Tegudon Tourism Village merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Lokasi pelancongan ini terletak daerah Kota Belud, Sabah iaitu lebih kurang 85 km dari Bandar Kota Kinabalu.
TEGUDON TOURISM VILLAGE
Kredit gambar : Sabahtourism
Selepas penat mendaki ke Bukit Bendera dan berehat sambil mengambil gambar pemandangan yang indah, penunjuk jalan atau guide akan membawa anda akan turun semula dan menuju lokasi seterusnya iaitu ke Air Terjun Wasai yang mungkin akan memakan masa lebih kurang 40 minit berjalan kaki (bergantung pada keadaan). Anda boleh berehat-rehat di kawasan air terjun ini dan mengambil gambar kenangan, tetapi sekiranya anda bercadang untuk mandi di air terjun ini adalah sebaiknya anda bawa pakaian lebih/kering atau tuala untuk keringkan badan selepas mandi supaya tidaklah anda merasa kesejukan semasa berjalan balik ke tapak perkhemahan. Untuk aktiviti mendaki ke Bukit Bendera dan ke Air Terjun Wasai ini jarak perjalanannya adalah sekitar 8 km pergi dan balik, jadi buatlah persiapan anda sebaik mungkin untuk aktiviti ini.
Untuk ke sini anda boleh naik bas ekpress dari Kota Kinabalu yang menuju ke Kota Belud, bas ekpress terletak di terminal bas Jalan Padang, Bandaran Berjaya dan biasanya bas bertolak sekitar jam 8.30 pagi hingga jam 2 petang dengan harga tambang sekitar RM10.00. Selepas sampai ke Kota Belud anda boleh menaiki teksi atau menggunakan perkhidmatan e-hailing yang lain untuk ke sini. Tapi adalah lebih baik kalau memandu kereta sendiri, kalau tidak ada kenderaan sendiri bolehlah menyewa kenderaan (yang penting anda ada lesen memandu) kemudian terus saja ke tempat ini. Jalan ke tempat pelancongan ini juga adalah berturap jadi lebih mudah untuk anda memandu ke sini dan meletakkan kereta anda dekat dengan tempat penginapan atau perkhemahan. Tapi pastikan membuat tempahan terlebih dahulu supaya pihak pengurusan TTV boleh menyediakan tempat penginapan atau perkhemahan anda.
Waktu operasi :
Setiap hari : Setiap masa
Masa pendaftaran :
Harga bayaran masuk di atas ini mungkin boleh berubah pada bila-bila masa mengikut keadaan semasa. Harga ini juga adalah tidak termasuk harga untuk sewa peralatan lain seperti sewa peralatan BBQ, sewa penginapan dan lain-lain lagi. Untuk sebarang pertanyaan atau pun maklumat lebih lanjut anda bolehlah menghubungi pihak pengurusan Tegudon Tourism Village seperti alamat di bawah :
Alamat :
Kredit gambar : Sabahtourism
Tegudon Tourism Village (TTV) merupakan salah sebuah tempat menarik di Kota Belud yang patut dikunjungi oleh penduduk tempatan atau pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke Negeri Sabah terutamanya yang datang ke daerah Kota Kinabalu dan daerah Kota Belud. Tempat ini merupakan kawasan tapak perkhemahan yang mempunyai pemandangan cantik dan indah yang sudah pasti sesuai untuk sesisi keluarga datang bercuti sambil berkhemah dan beriadah di sini. Tempat ini terletak di dalam daerah Kota Belud iaitu kira-kira 85 km atau lebih kurang 1 jam 50 minit perjalanan dari Kota Kinabalu dan lebih kurang 18 km atau 27 minit perjalanan dari Pekan Kota Belud. Bagi yang suka pada aktiviti perkhemahan (camping), tempat ini adalah yang amat sesuai untuk anda sebab di sini anda akan melihat suatu keindahan yang cukup menawan.
