The Iron Park merupakan salah sebuah tempat yang menarik di Sabah untuk dikunjungi orang tidak kira penduduk tempatan negeri ini atau pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke Sabah khususnya ke Kota Kinabalu. Tempat ini menempatkan pelbagai bentuk arca yang diperbuat daripada besi (iron) dan mampu menarik perhatian para pengunjung yang datang tidak kira tua atau pun muda, kalau anda berminat untuk melihat arca ini bolehlah datang ke The Iron Park ini yang terletak di Dongongon, Penampang iaitu lebih kurang 17 km atau kira-kira 25 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.
THE IRON PARK

Kredit : The Iron Park

Kredit : The Iron Park
Kredit : The Iron Park

Kredit : The Iron Park

Kredit : The Iron Park

The Iron Park merupakan salah sebuah tempat menarik di
Penampang, Kota Kinabalu yang boleh anda kunjungi bersama ahli keluarga atau rakan-rakan sekiranya ada kelapangan masa tidak kira sama ada pada hari-hari biasa mahupun cuti dihhujung minggu. Kalau mahu pelbagai reka bentuk arca besi boleh datang ke sini sebab tempat ini menempatkan pelbagai bentuk arca yang diperbuat daripada besi dan hasil seni ini dihasilkan sendiri oleh pasangan warga emas yang juga merupakan penduduk tempatan di sini. Seronok sekiranya anda dapat datang ke tempat ini melihat sendiri keunikan hasil kraftangan arca yang ada, lebih-lebih lagi bila datang ke sini dengan membawa anak anda bersama sebab sudah pasti akan menghiburkan hati mereka apabila melihat arca tersebut. Tempat ini terletak di Penampang, iaitu lebih kurang 7 km atau kira-kira 12 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Dongongon, kalau dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu jaraknya adalah sekitar 17 km atau kira-kira 25 minit perjalanan menaiki kenderaan, jadi lokasi ini tidaklah jauh dari bandar dan mudah saja diakses sebab jalan raya di sini pun dalam keadaan baik dan boleh masuk semua jenis kereta. Oleh itu sekiranya anda berpeluang datang bercuti ke daerah Kota Kinabalu sebaiknyalah meluang masa datang ke tempat ini, rugi kalau tidak datang sebab tempat ini merupakan yang pertama di Sabah mempamerkan kepelbagaian ukiran atau reka bentuk arca yang diperbuat daripada besi. Penduduk negeri ini pun sepatutnya dapat luangkan masa datang melihat sendiri keunikan arca yang terdapat di tempat ini sebab seperti yang dikatakan tadi ini adalah yang pertama di Sabah, selain dapat melihat reka bentuk arca dapatlah juga membantu atau menyokong hasil kraftangan penduduk tempatan negeri ini. Kalau dapat datang beramai-ramai lagilah menyeronokkan sebab ada kawan untuk bercerita, melihat dan berjalan bersiar-siar bersama sambil itu bolehlah bergambar dengan arca yang cantik di sini.
Kebanyakkan arca yang dibuat di sini adalah menggunakan besi terpakai serta beberapa barangan kitar semula lain untuk menghasilkan sesuatu reka bentuk arca agar ianya kelihatan lebih menarik dan lebih cantik. Siapa sangka walaupun pemilik tempat ini boleh dikira sudah berumur lanjut tetapi masih dapat hasilkan kepelbagaian bentuk arca begitu yang cantik serta kreatif dan kawasan tempat ini juga adalah luas yang mana biasanya pengunjung menghabiskan masa sekitar 1 jam untuk berjalan dan juga melihat kesemua arca yang ada di sini sambil bergambar atau mengambil gambar, jadi memang agak luas bila memerlukan masa sehingga 1 jam berada di sini. Pemilik tempat ini pun adalah seorang yang peramah dan mudah untuk menjawab sekiranya ada sebarang pertanyaan daripada para pengunjung yang datang serta boleh juga bergambar dengan pemilik tempat ini sekiranya anda mahu. Antara bentuk arca yang ada di sini yang diperbuat daripada besi ialah beberapa nama makanan seperti burger, satay, laksa Johor, mee goreng Tuaran, keropok lekor Terengganu, kolo mee Sarawak dan lain-lain lagi. Selain itu terdapat juga arca berbentuk haiwan seperti burung bangau, harimau, kuda, badak, rusa atau pun payau dalam Bahasa Sabah dan banyak lagi arca haiwan yang lain. Arca papan tanda untuk nama daerah di sekitar negeri ini pun ada diletakkan di sini seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Kudat, Ranau, Semporna dan Keningau, mungkin boleh ditambah baik pada masa hadapan untuk meletakkan nama 5 Bahagian yang terdapat di Sabah termasuk nama setiap daerah yang berada di dalam setiap bahagian tersebut agar ianya kelihatan lebih menarik sebab sambil para pengunjung datang berjalan-jalan di sini dapatlah juga memberikan mereka maklumat yang penting mengenai Negeri Sabah khususnya kanak-kanak, budak sekolah dan juga pelancong dari dalam dan luar negara.
