Langkau ke kandungan utama

The Hidden Sanctuary

The Hidden Sanctuary merupakan salah satu tempat menarik di Negeri Sabah untuk aktiviti beriadah bersama keluarga dan juga rakan-rakan terutama sekali ketika hujung minggu atau pun ketika musim cuti sekolah. Sesuai dengan namanya tempat ini memang tersembunyi tapi sangat menarik untuk anda kunjungi yang terletak di dalam daerah Kunak iaitu lebih kurang 4.5 km atau kira-kira 8 minit sahaja perjalanan dengan menaiki kereta dari Pekan Kunak, Sabah.

THE HIDDEN SANCTUARY


Kredit gambar : THS


Kredit gambar : THS

Kredit gambar : THS

The Hidden Sanctuary merupakan salah satu tempat menarik di daerah Kunak yang masih belum ramai yang tahu akan adanya tempat ini mungkin kerana lokasinya yang agak tersembunyi sebab berada di dalam kawasan ladang kelapa sawit, walaupun agak tersembunyi tetapi ia mudah untuk diakses sebab lokasinya yang berada tidak jauh dari Pekan Kunak iaitu dengan jarak lebih kurang 4.5 km atau pun kira-kira 8 minit perjalanan menaiki kenderaan, manakala bagi mereka yang datang dari luar daerah seperti Tawau pula jaraknya adalah lebih kurang 83 km atau kira-kira 1 jam 20 minit saja perjalanan menaiki kenderaan. Sesiapa yang tinggal disekitar daerah Kunak atau tinggal di daerah berhampiran seperti Semporna dan Lahad Datu boleh memilih tempat ini untuk dijadikan sebagai salah satu lokasi aktiviti beriadah ketika ada masa lapang seperti musim cuti sekolah atau pun ketika cuti hujung minggu sebab suasana tempat ini memang sangat tenang dan aman, lagi pun dengan lokasinya yang jauh dari kesibukan pekan atau bandar akan memberikan anda peluang untuk berehat dengan lebih baik. Jika ke sini anda boleh memilih sama ada untuk hanya lawatan sehari sahaja iaitu day trip atau pun anda boleh mengatur dan berurusan dengan pihak pengurusan The Hidden Sanctuary sekiranya ingin bermalam di tempat ini. Jadi kepada penduduk daerah Kunak, penduduk negeri ini dan juga pelancong dari dalam dan luar negara pastikan anda tidak lepaskan peluang datang singgah ke tempat ini untuk melakukan pelbagai aktiviti yang tersedia seperti beriadah bersama keluarga atau rakan, kalau dapat datang dengan satu kumpulan yang ramai lagi sangat menyeronokkan sebab ada kawan untuk bersama-sama buat aktiviti dan juga bercerita agar tidak kesunyian.

Anda tidak perlu risau tentang kemudahan bila bercadang untuk datang ke sini sebab terdapat banyak kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan di tempat ini untuk para pengunjung yang datang tidak kira yang datang untuk lawatan sehari sahaja atau yang mahu bermalam di tempat ini khususnya mereka yang mungkin datang dari jauh. Kemudahan ini semua disediakan adalah bertujuan agar setiap pengunjung yang datang akan sentiasa berasa selesa sepanjang mereka berada di tempat ini sambil buat aktiviti yang tersedia.
Antara kemudahan yang ada disediakan di sini ialah kawasan tempat letak kereta secara percuma untuk para pengunjung yang datang ke sini dengan memandu kenderaan sendiri, tempat letak kereta ini terletak dalam kawasan THS ini dan juga berhampiran dengan kaunter masuk jadi anda tidak perlu risau untuk meletakkan kereta sebab mudah untuk dilihat dan dijaga oleh pihak pengurusan. Kemudahan lain ialah terdapat kolam koi yang disediakan buat mereka yang mahu melihat ikan itu atau memberi makan, tetapi makanan ikan tu tidak boleh bawa dari luar ya sebaliknya anda harus membeli makanan ikan tu dari tempat sini juga, ini adalah untuk kebaikan dan keselamatan ikan tersebut, jadi kalau mahu beli makanan ikat tersebut bolehlah bertanya di kaunter iaitu ketika anda mendaftar masuk. Terdapat juga pondok rehat yang disediakan di tempat ini untuk anda duduk berehat sambil menjamu selera dan minum bagi menghilangkan dahaga setelah penat melakukan aktiviti, kalau sudah gunakan pondok pastikan bersihkan semula dan jangan biarkan anda meninggalkan sampah di pondok tersebut yang boleh menyebabkan ia menjadi kotor dan menyukarkan orang lain untuk menggunakannya, jadi sentiasalah menjaga kebersihan untuk kebaikan bersama.