Kawasan tapak perkhemahan ini sememangnya menyajikan satu pemandangan yang menakjubkan, ini kerana di sini bukan saja anda akan dapat melihat pemandangan Gunung Kinabalu, namun anda akan dapat melihat beberapa pemandangan lain iaitu seperti sawah padi yang menghijau serta terbentang luas dan jika pada waktu pagi anda akan dapat melihat penduduk tempatan berjalan menuju ke sawah sambil membawa bakul menuai mereka. Pemandangan pada waktu malam di sini adalah antara yang tercantik dan indah lebih-lebih lagi jika disinari dengan cahaya bulan dan bintang yang pasti akan membuatkan anda terpesona. Di kawasan tapak perkhemahan ini juga terdapat sebatang sungai iaitu Sungai Wariou yang mengalir dengan airnya tetap terasa sejuk walaupun pada masa tersebut cuaca adalah panas, jadi kalau anda rasa panas bolehlah mandi-manda di air sungai tersebut.
Sekiranya anda datang ke sini boleh juga datang melawat sekejap saja untuk mengambil gambar selepas itu pulang semula ke tempat anda, tetapi sebaiknya adalah anda bermalam di sini agar dapat melihat lebih banyak keindahan alam semulajadi termasuklah keindahan suasana malam, lagi pun tempat ini sememangnya sebuah kawasan tapak perkhemahan yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk pengunjung yang ingin bermalam dan berkhemah di sini. Bagi mereka yang tidak mempunyai peralatan khemah, tidak perlu risau sebab anda boleh sewa peralatan perkhemahan dari pihak TTV di sini dan kalau tidak pandai pasang boleh minta petugas di sini untuk tolong pasangkan. Bagi yang tidak biasa tidur di dalam khemah, anda boleh juga menyewa penginapan yang ada di sini yang terdiri daripada beberapa jenis atau saiz penginapan yang semua lengkap dengan kipas, tilam, selimut dan lain-lain lagi.

Di sini anda pihak TTV juga ada menyediakan beberapa menu makanan, tetapi sekiranya anda mahu buat BBQ bolehlah bertitahu pihak TTV terlebih dahulu agar mereka boleh membuat persiapan barang dan peralatan yang diperlukan untuk BBQ. Makanan untuk BBQ tersebut anda boleh bincang dengan pihak TTV untuk mereka menyediakan bahan makanan yang anda inginkan, tetapi anda perlu membuat tempahan awal terlebih dahulu iaitu sekurang-kurangnya 3 hari sebelum datang ke sini agar dapat pihak pengurusan di sini menyediakan permintaan anda tersebut. Jadi anda boleh BBQ di sini dan duduk di tepi sungai sambil makan beramai-ramai bersama keluarga atau rakan-rakan yang sudah pasti akan beri anda satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.
Selain daripada aktiviti mandi disungai berhampiran tapak perkhemahan, masak BBQ, terdapat juga aktiviti lain yang boleh anda buat bila bersada di sini iaitu berjalan di jambatan gantung, mendaki ke Bukit Bendera dan juga berjalan meredah hutan untuk ke Air Terjun Wasai. Jambatan gantung terletak dekat saja dengan tapak perkhemahan jadi anda boleh pergi bila-bila masa sahaja bergambar di atas jambatan gantung tersebut yang penting beritahu pihak TTV terlebih dahulu sebelum ke jambatan gantung tersebut. Bagi yang ingin melakukan mendaki ke Bukit Bendera dan berjalan ke Air Terjun Wasai anda dikehendaki mendaftar dan memberitahu terlebih dahulu kepada pihak TTV semasa sampai di sini atau sebaiknya beritahu pihak TTV ketika anda membuat tempahan jadi bolehlah pihak mereka membuat persiapan lebih awal agar memudahkan perjalanan anda nanti.
