanan bila ke sini atau pun tidak tetapi sekali sekala tu baik juga rasanya mencuba untuk merasa makanan di restoran yang ada di sini. Sesiapa yang bawa kereta tu di sini tidak ada kemudahan tempat letak kereta yang khas, jadi anda harus pandai cari sendiri tempat letak kereta yang sesuai berhampiran tempat letak kereta penduduk kampung di sana dan sebaiknya bertanya dengan orang di sana di mana boleh letak kereta anda jadi ianya lebih selamat serta tidak mengganggu tempat letak kereta penduduk kampung. Tapi anda tidak perlulah risau sebab ia mudah saja dapat tempat letak kereta tu yang penting tidak mengganggu laluan atau jalan orang lalu lintas sahaja. Buat masa ini kemudahan internet juga tidak ada di sini ya, bermaksud kalau anda mahu online kena guna internet sendiri, diharap pada masa depan, akan ada yang memberikan perkhidmatan internet secara percuma ditempat ini agar dapat memudahkan lagi para pengunjung yang datang untuk menggunakannya seperti untuk berhubung dengan keluarga atau rakan-rakan lain yang belum pernah datang ke sini atau pun mungkin agar memudahakan para tetamu memuat naik gambar menarik mereka di sini ke dalam laman sosial untuk dikongsi bersama yang lain.
Di Tajung Parapat ni ada juga bukit yang boleh anda kunjungi dan terdapat juga kemudahan yang telah disediakan di atas bukit ini iaitu seperti tempat bergambar dan juga kerusi untuk anda duduk setelah penat mendaki ke puncak bukit, laluan untuk mendaki juga ada dibuat agar lebih memudahkan para pendaki apabila datang ke sini untuk melakukan aktiviti tersebut. Kemudahan lain yang ada di Tanjung Parapat dan paling utama sudah tentulah kemudahan jeti yang dibina beberapa ratus meter ke laut, dan jeti ni sebenarnya banyak digunakan oleh penduduk kampung di sini untuk mengikat perahu mereka dan kini jeti ini juga telah menjadi salah satu tarikan pelancong untuk datang melihat keindahan laut serta keindahan suasana matahari terbit dan terbenam. Di bawah ni adalah senarai ringkas kemudahan yang ada disediakan di sini :
Kemudahan :
01. Penginapan
02. Surau
03. Jambatan/jeti
04. Tempat letak kereta
05. Cafe/tempat makan
06. Penghawa dingin (penginapan)
07. Tandas (penginapan)
08. Bilik mandi (penginapan)
09. Beranda/balkoni (penginapan)
10. Temat bergambar
Di sini tidak banyak aktiviti yang boleh anda lakukan sebab biasanya orang ke Tanjung Parapat ni adalah untuk melihat keindahan pemandangan di sini di jambatan atau jeti yang ada di sini, sambil buat aktiviti mengambil gambar dengan pemandangan matahari terbit atau pemandangan matahari terbenam, selain itu anda juga boleh buat aktiviti mendaki Bukit Parapat bila datang ke sini, tapi bukit ni agak tinggi sikit iaitu sekitar 300 meter jadi sekiranya anda bercadang untuk mendaki bukit ini pastikan pakai pakaian dan kasut yang sesuai dan bawalah juga beberapa peralatan dan keperluan yang perlu untuk di bawa ketika mendaki agar tidak ada apa-masalah yang timbul. Mendaki ni anda perlu stamina yang kuat jadi kalau anda ada penyakit yang tidak baik untuk aktiviti ini maka sebaiknya bertanya lebih dahulu dengan doktor sekiranya mereka mengizinkan anda mendaki, antara beberapa keperluan yang mungkin boleh anda bawa sekiranya ingin mendaki bukit ni ialah :
Persediaan mendaki :
01. Pakaian sesuai
02. Kasut sesuai
03. Tongkat mendaki
04. Air minuman
05. Spray nyamuk (jika perlu)
06. Pakai topi
07. Wisel kecemasan
08. Ubat (jika perlu)
09. Pakai stokin
10. Makanan (jika perlu)
Untuk ke sini anda boleh kalau dari Bandar Semporna boleh naik teksi atau e-hailing untuk hantar anda ke sini, untuk balik semula ke bandar boleh juga guna teksi atau e-hailing tapi harus menunggu lama sedikit sebab perjalanan ke sini adalah lebih kurang 24 minit dari bandar. Bagi anda yang datang dari luar daerah seperi Kota Kinabalu atau Sandakan, bolehlah naik bas express yang menuju ke Semporna selepas itu kalau ada lesen memandu boleh sewa kereta untuk lebih mudahkan perjalanan anda, tapi kalau tiada lesen boleh sewa teksi atau perkhidmatan e-hailing lain. Sebaliknya jika dari luar daerah dengan menaiki kapal terbang maka anda akan mendarat di Tawau, selepas itu boleh naik bas saja dari Tawau ke Semporna untuk lebih jimat dan bila sudah sampai ambillah kereta sewa kereta di Semporna atau naik teksi dan e-hailing. Tapi kalau anda memandu kereta sendiri ke sini adalah lebih bagus sebab dapat pergi ke beberapa tempat menarik lain di sekitar daerah ini seperti :
Tempat menarik berhampiran :
01. Muzium Tun Sakaran
02. Bukit Tengkorak
03. Pakalangan Bay
04. 2Win Hill Park
05. Bukit Kuala Bibang
06. Majid Daerah Semporna
07. Mydin Lodge
08. Taman Tanaman Anggur
09. Taman Marin Tun Sakaran
10. Pulau Sekitar Semporna
Bayaran masuk :
RM3.00 : Seorang (ke Bukit Parapat)
Percuma : Ke Jeti Tanjung Parapat
Percuma : Ke Jeti Tanjung Parapat
Ulasan
Catat Ulasan