Langkau ke kandungan utama

Tiunung Riverside Camp

Tiunung Riverside Camp merupakan salah satu tempat menarik di Sabah untuk aktiviti perkhemahan yang boleh dikunjungi oleh orang ramai tidak kira sama ada penduduk sekitar daerah ini, penduduk dari daerah lain di dalam negeri ini atau pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke Sabah khususnya ke Keningau, tempat perkhemahan ini sememangnya sering menjadi tumpuan bila musim cuti seperti hujung minggu atau cuti sekolah dan tempat ini terletak dalam Bahagian Pedalaman Negeri Sabah iaitu di daerah Keningau lebih kurang 15 km atau kira-kira 23 minit perjalanan menaiki kereta dari Pusat Bandar Keningau, Sabah.

TIUNUNG CAMP


Kredit gambar : Tiunung


Kredit gambar : Tiunung

Kredit gambar : Tiunung

Tiunung Riverside Camp merupakan salah satu tempat menarik di Keningau untuk aktiviti berkhemah yang boleh anda kunjungi sekiranya ingin mencari lokasi tempat perkhemahan di Sabah khususnya di daerah Keningau. Lokasinya yang berada berhampiran dengan Sungai Bunsit menjadikan tempat ini sering menjadi tumpuan orang ramai terutamanya bagi mereka yang tinggal berhampiran di kawasan daerah Keningau atau kawasan sekitarnya. Sekiranya anda mencari tempat percutian atau perkhemahan yang tenang dan bersih serta jauh dari kesibukan bandar bolehlah cuba untuk menjadikan tempat ini sebagai salah satu pilihan lokasi perkhemahan anda seterusnya tidak kira anda adalah penduduk negeri ini atau pun pelancong dari dalam dan luar negara yang ingin datang ke sini sama ada untuk lawatan 1 hari sahaja atau pun bermalam dan berkhemah dalam beberapa hari. Tempat ini sebenarnya tidak juga jauh betul dari bandar iaitu lebih kurang 15 km atau kira-kira 23 minit perjalanan menaiki kenderaan saja dari Pusat Bandar Keningau dan ia mudah untuk diakses sebab berada tidak jauh dari jalan besar yang memudahkan anda memandu kenderaan terus ke sini dengan lebih cepat. Bagi anda yang datang dari luar daerah seperti Kota Kinabalu pula jarak perjalanannya adalah sekitar 122.5 km atau kira-kira 2 jam 20 minit perjalanan dengan menaiki kenderaan sendiri. Oleh itu sekiranya anda datang ke Keningau bolehlah cuba datang melawat ke sini kalau tidak dapat bermalam dan berkhemah tidak juga menjadi masalah sebab anda boleh datang ke tempat ini untuk lawatan sehari saja atau day trip untuk melakukan riadah bersama sesisi keluarga atau bersama rakan anda sambil melakukan pelbagai aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini, tetapi rasanya adalah lebih baik kalau anda dapat datang berramai-ramai sebab ianya akan lebih menyeronokkan bila datang dalam satu kumpulan yang ramai kerana dapat bercerita dan melakukan aktiviti bersama di tempat ini dengan lebih meriah.

Anda tidak perlu risau kalau datang ke tempat ini sebab terdapat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan buat para tetamu yang datang tidak kira anda adalah penduduk tempatan negeri ini atau pun pelancong dari dalam dan luar negara dan tidak kira juga sama ada anda datang untuk lawatan sehari saja atau yang datang untuk berkhemah dan bermalam di sini satu malam atau lebih. Di sini kemudahan yang disediakan adalah bertujuan agar para tetamu yang datang akan sentiasa merasa selesa dan berbaloi dengan percutian mereka ke tempat ini walaupun mungkin tidaklah begitu banyak kemudahan yang tersedia tetapi ianya sudah cukup untuk memastikan anda berpuas hati sepanjang berada di tempat yang menarik ini. Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah tapak pekhemahan yang rata, luas dan bersih serta ianya terletak berhampiran dengan sungai, tapak untuk berkhemah ini boleh anda sewa untuk sehari atau untuk bermalam tetapi sebaiknya sebelum anda bercadang datang ke sini berkhemah hubungi terlebih dahulu pihak pengurusan tempat ni untuk memastikan ada kekosongan tapak perkhemahan lebih-lebih lagi kalau anda mahu datang dalam satu kumpulan yang ramai, lagi pun kalau buat tempahan dapat juga pihak di sini menyediakan apa-apa yang patut untuk kumpulan anda itu nanti ianya lebih memudahkan apabila anda sudah sampai di sini. Sekiranya anda tidak biasa bermalam menggunakan khemah bolehlah sewa kemudahan pondok atau rumah bambu sebagai penginapan anda tapi kalau sewa rumah bambu ini pastikan anda tidak merosakkan segala kemudahan yang disediakan termasuklah jangan menconteng setiap dinding atau lantai rumah bambu tersebut sebab orang lain pun mahu juga menggunakannya untuk menginap di rumah bambu tersebut, oleh itu sama-samalah menjaga apa juga kemudahan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan di sini agar ianya akan dapat menarik lebih ramai lagi orang untuk datang berkunjung ke tempat ini.