Mendaki ke Bukit Bendera biasanya akan dilakukan seawal waktu pagi iaitu sebaiknya sebelum jam 8.30 pagi, ini adalah bagi mengelak daripada panasnya matahari di puncak bukit apabila sudah lewat. Bukit ini tidak juga terlalu tinggi iaitu cuma lebih kurang 295 meter sahaja sebaiknya anda berada dalam keadaan sihat jika mahu mendaki ke bukit ini agar tidak menimbulkan sebarang masalah. Untuk mendaki ke bukit ini tidak ada sebarang papan tanda yang menunjukkan arah jalan mendaki, jadi anda perlu menyewa penunjuk jalan atau guide tempatan yang akan membawa anda naik ke puncak bukit ini. Walaupun anda harus membayar guide untuk membawa anda ke puncak bukit tetapi ianya adalah sangat berbaloi kerana apabila telah berada di atas puncak bukit ini anda akan dapat melihat keindahan pemandangan yang amat mengagumkan dan mempersonakan termasuklah keindahan Gunung Kinabalu yang boleh dilihat dengan begitu jelas sekali.
Selepas penat mendaki ke Bukit Bendera dan berehat sambil mengambil gambar pemandangan yang indah, penunjuk jalan atau guide akan membawa anda akan turun semula dan menuju lokasi seterusnya iaitu ke Air Terjun Wasai yang mungkin akan memakan masa lebih kurang 40 minit berjalan kaki (bergantung pada keadaan). Anda boleh berehat-rehat di kawasan air terjun ini dan mengambil gambar kenangan, tetapi sekiranya anda bercadang untuk mandi di air terjun ini adalah sebaiknya anda bawa pakaian lebih/kering atau tuala untuk keringkan badan selepas mandi supaya tidaklah anda merasa kesejukan semasa berjalan balik ke tapak perkhemahan. Untuk aktiviti mendaki ke Bukit Bendera dan ke Air Terjun Wasai ini jarak perjalanannya adalah sekitar 8 km pergi dan balik, jadi buatlah persiapan anda sebaik mungkin untuk aktiviti ini.
Jadi jangan lepaskan peluang anda datang ke Tegudon Tourism Village untuk menikmati pemandangan alam semulajadi yang begitu indah sambil pelbagai aktiviti menarik bersama keluarga atau rakan-rakan dan mengambil gambar untuk dijadikan kenangan yang indah dalam hidupn anda. Kemudahan yang ada di sini pun lengkap jadi anda boleh datang ke sini dengan mudah tanpa perlu bawa banyak barang. dan antara kemudahan ada di sini yang percuma, beli dan boleh di sewa ialah seperti :
Kemudahan :
01. Penginapan
02. Khemah
03. Alat BBQ
04. Tandas
05. Bilik mandi
06. Kedai runcit (tutup jam 5 petang
07. Tapak perkhemahan
08. Dapur
02. Khemah
03. Alat BBQ
04. Tandas
05. Bilik mandi
06. Kedai runcit (tutup jam 5 petang
07. Tapak perkhemahan
08. Dapur
09. Dan lain-lain lagi
Anda juga boleh membawa beberapa peralatan atau barang keperluan yang dirasakan perlu untuk bawa ke sini bagi tujuan kegunaan anda agar dapat memudahkan perjalanan atau percuti anda di sini. Tetapi pastikan untuk membawa barang yang penting seperti beg tidur, khemah (jika ada) agar dapat jimatkan lagi kos anda, makanan dan minuman sama ada makanan kering atau basah yang hendak dimasak dan jangan lupa juga untuk bawa penyembur halau nyamuk untuk digunakan pada waktu malam yang memang selalu akan ada banyak nyamuk yang berterbangan pada waktu ini.
Untuk ke sini anda boleh naik bas ekpress dari Kota Kinabalu yang menuju ke Kota Belud, bas ekpress terletak di terminal bas Jalan Padang, Bandaran Berjaya dan biasanya bas bertolak sekitar jam 8.30 pagi hingga jam 2 petang dengan harga tambang sekitar RM10.00. Selepas sampai ke Kota Belud anda boleh menaiki teksi atau menggunakan perkhidmatan e-hailing yang lain untuk ke sini. Tapi adalah lebih baik kalau memandu kereta sendiri, kalau tidak ada kenderaan sendiri bolehlah menyewa kenderaan (yang penting anda ada lesen memandu) kemudian terus saja ke tempat ini. Jalan ke tempat pelancongan ini juga adalah berturap jadi lebih mudah untuk anda memandu ke sini dan meletakkan kereta anda dekat dengan tempat penginapan atau perkhemahan. Tapi pastikan membuat tempahan terlebih dahulu supaya pihak pengurusan TTV boleh menyediakan tempat penginapan atau perkhemahan anda.
