Langkau ke kandungan utama

Pantai Tindakon Dazang

Pantai Tindakon Dazang merupalah salah satu pantai yang terdapat di Sabah. Pantai ini adalah antara pantai cantik yang terletak di daerah Kudat iaitu kira-kira 27 km dari Bandar Kudat, Sabah.

PANTAI TINDAKON DAZANG

Credit gambar : TindakonDazang

Pantai Tindakon Dazang merupakan salah satu pantai cantik yang terletak di dalam daerah Kudat iaitu lebih kurang 27 km atau kira-kira 35 minit perjalanan dari Bandar Kudat. Pantai ini juga adalah salah satu pantai yang menjadi pilihan penduduk tempatan sekitar daerah ini untuk beriadah bersama kawan atau keluarga ketika musim cuti sekolah atau pun pada hujung minggu. Selain daripada penduduk tempatan yang tinggal di sekitar daerah ini, pantai ini juga adalah menjadi pilihan pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke Kudat.

Pengunjung atau pelancong yang datang berkunjung ke Pantai Tindakon Dazang ini sudah pasti akan lebih teruja dengan melihat keindahan pantai di sini yang panjang, putih bersih, dan cantik sambil menghirup udara segar yang bertiup dari laut. Sekiranya anda merancang untuk cuti dan beriadah di pantai ini bersama keluarga atau rakan anda sehingga waktu petang, pastikan sediakan bateri kamera atau telefon anda secukupnya agar dapat mengambil gambar 
suasana keindahan pemandangan diwaktu matahari terbenam yang sememangnya cukup cantik dan menawan untuk dijadikan kenang-kenangan.


Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakukan oleh para pengunjung yang datang ke Pantai Tindakon Dazang ini iaitu berjalan di tepian pantai, berkayak, mandi air laut, berkhemah dan lain-lain lagi. Yang mahu berkhemah boleh beritahu terlebih dahulu dengan pihak yang menguruskan pantai ini. Di sini ada juga restoran untuk tempat anda makan atau minum jadi kalau tidak mahu bawa makanan pun tidak apa yang penting bawa bajet lebih saja sikit. Jangan lupa juga untuk bawa beberapa barang keperluan untuk digunakan sepanjang berada di pantai ini.

Bawa bajet lebih sikit tersebut untuk keperluan anda sekiranya ingin bermalam di penginapan Tindakon Dazang Beach Resort yang terdapat di sini. Tapi yang penting anda membuat tempahan awal resort tersebut agar pihak pengurusan resort dapat lihat dan memastikan jika ada kekosongan bilik, sebab penginapan ini adalah bercirikan budaya etnik Rungus iaitu penginapan Rumah Panjang (long house). Resort ini ditepi pantai juga jadi memang sesuai jika anda mahu melihat matahari terbenam atau matahari timbul pad waktu pagi.

Untuk ke sini anda boleh maniki bas dari Kota Kinabalu yang menuju ke Kudat kemudian mengambil teksi atau perkhidmatan e-hailing yang lain untuk hantar anda ke lokasi ini. Tetapi sekiranya anda ada kereta sendiri bolehlah memandu terus ke sini dan kalau tidak ada kereta sendiri boleh juga menyewa kenderaan untuk pandu sendiri (yang penting anda ada lesen memandu), ini adalah bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik anda dari tempat ini sekaligus dapat melawat ke tempat menarik lain sekitar daerah Kudat.

Bayaran masuk :
Dewasa : RM2.00
Kanak-kanak : RM1.00

Ulasan