Anda boleh membawa makanan sendiri dari rumah bila datang ke sini dan menjamu selera di tempat ini tetapi sebaiknya anda sediakan barang keperluan untuk makan macam gelas, piring, sudu, air minum dan beberapa lagi keperluan yang dirasakan perlu untuk makan nanti. Sekiranya anda tidak mahu bawa makanan sendiri boleh beli makanan mentah untuk di masak di sini menggunakan kemudahan BBQ yang turut ada disediakan oleh pihak pengurusan di sini. Kalau anda datang pada waktu puncak iaitu ketika hujung minggu mungkin akan terlalu ramai orang di sini, jadi kalau ramai yang menggunakan kemudahan BBQ ni maka haruslah menunggu kalau ada kekosongan. Terdapat juga kemudahan tapak atau kawasan untuk berkhemah yang boleh anda gunakan sekiranya ingin bermalam di tempat ini atau mungkin mahu berkhemah untuk lawatan sehari saja dari pagi hingga petang. Kemudahan tapak untuk berkhemah ni mungkin agak terhad jadi kalau anda memang mahu ke sini berkhemah pastikan hubungi terlebih dahulu pihak pengurusan untuk buat tempahan dan memastikan ada kekosongan pada hari yang anda akan datang tersebut. Tandas atau bilik salin pakaian juga ada di sini untuk memudahkan kepada para pengunjung yang ingin menukar pakaian sebelum atau setelah mandi di sungai yang ada di tempat ini, pasti jangan buang sampah ke dalam lubang tandas seperti pampers bayi sebab takut ianya akan menyebabkannya tersumbat dan akan menyukarkan orang lain untuk mengguna tandas tersebut, oleh itu gunakanlah kemudahan tong sampah yang telah disediakan untuk membuang segala sampah yang anda ada termasuk plastik dan sisa makanan.

Kemudahan seterusnya ialah laluan berjalan kaki yang bersimen dan jambatan untuk melintasi kawasan sungai atau kolam yang mana ianya akan memudahkan orang ramai untuk berjalan bersiar-siar di sini dengan lebih aman terutamanya ketika musim hujan. Kemudahan elektrik mungkin boleh anda bincang dengan pihak pengurusanTHS terutamanya jika anda berkhemah dan bermalam di tempat ini agar dapat menggunakan kemudian tersebut untuk keperluan anda seperti mengecas telefon, pasang lampu dalam khemah, kipas angin dan lain-lain lagi, kemudahan lampu turut di pasang sekitar kawasan tempat ini agar dapat meneranginya pada waktu malam lebih-lebih lagi jika ada tetamu yang bermalam yang mana akan memberikan kebaikan kepada para tetamu tersebut ketika berada di sini. Selain itu di sini juga ada menjual beberapa barangan cenderahati yang boleh dibeli orang pengunjung untuk dijadikan kenangan apabila sudah balik ke tempat masing-masing dan cenderahati ni banyak yang berkaitan dengan Kunak seperti kraftangan rantai kunci yang bercorak perkataan 'Kunak' dan juga beberapa lagi cenderahati lain. Bagi kanak-kanak yang mahu berenang di sungai atau kolam tu boleh dapatkan kemudahan pelampung yang ada disediakan tetapi tidak pasti sama ada pelampung tu ada bayaran atau tidak, jadi kalau mahu gunakan pelampung boleh bertanya di kaunter ketika daftar masuk. Apa-apa pun untuk makluman anda tempat ini adalah kawasan yang dilarang merokok dan dilarang gunakan vape sebab ramai yang datang ke sini termasuklah kanak-kanak kecil dan juga orang dewasa lanjut usia yang sangat bahaya sekiranya terhidu atau terkena asap rokok atau vape, selain itu haiwan peliharaan pun tidak boleh bawa masuk ke sini ya terutamnya seperti anjing. Di bawah ni adalah senarai ringkas kemudahan yang ada disediakan oleh pihak THS kepada para pengunjung : 

Kemudahan :

01. Kawasan berkhemah
02. Pondok rehat
03. Pondok makan/minum
04. Jambatan
05. Tempat duduk
06. Laluan jalan kaki
07. Tandas awam
08. Pelampung
09. Tempat letak kereta
10. Tong sampah
11. Kemudahan BBQ
12. Pelekat tangan
13. Kolam ikan koi
14. Kawasan bergambar

Sebenarnya banyak lagi kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan termasuklah kawasan atau pun tempat yang mempunyai beberapa binaan landskap untuk aktiviti bergambar yang sangat sesuai bila mengambil gambar dan diletakkan ke dalam ke dalam media sosial masing-masing untuk dikongsikan kepada rakan atau keluarga lain yang belum pernah datang ke sini. Untuk kemudahan dan perkhidmatan lain yang mungkin ada tapi tidak tersenarai di atas anda bolehlah menghubungi pihak pengurusan THS melalui telefon atau melalui laman sosial mereka.