Waktu operasi :
Setiap hari : Setiap masa
Masa pendaftaran :
Masuk : 5 petang
Keluar : 5 petang
Bayaran masuk :
Bayaran masuk :
Warganegara
Dewasa 13 tahun ke atas : RM3.00 seorang
Kanak-kanak 7-12 tahun : RM1.00 seorang
Kanak-kanak 6 tahun ke bawah : Percuma
Kanak-kanak 7-12 tahun : RM1.00 seorang
Kanak-kanak 6 tahun ke bawah : Percuma
Bukan warganegara
Dewasa 13 tahun ke atas : RM7.00 seorang
Kanak-kanak 7-12 tahun : RM3.00 seorang
Kanak-kanak 6 tahun ke bawah : Percuma
Kanak-kanak 7-12 tahun : RM3.00 seorang
Kanak-kanak 6 tahun ke bawah : Percuma
Bayaran berkhemah :
Warganegara
Dewasa 18 tahun ke atas : RM7.00 seorang/malam
Kanak-kanak 13-18 tahun : RM3.00 seorang
Kanak-kanak 6 tahun ke bawah : Percuma
Kanak-kanak 13-18 tahun : RM3.00 seorang
Kanak-kanak 6 tahun ke bawah : Percuma
Bukan warganegara
Dewasa 13 tahun ke atas : RM13.00 seorang
Kanak-kanak 7-12 tahun : RM7.00 seorang
Kanak-kanak 6 tahun ke bawah : Percuma
Kanak-kanak 7-12 tahun : RM7.00 seorang
Kanak-kanak 6 tahun ke bawah : Percuma
Bayaran sewa khemah :
2 orang : RM20.00
3 orang : RM30.00
4 orang : RM35.00
6 orang : RM40.00
Sewa seorang guide :
1-5 orang pelawat : RM50.00
(Untuk ke Bukit Bendera dan Air Terjun Wasai)
Harga bayaran masuk di atas ini mungkin boleh berubah pada bila-bila masa mengikut keadaan semasa. Harga ini juga adalah tidak termasuk harga untuk sewa peralatan lain seperti sewa peralatan BBQ, sewa penginapan dan lain-lain lagi. Untuk sebarang pertanyaan atau pun maklumat lebih lanjut anda bolehlah menghubungi pihak pengurusan Tegudon Tourism Village seperti alamat di bawah :
Alamat :
Tegudon Tourism Village (TTV)
Peti Surat 291, Tegudon,
Peti Surat 291, Tegudon,
89158, Kota Belud,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 013-602 4089
Website : facebook.com/tegudontourismvillage/
Nota :
Telefon : 013-602 4089
Website : facebook.com/tegudontourismvillage/
Nota :
01. Seperti juga beberapa tempat perkhemahan yang lain, di sini juga mempunyai peraturan yang harus dipatuhi oleh pengunjung yang bertujuan untuk menjamin keselamatan anda sentiasa terjaga sepanjang berada di sini sama ada bermalam atau sekadar lawatan harian.
02. Bagi mereka yang mahu bermalam dan berkhemah di sini pastikan anda bawa peralatan seperti lampu, beg tidur, selimut, tikar, baju sejuk, makanan dan lain-lain lagi yang anda rasa perlu.
02. Bagi mereka yang mahu bermalam dan berkhemah di sini pastikan anda bawa peralatan seperti lampu, beg tidur, selimut, tikar, baju sejuk, makanan dan lain-lain lagi yang anda rasa perlu.
Ulasan
Catat Ulasan