Tinonsok Takano adalah salah satu makanan tradisional di Sabah. Makanan ini adalah makanan tradisi bagi yang juga makan yang amat popular bagi suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah.
TINONSOK TAKANO
Kredit Gambar : carabertani
Tinonsok Takano merupakan salah satu makanan tradisional yang terdapat di Sabah, ia adalah makanan tradisi suku kaum Kadazan-Dusun terutamanya yang tnggal di sebelah Pantai Barat dan Pedalaman Sabah seperti di Keningau dan lain-lain lagi. Makanan ini adalah makanan yang berasaskan nasi yang dicampurkan sekali dengan ubi manis.
Pada masa dahulu makanan ini dibuat adalah dengan tujuan untuk menambah jumlah nasi kerana apabila ada keramaian jumlah penggunaan beras akan dapat dikurangkan apabila menambah beras tersebut dengan ubi manis untuk memperbanyakkan jumlah nasi bagi tujuan dihidang pada orang ramai, rakan-rakan atau pun keluarga yang ramai.
Cara memasaknya lebih kurang juga dengan memasak nasi cuma ia ditambah dengan ubi manis. Terdapat juga sebilangan masyarakat menggunakan selain dari ubi manis iaitu seperti ubi kayu, tapi paling ramai adalah menggunakan ubi manis kerana ia mempunyai rasa yang sedap berbanding ubi lain apabila di campurkan dengan nasi
Bahan-bahan yang biasa digunakan untuk membuat hidangan ini adalah mudah saja dan tidak terlalu banyak, antara bahannya adalah seperti :

Bahan-bahan :
1. Beras
2. Ubi manis
3. Daun Wonihan
Cara penyediaannya :
Beras dan ubi manis tersebut akan dimasak sekali dalam satu periuk, selepas nasi tersebut masak ia kemudiannya ditumbuk menggunakan apa-apa alat tumbukan yang boleh membuatkan nasi dan ubi tadi menjadi sebati. Selepas selesai menumbuk nasi akan di ambil dan meletakkannya di daun wohinan untuk dibungkus menggunakan daun tersebut.
Walaupun pada asalnya nasi ini banyak dimasak untuk di bawa dan dijadikan bekal ketika pergi kerja seperti di kebun dan sawah, namun dengan peredaran masa makanan ini jarang sudah ditemui kecuali ketika adanya majlis seperti perkahwinan, pertunangan dan majlis keramaian yang lain.
Nota :
Boleh juga bungkus nasi tersebut menggunakan daun lain seperti daun toitap, daun pokok kiwit dan daun pokok doringin. Penggunaan daun wohinan adalah disebabkan daun ini mempunyai bau wangi yang dapat mewangikan nasi tersebut dan lebih membuka selera untuk dimakan.

Ulasan
Catat Ulasan