The Peaks Tawau merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Lokasi pelancongan ini terletak di dalam daerah Tawau iaitu lebih kurang 18 km dari Pusat Bandar Tawau, Sabah.
THE PEAKS TAWAU
Kredit gambar : The Peaks
The Peaks Tawau adalah salah satu tempat menarik di Tawau yang terletak di daerah Tawau iaitu di Jalan Stesen TV Tawau, lebih kurang 18 km atau kira-kira 25 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Bandar Tawau. Tempat ini adalah salah satu tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh orang ramai sama ada penduduk tempatan atau pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke Sabah terutamnya ke daerah Tawau. The Peaks Tawau mula dibuka untuk kunjungan orang ramai pada 28 Disember 2018 dan menjadi antara lokasi pilihan orang ramai terutama sekali penduduk tempatan yang tinggal di sekitar daerah Tawau, dan boleh dilihat tempat ini akan dipenuhi oleh orang ramai pada musim cuti seperti cuti sekolah ataupun cuti dihujung minggu yang datang bersama keluarga ataupun rakan-rakan untuk melihat keindahan pemandangan sambil mengambil gambar.
yung atau topi (kalau datang tengahari)The Peaks Tawau ini sememangnya sangat menarik kerana lokasinya yang berada di atas bukit yang menghadap ke arah Bandar Tawau dan dengan ketinggian tempat ini iaitu sekitar 1200 kaki atau lebih kurang 365 meter tinggi dari aras laut maka tempat ini akan memberikan peluang kepada anda untuk melihat pamandangan Bandar Tawau dari sini dengan lebih jelas sekali. Tempat ini juga dihias dengan begitu cantik sekali dengan pelbagai jenis hiasan binaan seperti tempat duduk, ukiran the peaks dan lain-lain lagi yang mana ianya dibina khas sebagai tempat untuk orang ramai mengambil gambar kenangan mereka dengan lebih cantik yang berlatarbelakangkan pemandangan alam semulajadi seperti Hutan Simpan yang tebal dan menghijau dan juga pemandangan Bandar Tawau itu sendiri, lebih-lebih lagi pada pemandangan pada waktu petang iaitu sewaktu matahari terbenam.
Tidak banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sini, namun suasana pemandangan di sini adalah sangat menarik dan dengan mengambil gambar dari The Peaks Tawau ini saja pun sudah cukup untuk membuatkan atau memberikan anda satu kepuasan dan pengalaman yang tidak dapat anda lupakan. Aktiviti lain adalah mendaki (hiking) ke bukit ini yang sesuai kepada mereka yang berminat dengan aktiviti mendaki. Kalau mahu ke sini boleh anda mungkin boleh membawa teropong sekiranya ingin melihat pemangan yang jauh seperti melihat laut dan pulau-pulau kecil yang terdapat di sekitar laut berkenaan. Kalau datang awal ke sini dan matahari masih terasa panas bolehlah membawa payung atau topi, cuma biasanya orang akan datang ke sini pada sebelah petang iaitu ketika cuaca lebih redup.
Kalau ada lagi yang tidak tersenarai di atas bolehlah bawa saja apa yang dirasakan perlu untuk di bawa agar dapat memudahkan perjalanan anda ke sini. Yang penting pastikan bateri kamera cukup untuk anda mengambil gambar yang lebih banyak apabila berada di sini. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke The Peaks Tawau bersama keluarga atau kawan-kawan untuk mengambil gambar kenangan dan melihat keindahan pemandangan alam semulajadi yang cukup mempersonakan dan mengagumkan. Terdapat juga beberapa kemudahan yang disediakan di sini iaitu antaranya :

Kemudahan :
01. Kafe (makan/minum)
02. Tempat duduk kanak-kanak
03. Tandas
04. Bilik solat
05. Peralatan BBQ
06. Letak kereta (tepi jalan)
Untuk ke sini lebih baik kalau ada kereta sendiri, atau kalau tiada kereta sendiri bolehlah sewa dengan orang yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa (yang penting anda ada lesen). Ini adalah agar lebih memudahkan perjalanan ke sini dan pulang semula ke tempat anda, dan boleh juga pergi ke tempat menarik lain di sekitar daerah Tawau yang juga mempunyai banyak tempat menarik. Pilihan lain adalah dengan menaiki bas ekspress atau kapal terbang ke Tawau, kemudian mengambil perkhidmatan teksi atau perkhidmatan e-hailing yang lain untuk menuju ke sini tapi sebaiknya buat tempahan terus dengan pemandu tersebut untuk mengambil anda semula selepas selesai dari sini.
Waktu operasi :
Setiap hari : 12 tengahari - 8 malam
Bayaran masuk :
Dewasa 13 tahun ke atas : RM10.00
Kanak-kanak 3-12 tahun : RM5.00
Kanak-kanak bawah 3 tahun : Percuma
Tiket bayaran masuk sah untuk sehari iaitu dari jam 12 tengahari hingga jam 8 malam dan tidak ada had untuk anda berada di sini, jadi terpulang pada anda jika mahu berada lama-lama di sini. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan The Peaks Tawau ini seperti alamat di bawah berikut :
Alamat :
The Peaks Tawau
Jalan Stesen TV Tawau,
91000, Tawau,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 016-298 3885
Website : facebook.com/thepeakstawau/
Ulasan
Catat Ulasan