Tembok Sandakan merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang sangat sesuai untuk dikunjungi oleh seisi keluarga atau boleh juga datang bersama rakan-rakan bila ada kelapangan masa. Tempat ini sememangnya antara lokasi yang menjadi tumpuan penduduk di Sandakan, terutama sekali bagi mereka yang tinggal tidak jauh dari Bandar Sandakan atau yang mempunyai kenderaan sendiri tidak kira tua atau muda dan biasanya mereka akan ke sini pada waktu petang tidak kira sama ada hari biasa atau cuti hujung minggu, tetapi kalau pada hujung minggu memang akan ada lebih ramai orang berbanding hari biasa. Tempat ini terletak di Bandar Sandakan dan senang saja di cari lagi pun boleh jalan kaki saja ke sini dari Terminal Bas Bandar Sandakan.
TEMBOK SANDAKAN

Kredit gambar : google

Tembok Sandakan merupakan salah satu tempat menarik di Sandakan yang sudah semestinya patut dikunjungi orang ramai tidak kira sama ada panduduk daerah ini atau penduduk dari daerah lain serta pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke daerah Sandakan. Kalau orang Sandakan memang sudah tidak asing lagi dengan tempat ini sebab tempat ini adalah antara lokasi paling ramai dikunjungi penduduk daerah ini pada waktu petang tidak kira hari biasa mahupun cuti hujung minggu untuk santi atau beriadah bersama keluarga sambil melihat keindahan pemandangan lautan yang terbentang luas di hadapan. Tempat ini terletak di Bandar Sandakan, jadi mudah untuk diakses dan boleh juga kalau jalan kaki beberapa minit saja dari Terminal Bas Bandar Sandakan. Walaupun mudah di akses dan dibuka 24 jam tetapi biasanya orang ramai lebih suka untuk datang pada waktu petang hingga malam sebab cuaca pada waktu tersebut yang lebih redup dan tidak panas sebab tidak ada tempat untuk berlindung, ada juga beberapa pokok di sini tapi jauh sikit dari tempat papan tanda Tembok Sandakan seperti gambar di atas, lagi pun pada waktu pagi hingga sekitar jam 3 macam tu tempat ini biasanya dipenuhi dengan kereta yang 'parking' di sini, tapi kalau mahu setakat rehat-rehat di bawah pokok yang ada di sini boleh juga datang pada waktu pagi. Tempat ini dijaga dan diuruskan oleh pihak Majlis Perbandaran Sandakan yang sentiasa memastikan kawasan di sini sentiasa bersih serta terjaga tanpa ada sebarang kerosakan. Oleh itu sekiranya anda berpeluang datang berkunjung ke Bandar Sandakan terutama sekali bagi anda yang datang dari luar daerah Sandakan pastikan jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini bersama ahli keluarga atau rakan-rakan pada waktu petang hingga pada waktu malam khususnya ketika cuti di hujung minggu seperti hari jumaat hingga ahad yang mana akan ada pasar malam dibuka di tempat ini pada waktu tersebut, jadi bolehlah berehat, santai sambil melihat keindahan pemandangan di lautan yang terbentang luas dan indah dihadapan anda.
Kawasan tembok ni panjang jadi anda boleh pilih di mana mahu duduk rehat tetapi kemudahan kerusi yang ada disediakan disepanjang tembok ni adalah terhad jadi biasanya orang akan duduk sahaja di atas tembok tersebut sambil menghadap ke arah laut. Kemudahan lain yang ada di kawasan tembok ini ialah ada tapak untuk meletakkan kenderaan yang telah disediakan pihak Majlis Perbandaran Sandakan dan tempat letak kereta ini banyak digunakan oleh orang ramai pada waktu pagi hingga awal petang untuk meletakkan kereta mereka selepas dari waktu itu jumlah kereta yang ada di kawasan 'parking' ni tidak lagi banyak jadi mudah untuk orang ramai berjalan bersiar-siar di sini. Kemudahan lain yang ada di sini ialah tong sampah yang disediakan untuk memudahkan orang ramai membuang sampah mereka dalam tong sampah tersebut, oleh itu pastikan anda tidak membuang sampah merata-rata di kawasan ini ketika berada di sini, terutama sekali jangan buang sampah ke laut sebab ianya akan membuatkan kawasan laut akan menjadi kotor dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, oleh yang demikian orang ramai diminta agar sentiasa menjaga kebersihan tempat ini agar ianya sentiasa kelihatan bersih dan cantik sekaligus dapat menarik minat lebih ramai lagi orang untuk datang. Tempat ini dilengkapi juga dengan lampu yang dipasang termasuklah juga lampu jalan raya yang berhampiran yang mana ianya akan dapat menerangi lagi kawasan tembok ini pada waktu malam, maka tidak hairanlah tempat ini ada ramai orang sehingga tengah malam. Apa pun tandas tidak ada disediakan di tembok ini, kalau anda mahu ke tandas bolehlah ke kedai-kedai yang terletak berhampiran tempat ini atau boleh jalan kaki ke tandas awam yang terletak di Terminal Bas Bandar Sandakan tidak jauh dari tempat ini. Tempat makan ada juga yang terletak berhampiran dengan tembok ini seperti Medan Selera Tun Razak yang buka dari petang hingga ke lewat malam dan ini akan memudahkan anda sekiranya terasa lapar dan ingin mencari tempat untuk menjamu selera.