Arca lain yang ada di sini ialah beberapa arca yang memaparkan beberapa peribahasa Bahasa Melayu dan Bahasa English seperti 'Seperti Kerbau Dicucuk Hidung', 'Seperti Bangau Membersihkan Kerbau' dan beberapa lagi peribahasa lain yang boleh anda temui apabila datang berkunjung ke sini. Terdapat juga arca dengan reka bentuk bentuk pakaian orang kampung di negeri ini dan juga beberapa pakaian tradisi sesetengah etnik di Sabah. Tidak terlepas juga ada beberapa arca dengan lukisan beberapa jenis kartun seperti doraemon dan sebagainya yang mana ianya sudah pasti akan menarik minat kanak-kanak apabila datang ke tempat ini dan bergambar bersamanya. Banyak lagi jenis-jenis arca yang terdapat dan dipamerkan ditempat ini termasuklah juga beberapa peralatan muzik tradisional Negeri Sabah, kalau disenaraikan satu persatu memang banyak, jadi sebaiknya anda datang ke sini untuk melihatnya dan juga membaca sendiri pelbagai kata-kata yang terdapat pada arca berkenaan. Di sini ada juga beberapa tempat duduk yang disediakan untuk para pengunjung jadi kalau penat bolehlah berehat sekejap minum sebelum meneruskan perjalanan bersiar-siar dikawasan ini. Tidak pasti sekiranya di sini ada menjual air minuman, anda sebaiknya bawa air sendiri seperti air mineral dan juga makanan ringan untuk diminum dan makan bila terasa penati. Kalau panas atau hujan anda tidak perlu risau sebab di sini banyak tempat yang ada bumbung untuk memudahkan anda berteduh, tapi kalau mahu bawa payung pun boleh juga tidak menjadi masalah agar lebih memudahkan pergerakan anda sepanjang berada di tempat ini berjalan atau bersiar-siar untuk melihat arca yang terletak di kawasan yang terbuka dan tidak berbumbung. Di bawah ini adalah antara barangan keperluan yang boleh anda bawa sekiranya ingin datang bercuti ke tempat ini seperti :
Barang di bawa :
01. Minuman
02. Makanan ringan
03. Kamera
04. Powerbank
05. Payung
06. Pakai topi
07. Video kamera
08. Ubat peribadi
09. Duit poket
10. Sapu tangan
Kalau datang ke sini boleh parking kereta anda di tempat yang disediakan khas untuk meletakkan kereta dan jangan letak kereta kereta di tepi jalan sehingga ganggu laluan kereta yang lalu di situ. Kemudahan lain yang ada di sini ialah laluan berjalan kaki jenis konkrit jadi tidak perlu risau biarpun waktu hujan sebab mudah untuk anda bergerak. Biasanya orang ramai ke sini adalah untuk melihat keunikan arca di sini yang dibuat dari besi jadi mungkin kemudahan yang ada tidaklah terlalu banyak kecuali beberapa kemudahan asas yang boleh digunakan di sini. Sekiranya anda ada pertanyaan mengenai kemudahan yang disediakan boleh hubungi sahaja terus pemilik tempat ini untuk membuat pertanyaan, begitu juga sekiranya ingin ke sini sebaiknya hubungi terlebih dahulu pemilik The Iron Park untuk memastikan tempat ini buka pada hari tersebut. Di bawah ini adalah antara beberapa kemudahan yang ada di tempat ini untuk anda gunakan :
Kemudahan :
01. Laluan Jalan Kaki
02. Lokasi Bergambar
03. Tempat Duduk
04. Tandas Awam
05. Tempat Letak Kereta
Waktu operasi :
Isnin - Sabtu : 9 pagi - 5 petang
Ahad : Tutup
Bayaran masuk :
Dewasa : RM10.00 seorang
Kanak-Kanak : RM5.00 seorang
Bayaran masuk di atas ini mungkin boleh berubah mengikut masa dan keadaan, sekiranya anda ingin pastikan bayaran masuk tersebut bolehlah hubungi pemilik tempat ini atau boleh juga bawa sahaja duit lebih agar lebih memudahkan anda nanti. Untuk segala pertanyaan dan maklumat lebih lanjut bolehlah menghubungi saja terus pihak The Iron Park :
Hubungi :
The Iron Park
Kg. Putaton, Inobong
Jln Inobong Putaton Bansadon
89607, Penampang
Sabah, Malaysia.
Tel : +6016 838 3016
Web Fb : The Iron Park
Kg. Putaton, Inobong
Jln Inobong Putaton Bansadon
89607, Penampang
Sabah, Malaysia.
Tel : +6016 838 3016
Web Fb : The Iron Park
Ulasan
Catat Ulasan