Terdapat juga kemudahan tandas dan bilik untuk salin pakaian disediakan di sini yang boleh digunakan oleh para tetamu yang datang untuk menyalin pakian basah selepas selesai mandi di sungai tetapi perlu diingat kepada para tetamu agar tidak membuang sampah terutama sekali kedalam lubang tandas agar dapat mengelakkan daripada tandas tersebut rosak atau tersumbat yang mana sudah pasti akan buatkan orang lain pun sukar untuk menggunakannya, begitu juga dengan bilik persalinan haruslah bersama menjaga kebersihannya. Bagi sesiapa yang ingin memasak di sini pun ada disediakan kemudahan bbq yang
boleh anda gunakan untuk memasak makanan anda dan peralatan untuk makan iaitu seperti piring, sudu, gelas, garpu dan lain-lain lagi sebaiknya anda membawanya sendiri dari rumah, boleh bawa yang jenis plastik agar mudah untuk di bawa dan di cuci di sini sebab di sini pun ada kemudahan sinki untuk anda mencuci peralatan tersebut selepas digunakan, tetapi kalau anda ini jenis yang tidak mahu banyak kerja dengan mencuci bolehlah beli piring, gelas dan sudu jenis kertas yang biasanya digunakan untuk pakai buang. Pondok, meja dan kerusi juga turut ada disediakan bagi memudahkan anda duduk santai di sekitar tempat ini untuk berehat dengan lebih selesa termasuklah juga menggunakannya untuk menjamu selera. Seterusnya ialah pihak pengurusan tempat ini juga ada menyediakan kemudahan kawasan untuk tempat meletakkan kenderaan, jadi anda tidak perlu risau sekiranya memandu kenderaan sendiri ke sini terutamanya bagi mereka yang mungkin datang dari jauh iaitu dari luar daerah Keningau sebab ada juga tempat untuk anda meletakkan kereta tersebut dan tempat letak kereta tu berada di dalam kawasan ini juga yang mana anda boleh meletakkan kereta berhampiran dengan tempat perkhemahan sekaligus akan membolehkan anda berehat di tempat ini dengan lebih aman tanpa perlu terlalu risau terhadap kereta anda. Boleh gunakan kereta apa saja untuk ke sini tidak kira kereta kecil atau kereta pacuan empat roda sebab jalan raya ke sini pun elok dan tempat ini pun berada berhampiran jalan raya juga jadi tidak ada masalah untuk memandu terus ke dalam kawasan tempat ini dan meletakkan kereta anda.

Yang menariknya di sini pun ada disediakan kemudahan sewa tapak untuk buat majlis dan terpulang pada anda mahu buat majlis apa seperti majlis harijadi, majlis ulang tahun perkahwinan atau pun majlis perkahwinan sebab tapak untuk majlis ni dapat memuatkan lebih kurang 300 orang dalam satu-satu masa dan untuk buat majlis tersebut anda boleh pilih sama ada mengatur sendiri makanan untuk para teamu atau pun boleh berunding terus dengan pihak pengurusan di sini untuk mereka menyediakannya dengan jumlah bayaran tertentu bergantung pada permintaan anda. Untuk tapak majlis pun anda harus membuat tempahan lebih awal terlebih dahulu agar dapat memudahkan pihak pengurusan tempat ini memastikan ada kekosongan pada tarikh dan waktu yang anda pilih dan membolehkan merea sediakan apa juga keperluan yang anda mahukan untuk majlis itu nanti. Kemudahan air dan elektrik juga tersedia di sini yang mana akan membolehkan anda menggunakannya dengan mudah seperti air untuk anda buat air minuman, memasak atau pun untuk mandi, manakala dengan adanya kemudahan elektrik ini pula akan dapat memudahkan anda untuk mengecas telefon, kamera, hidupkan lampu, kipas dan sebagainya lagi terutamanya bagi mereka yang menyewa di rumah bambu. Banyak lagi kemudahan lain yang telah disediakan di sini dan sekiranya anda ada pertanyaan mengenai kemudahan yang mungkin anda rasakan diperlukan tetapi tidak pasti jika ada atau tidak ada maka jangan malu atau segan untuk menghubungi pihak pengurusan di sini khususnya pemilik tempat ini sebab pemiliknya adalah seorang yang peramah dan mudah untuk anda berurusan dengan beliau. Apa pun untuk lebih memudahkan anda bila datang ke sini dan juga sepanjang berada di tempat ini bolehlah bawa barangan keperluan yang anda sendiri rasa perlu untuk di bawa tidak kira sama ada anda ke sini berkhemah dan bermalam atau pun sekadar ke sini untuk lawatan sehari saja, berikut di bawah ini adalah antara barangan keperluan yang rasanya mungkin boleh anda bawa bila ke sini :

Barang perlu bawa :