Selain itu kalau hari jumaat hingga ahad pula akan ada pasar yang dibuka pada waktu petang hingga ke malam di dekat Tembok Sandakan yang mana terdapat banyak gerai dibuka di sini sekaligus akan lebih memudahkan lagi orang ramai untuk mencari atau membeli makanan dan minuman di tempat ini sebab banyak gerai yang menjual makanan dan minuman seperti mi goreng, kuih, nasi campur, jagung rebus, terang bulan dan bermacam-macam lagi. Terdapat juga beberapa barangan lain yang dijual di pasar ini pada hari tersebut iaitu seperti baju, kraftangan dan sebagainya yang akan membuatkan lebih ramai lagi orang datang ke sini pada hari-hari tersebut. Seperti yang sudah disebut di atas tadi, sekiranya anda beli makanan di restoran atau di gerai dan makan di kawasan tembok ini pastikan anda membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan dan jangan membuang sampah tersebut dijalanan, di kawasan tembok atau pun ke laut berhampiran, sebab sekiranya anda didapati sengaja membuang sampah merata tempat mungkin akan dikenakan denda, oleh itu sama-samalah jaga kebersihan sebab tempat ini cantik tapi kalau tidak dijaga kebersihannya maka akan membuatkan tempat ini akan menjadi suram dan juga kurang orang yang datang beriadah di sini. Kalau dulu terdapat lukisan mural yang dilukis disepanjang Tembok Sandakan ini, tapi sekarang sudah dicat semula mungkin sebab lukisannya yang sudah pudar atau mungkin juga disebabkan ada yang tidak bertanggungjawab menconteng dinding tembok tersebut yang membuatkannya kelihatan tidak cantik, jadi kalau boleh ketika lepak atau berehat di sini pastikan jangan menconteng tembok tersebut agar ianya sentiasa kelihatan cantik dan membolehkan anda ambil gambar dengan menarik dengan suasana dan pemandangan lautan yang indah. Dengan lokasi tembok ni yang berada ditepi laut sudah menjadi tarikan kepada para peminat aktiviti memancing yang biasanya akan datang memancing di kawasan tembok ini pada waktu pagi dan petang, kalau bernasib baik boleh dapat ikan yang banyak juga di sini lagi pun seronok juga memancing di sini sambil melepak.
Di Tembok Sandakan ni sebenarnya paling meriah adalah ketika bulan puasa sebab ketika inilah paling ramai orang berada di sini untuk berbuka puasa beramai-ramai bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Ketika bulan puasa, ada bazar ramadhan yang terletak di Bandar Sandakan dan lokas bazar tersebut terletak berhampiran sahaja dengan kawasan tembok, oleh itu seawal jam 5 petang akan ramai sudah orang yang berada disekitar tembok untuk memilih tempat untuk mereka duduk, bila dekat waktu berbuka mereka mula ke bazar untuk membeli juadah berbuka kemudian kembali semula ke kawasan tembok untuk menunggu waktu berbuka dan boleh dikatakan sepanjang dinding tembok ini dipenuhi dengan orang ramai termasuklah ada juga yang sanggup duduk di rumput berhampiran dan ditepi-tepi jalan berhampiran tembok ini untuk berbuka puasa bersama, apa yang menariknya juga di sini ialah ketika hampir waktu berbuka semua orang ramai yang berada di sini sama ada di tembok atau di bazar ramadhan akan sama-sama menantikan laungan azan maghrib yang akan dikumandangkan dari Tentera Laut Sandakan di Markas Wilayah Laut 2 yang terletak berhampiran sahaja dengan Tembok Sandakan. Ketika berbuka puasa ramai juga yang bertukar juadah dengan orang lain yang ada duduk bersebelahan dengan mereka walaupun mungkin tidak mengenali antara satu sama lain, inilah antara keunikan yang ada dikalangan penduduk Sandakan. Memang seronok dapat berbuka puasa beramai-ramai di tembok atau di kawasan berahmpiran tembok ini sebab bukan sahaja dapat mengeratkan tali persaudaraan atau tali persahabatan tetapi dapat juga menambahkan kenalan baru yang mungkin baru dikenali ketika buka puasa bersama di sini. Kalau yang datang dari jauh dan bercuti di Sandakan pada bulan puasa bolehlah cuba untuk datang ke tembok ini agar dapat merasai kemeriahan berbuka puasa beramai-ramai, tetapi kalau seminggu sebelum hari raya memang akan terlalu ramai orang yang berada di sini terutama sekali anak muda sebab pada ketika ini ramai sudah penduduk Sandakan yang balik bercuti dari luar daerah, negeri ataupun dari luar negara.

Ulasan
Catat Ulasan