Langkau ke kandungan utama

Teck Guan Cocoa Museum

Teck Guan Cocoa Museum merupakan salah satu tempat menarik di Sabah untuk kunjungan orang ramai yang mahu melihat sejarah perkembangan koko di negeri ini khususnya di daerah Tawau dan di sini juga anda berpeluang untuk melihat bagaimana koko diproses untuk menghasilkan pelbagai jenis produk yang berkaitan dengan koko seperti coklat tetapi untuk ke sini anda perlulah membuat temujanji terlebih dahulu. Tempat ini terletak di dalam daerah Tawau iaitu yang terletak dalam daerah Tawau iaitu 5 km atau kira-kira 10 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Tawau, Sabah.

TECK GUAN COCOA MUSEUM


Kredit gambar : Sabahtourism


Kredit gambar : Nuryati Md Rashid

Kredit gambar : Nuryati Md Rashid

Teck Guan Cocoa Museum merupakan merupakan salah satu tempat menarik di Tawau yang patut anda kunjungi terutama sekali yang tinggal di daerah ini termasuklah mereka yang dari luar daerah atau pun pelancong dari dalam dan luar negara yang berpeluang datang bercuti ke sini. Sekiranya anda ingin ke sini hendaklah membuat temujanji terlebih dahulu dengan menghubungi pihak pengurusan tempat ini sama ada melalui laman sosial mereka atau pun melalui telefon sebab biasanya di sini tidak akan terima pengunjung yang datang tanpa temujanji. Walaupun tempat ini tidak besar tapi sangat berbaloi untuk ke sini sebab anda akan dapat mengetahui sejarah perkembangan koko di negeri ini khususnya di Tawau dan di sini juga anda akan berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana koko tersebut diproses untuk menghasilkan produk seperti coklat sama ada coklat untuk minuman mahu pun makanan. Tempat ini terletak dalam daerah Tawau iaitu lebih kurang 5 km atau pun kira-kira 10 minit perjalanand dari Pusat Bandar Tawau, Sabah, kalau dari Lapangan Terbang Tawau memang agak jauh iaitu sekitar 33 km atau kira-kira 40 minit perjalanan menaiki kenderaan. Muzium koko ini sebenarnya fungsinya lebih kurang macam kilang memproses koko oleh itu sesetengah penduduk tempatan khususnya mereka yang tinggal di daerah Tawau ada yang menyebut atau panggil tempat ini sebagai kilang koko, apa pun sebutannya tidak menjadi masalah sebab ia mempunyai fungsi yang sama.

Biasanya untuk lawatan ke sini para pengunjung atau pelancong yang dikenakan dengan kadar bayaran tertentu yang mana bayaran tersebut adalah termasuk bayaran untuk guide sebab lawatan ke sini adalah sebuah lawatan berpandu dan ada masa yang ditetapkan untuk setiap lawatan iaitu lebih kurang 1 jam lebih. Antara masa lawatan tersebut adalah seperti 8.30 pagi, 10 pagi, 2 petang dan 3.30 petang, oleh itu sekiranya anda datang jam 9 pagi maka terpaksalah tunggu untuk lawatan jam 10 pagi, jadi rancanglah perjalanan anda sebaik mungkin jika ingin ke sini agar dapat sampai sebelum masa lawatan yang telah ditetapkan. Apabila sampai di tempat ini dan sampai masa melawat, para pengunjung akan di bawa ke bilik yang mempunyai tv untuk menyampaikan pengenalan mengenai tempat ini dan apa-apa yang patut dalam beberapa minit mengikut keadaan, kemudian para pengunjung akan di bawa untuk pergi melihat tempat bagaimana koko tersebut diproses untuk menghasilkan produk coklat dan di sini mungkin anda akan berada lama sikit untuk melihat proses tersebut. Selepas selesai diproses semua pengunjung akan di bawa ke tempat demo pembuatan makanan atau minuman berasaskan coklat. Selepas selesai demo maka saat yang ditunggu-tunggu telah pun tiba iaitu menikmati makanan dan minuman tersebut yang mana sudah pasti akan membuatkan anda merasa puas hati. Di akhir lawatan di muzium ini, anda akan di bawa ke kedai jualan makanan dan minuman berasaskan coklat yang dijual di sini, pastikan anda bawa duit poket atau kalau bayar online pastikan telefon anda ada internet.


Untuk makluman anda juga, jika ingin datang ke sini minimum adalah dua orang yang bermaksud anda harus ada kawan bila ke tempat ini, kecualilah pada masa itu ada ramai orang atau pengunjung lain yang datang pada tarikh dan masa yang anda buat temujanji. Seperti yang sudah disebut di atas tadi jika ingin ke sini perlulah membuat temujanji dan anda perlu membayar deposit sebanyak 50% daripada jumlah bayaran yang dikenakan mengikut bilangan orang dalam kumpulan anda yang datang. Pastikan sedia copy mykad untuk di sent kepada pengurusan tempat ini untuk mereka memastikan kadar bayaran yang akan dikenakan kepada anda sebab kadar bayaran masuk untuk pemegang mykad dan pelancong asing adalah berbeza. Bayaran balik juga tidak akan diberikan bila anda tidak dapat datang ke tempat ni walau apa pun sebabnya, oleh itu pastikan anda datang ke tempat ini apabila betul-betul ada kelapangan masa yang sesuai. Sebelum terlupa untuk membuat tempahan atau temujanji tersebut hendaklah dibuat 3 hari sebelum datang ke Teck Guan Cocoa Museum, ini adalah bagi memudahkan pihak pengurusan di sini dapat mempersiapkan dan mengatur segala apa yang patut agar lawatan anda ke sini nanti berjalan dengan lebih lancar tanpa sebarang masalah. Terdapat beberapa kemudahan juga yang disediakan iaitu seperti kawasan tempat letak kereta bagi memudahkan para penngunjung yang mahu meletakkan kereta berhampiran tempat ni tanpa perlu berjalan jauh. Kemudahan lain ialah kedai jualan makanan dan juga minuman yang berasaskan coklat seperti yang dinyatakan di atas tadi, jadi pastikan bawa duit sedikit ke sini agar mudah untuk membuat pembelian barangan yang anda suka.

Pengunjung dari Tawau atau luar dari Tawau yang ingin ke sini sebaiknya memandu kenderaan sendiri, teksi atau perkhidmatan e-hailing. Selain itu anda juga boleh menyewa kenderaan untuk dipandu sendiri tapi pastikan anda ada lesen memandu yang sahh agar dapat memudahkan segala perjalanan pergi dan balik anda dari tempat ini.

Waktu operasi :
Sila buat temujanji

Bayaran masuk (Mykad) :
RM25.00 : Dewasa
RM15.00 :
Kanak-kanak (6-12 tahun)
RM10.00 : Kanak-kanak (3-5 tahun)
Percuma : Bayi (0-2 tahun)

Bayaran masuk (asing) :
RM35.00 : Dewasa
RM25.00 :
Kanak-kanak (6-12 tahun)
RM15.00 : Kanak-kanak (3-5 tahun)
Percuma : Bayi (0-2 tahun)


Sebarang pertanyaan atau untuk buat temujanji dan tempahan bolehlah menghubungi pihak pengurusan Teck Guan Cocoa Museum seperti alamat di bawah
:

Alamat :
Teck Guan Cocoa Museum
Batu 2, Tanjun Batu Laut,
Teck Guan Factory,
91000, Tawau,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 016-826 9579
Fb Web : Cocoa Museum

Ulasan