Untuk aktiviti pula memang banyak juga yang boleh anda lakukan apabila datang ke sini, antara aktiviti yang boleh anda lakukan ialah berkhemah dan untuk aktiviti ini anda boleh berkhemah untuk yang ke sini lawatan sehari sahaja contoh dari pagi hingga petang, atau pun mungkin ada yang mahu berkhemah dan  juga bermalam di tempat ini untuk satu malam atu lebih. Kalau anda bercadang untuk berkhemah sebaiknya membawa khemah sendiri dari rumah agar dapat menjimatkan kos dan anda juga perlulah terlebih dahulu menghubungi pihak pengurusan di sini untuk berbincang mengenai rancangan anda ke sini untuk berkhemah. Jadi dapatlah pihak mereka mengatur segala keperluan yang anda perlukan nanti dan dapat juga mereka pastikan adanya kekosongan tempat berkhemah pada hari dan tarikh yang telah anda pilih tersebut, mungkin akan ada bayaran tambahan untuk aktiviti berkhemah jadi sediakan sikit bajet untuk bayaran tu nanti. Bila anda sudah datang ke tempat ini tidak kiralah lawatan sekejap atau bermalam boleh juga buat aktiviti memasak BBQ yang mana sudah pasti akan cukup meriah bila dapat memasak sama-sama kemudian menjamu selera sambil duduk bercerita kenangan masa lalu. Pastikan sebelum anda datang ke sini haruslah membawa beberapa peralatan, bahan dan makanan mentah untuk masak BBQ nanti. Boleh juga bertanya terlebih dahulu dengan pihak THS apa peralatan BBQ yang ada mereka sediakan selain daripada tempat masak BBQ tersebut, memang seronok rasanya kalau dapat ke sini dan memasak sendiri lebih-lebih lagi buat mereka yang ke sini berkhemah dan bermalam. Apa pun itu terpulang pada anda sama ada mahu bermalam atau tidak yang penting dapat datang ke sini dan juga dapat melakukan pelbagai aktiviti menarik.

Aktiviti lain ialah mandi di sungai atau kolam dan untuk aktiviti mandi ni anda perlulah bawa pakaian lebih dan juga pakaian yang menutup aurat terutama sekali bagi yang muslim sebab tempat ni adalah kawasan umum dan terbuka jadi akan ada ramai orang dalam keadaan tertentu. pastikan dapatkan juga pelampung buat kanak-kanak yang belum berapa tahu berenang agar tidak timbul sebarang masalah dan ibu bapa juga harus sentiasa perhatikan anak-anak mereka ketika mandi, ini adalah bertujuan agar anak mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat sepanjang melakukan aktiviti tersebut. Orang dewasa dan remaja pun harus juga sentiasa berhati-hati ketika mandi di sungai ini yang mungkin airnya agak dalam atau pun aliran sungainya sangat deras. Aktiviti seterusnya ialah bergambar di kawasan yang telah disediakan khas untuk aktiviti ini dengan beberapa landskap yang dibina bagi mencantikkan lagi kawasan tersebut agar memudahkan pengunjung mengambil gambar untuk dimuat naik ke dalam laman sosial masing-masing, jangan rosakkan landskap yang telah disediakan agar orang lain pun dapat guna tempat tersebut untuk ambil gambar mereka.
Aktiviti lain yang mungkin boleh anda lakukan ialah buat majlis yang bersaiz kecil seperti majlis harijadi dan majlis perjumpaan semula atau gahtering dengan kawan lama sambil melakukan aktiviti lain seperti yang sudah dinyatakan di atas tadi. Alang-alang anda merancang ke sini atau bercuti di Kunak bolehlah senaraikan tempat menarik di sekitar daerah ini untuk anda buat aktiviti lawatan iaitu seperti :

Tempat menarik
lain :

01. Gua Madai
02. Air Terjun Madai
03. Pantai Sarina
04. Darvel Lagoon
05. Terowong Jepun
06. Tasik Impian
07. Pekan Kunak
08. Masjid Pekan Kunak
09. Hutan Simpan Baturong

Untuk ke tempat ini sangat digalakkan untuk anda memandu kenderaan sendiri sebab iany akan lebih memudahkan anda untuk perjalanan pergi dan balik serta mudah untuk membawa barang keperluan seperti makanan dan minuman serta lain-lain barangan lain. Selain itu kalau ada kereta sendiri juga ia akan memudahkan anda untuk pergi membeli barang keperluan seperti makanan basah sekiranya ingin ke sini dan bermalam atau berkhemah. Dengan adanya kereta sendiri anda juga mudah untuk pergi ke beberapa tempat menarik lain seperti yang dinyatakan di atas.

Bayaran masuk :
RM3.00 : Dewasa
RM2.00 : Kanak-kanak
1 tahun ke bawah percuma

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut boleh menghubungi terus pihak pengurusan The Hidden Sanctuary seperti alamat di bawah :

Hubungi :
The Hidden Sanctuary
Lorong 16, Jalan Kunak 3,
91207, Kunak,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6010 210 9739
Website : Hidden Sanctuary


Ulasan