Tenom Valley merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Tempat ini terletak di dalam Bahagian Pedalaman Sabah iaitu di daerah Tenom, lebih kurang 4.8 km dari Pekan Tenom.
TENOM VALLEY
Terdapat juga beberapa kemudahan yang ada disediakan di Tenom Valley ini untuk pada pengunjung yang datang menginap atau menjalankan majlis di sini. Kemudahan yang disediakan ini adalah untuk lebih memberikan kemudahan dan keselesaan kepada para tetamu. Tetapi sebaiknya anda membuat tempahan lebih awal agar pihak pengurusan di sini dapat membuat persiapan lebih awal juga. Antara kemudahan yang ada disediakan di sini ialah :
Alamat :
Tenom Valley adalah salah satu tempat menarik di Tenom yang juga merupakan satu rumah penginapan menarik yang terdapat di dalam daerah Tenom. Tempat ini terletak di Jalan Cinta Mata Tenom iaitu kira-kira kurang 4.8 km ataupun lebih kurang 7 minit perjalanan sahaja dari Pekan Tenom melalui Jalan Tenom - Kemabong dan lebih kurang 154 km atau kira-kira 2 jam 30 minit perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu melalui Jalan Tenom - Keningau. Tempat penginapan ini merupakan salah satu daripada tempat yang sesuai untuk percutian seisi keluarga kerana suasanya di sini yang tenang seperti berada di kampung atau pun desa, walaupun tempatnya tidak jauh dari Pekan Tenom.
Tenom Valley telah dibina oleh jurubina tempatan iaitu Roger Voo dengan menyajikan pemandangan yang amat cantik dan menarik dengan banyak terdapat pokok-pokok cantik yang menghiasai kawasan ini. Tenom Valley ini sebenarnya adalah rumah persinggahan atau penginapan yang sesuai untuk orang atau pengunjung yang datang sekeluarga atau pun secara berkumpulan. Rumah persinggahan ini antara yang cantik, bersih serta mempunyai reka bentuk yang agak unik. Memang anda akan berpuas hati bila tinggal atau bermalam di sini kerana susananya yang tenang, pemandangan yang mengagumkan lebih-lebih lagi selepas hujan, biliknya juga yang dikatakan teramat bersih kerana dijaga dengan baik. Jadi ianya sudah pasti akan memberikan anda satu pengalaman indah yang sukar untuk dilupakan.
Apa yang menariknya bila anda bermalam di sini ialah anda tidak perlu risau sekiranya terlewat balik ke penginapan pada waktu malam sebab biasanya remote pagar akan diberikan juga kepada anda lepas mendaftar masuk ke penginapan di sini. Selain itu terdapat juga kolam mandi sesuai untuk kanak-kanak yang dibina dibawah bangunan utama dan kolam ini juga mempunyai reka bentuk yang sungguh cantik dan menarik yang mungkin menarik perhatian orang dewasa untuk berendam. Kolam ini tidaklah dalam jadi memang sangat sesuai juga untuk kanak-kanak, tetapi biarpun tidak dalam sentiasa perhatikanlah anak-anak anda ketika mereka bermain atau mandi di kolam ini agar dapat lebih menjamin keselamatan mereka ketika berada di sini.
Terdapat juga beberapa aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini iaitu seperti bergambar di balkoni yang menyajikan satu pemandangan yang cukup cantik dengan berlatarbelakangkan pemandangan bukit dan hutan pokok-pokok yang menghijau menyegarkan mata dan udara. Balkoni ini memang sesuai untuk yang mahu mengambil gambar biasa atau gambar perkahwinan pada waktu siang atau malam. Selain itu terdapat juga kemudahan Quad Bike atau ATV yang boleh anda pandu di sini yang terdiri dari dua jenis ATV iaitu yang satu tempat duduk dan dua tempat duduk, jadi bolehlah anda bersama keluarga atau pun rakan-rakan naik dan berjalan bersiar-siar disekitar Tenom Valley ini. Ringkasnya antara aktiviti yang boleh anda lakukan apabila berada di sini ialah :

Aktiviti :
01. Berendam di kolam
02. Bergambar
03. Memandu ATV
04. Berjalan ke balkoni
05. Bermalam di penginapan
06. Majlis perkahwinan
07. Majlis lain
08. Bersiar-siar
09. Seminar
10. Memasak/bbq
Terdapat juga beberapa kemudahan yang ada disediakan di Tenom Valley ini untuk pada pengunjung yang datang menginap atau menjalankan majlis di sini. Kemudahan yang disediakan ini adalah untuk lebih memberikan kemudahan dan keselesaan kepada para tetamu. Tetapi sebaiknya anda membuat tempahan lebih awal agar pihak pengurusan di sini dapat membuat persiapan lebih awal juga. Antara kemudahan yang ada disediakan di sini ialah :
Kemudahan :
01. Kolam mandi
02. Quad Bike
03. Balkoni
04. Penginapan
05. Set bbq
06. Dapur
07. Peti sejuk
08. Dapur gas
09. Alat masak roti
10. Dewan acara 30 orang
11. Dewan acara 150 orang
12. Tandas/bilik mandi
13. Peralatan memasak
14. Bilik seminar
Dengan adanya kemudahan-kemudahan ini akan dapat memudahkan lagi pengunjung yang datang ke sini tanpa perlu membawa banyak barang. Tetapi sebaiknya juga anda membuat beberapa persiapan dan persediaan barang apa yang mahu di bawa ke sini untuk kegunaan anda agar lebih memudahkan segala perjalanan dan percutian adan. Antara barang yang mungkin perlu di bawa ialah :
Barang di bawa :
01. Barang masakan
02. Payung/topi
03. Baju hujan
04. Piring/gelas plastik
05. Kamera
06. Sejadah solat
07. Lampu suluh
08. Pakaian lebih
09. Pakaian mandi
10. Tuala mandi
11. Peralatan mandian
12. Kasut/selipar
13. Pakaian sesuai ATV
14. Baju sejuk
15. Makanan ringan
16. Air minuman
17. Minuman segera
Untuk ke sini anda boleh menaiki bas dari Kota Kinabalu yang menuju ke daerah Tenom, lepas sampai ke Tenom bolehlah menaiki teksi atau perkhidmatan e-hailing lain dan beritahu pemandu untuk hantar anda ke tempat ini iaitu Tenom Valley. Tetapi kalau ada kereta sendiri adalah lebih baik, kalau tidak ada boleh juga sewa kenderaan (yang penting anda ada lesen memandu), ini adalah bagi memudahkan anda pergi dan balik dari tempat ini dan memudahkan anda pergi beli barang sekiranya tidak cukup.
Waktu operasi :
Setiap hari : Setiap masa
Bayaran masuk :
Setiap hari : Setiap masa
Bayaran masuk :
Tempahan awal
Sebarang pertanyaan, maklumat lanjut dan membuat tempahan boleh menghubungi pihak pengurusan Tenom Valley seperti alamat di bawah ini :
Alamat :
Tenom Valley
Jalan Amboi Dua
Jalan Amboi Dua
89900, Tenom
Sabah, Malaysia.
Telefon : 012-833 8993
Sabah, Malaysia.
Telefon : 012-833 8993
Website : facebook.com/tenomvalley/
Ulasan
Catat Ulasan