01. Bawa khemah
02. Pakaian lebih
03. Barang masakan
04. Alat memasak
05. Alat untuk makan
06. Tempat makanan basah
07. Beg tidur kalis air
08. Selimut
09. Bantal tidur
10. Tuala mandi
11. Peralatan mandi
12. Pisau lipat
13. Lampu suluh
14. Kamera
15. Video kamera
16. Powerbank
17. Kipas cas semula
18. Lampu cas semula
19. Ubat peribadi
20. Tali jika perlu
21. Duit poket

Untuk yang muslim, anda bolehlah bawa beberapa barangan keperluan tambahan lain yang perlu untuk kegunaan anda menunaikan solat bila berada di sini seperti sejadah, kain sarung, telekung dan kompas untuk melihat kedudukan kiblat, pastikan juga anda membawa pakaian sesuai yang akan digunakan bila mandi di sungai nanti dan pakaian tu adalah yang menutup aurat sebab sungai ini adalah tempat atau kawasan yang terbuka jadi memang akan ada ramai yang turut mandi di sungai tersebut termasuklah juga mungkin ramai yang duduk di bangku sepanjang tepi sungai tersebut. Bagi anda yang berkhemah boleh bertanya dengan pemilik di sini sekiranya mereka ada menyediakan tempat untuk anda tunaikan solat, kalau tidak ada bolehlah anda bawa satu lagi khemah yang jenis tinggi macam dalam gambar ke 3 di atas tu untuk mudahkan anda solat di sini nanti.

Terdapat beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan bila berkunjung ke tempat ini sama ada anda ke sini berkhemah dan bermalam mahu pun cuma datang untuk lawatan sehari sahaja dan antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah berkhemah di kawasan tapak perkhemahan yang telah pun disediakan khas untuk aktiviti tersebut. Aktiviti berkhemah di sini memang sangat menyeronokkan sebab lokasi perkhemahan ini yang berada di tepi sungai sahaja jadi sudah tentulah udaranya lebih segar dan sejuk, lagi pun ada banyak kemudahan yang disediakan bila anda berkhemah di sini seperti yang telah dinyatakan di atas tadi dan jangan lupa untuk membuat tempahan awal untuk aktiviti ini agar anda mudah untuk dapatkan tempat untuk tapak perkhemahan terutamanya bila anda datang beramai-ramai sekeluarga atau dengan rakan anda yang lain ketika musim cuti khususnya pada cuti minggu. Sebaiknya anda ke sini dengan membawa khemah sendiri sebab ianya akan menjimatkan lagi kos, lagi pun kalau ada khemah sendiri rasanya lebih selesa. Aktiviti lain ialah di sini juga anda boleh buat aktiviti bbq dengan memasak apa juga makanan yang diingikan dan sudah tentulah aktiviti masak bbq sangat menarik buat mereka yang datang ke sini bermalam dengan berkhemah atau menyewa rumah bambu sebab dengan aktiviti bbq ini anda akan dapat memasak kemudian menjamu selera beramai-ramai bersama keluarga atau rakan anda yang ke sini bersama anda. Memang seronok bila dapat buat aktiviti bbq ini dan makan sambil bercerita kenangan masing-masing pada waktu malam dierangi cahaya bulan dan kerlipan bintang yang begitu indah dan cantik angkasa di malam harim tapi apa pun jangan lupa untuk membawa barang yang mahu di masak serta peralatan untuk memasak bila ke sini. Yang penting bila anda buat aktiviti bbq kemudian menjamu selera pastikan segala sisa plastik atau sisa makanan di buang dalam tong sampah yang telah disediakan di sekitar kawasan tempat ini.

Anda juga boleh melakukan aktiviti mandi air sungai yang ada berhampiran tapak perkhemahan di sini yang mana air sungai memang bersih dan segar jadi anda boleh mandi sepuas hati dan bila-bila masa saja tapi janganlah pula mandi di sungai pada waktu malam sebab agak bahaya. Selain itu ketika anda mandi di sungai atau berada di sekitar sungai sentiasalah berhati-hati sebab banyak batu yang berada di sekitar sungai sama ada di dalam atau di tepi sungai sebab batu tersebut mungkin dalam keadaan licin yang boleh menyebabkan anda tergelinciri jatuh, kalau ada kanak-kanak yang mandi di sungai pastikan anda dapatkan kemudahan pelampung untuk mereka, pelampung ada disediakan oleh pihak pengurusan di sini yang boleh anda sewa dengan harga yang murah saja. Oleh itu sentiasalah berhati-hati sepanjang berada disekitar kawasan sungai tidak kira anda mandi atau tidak, ini adalah bertujuan agar memastikan keselamatan anda sekeluarga dan tidak terjadi perkara yang tidak diingini. Aktiviti lain seterusnya ialah melakukan majlis sama ada majlis harijadi atau majlis perkahwinan, dengan kapasiti boleh menampung sehingga 300 orang dalam satu-satu masa sudah tentu aktiviti majlis yang anda lakukan di sini akan jadi meriah dan unik terutamanya bila buat majlis perkahwinan di sini. Untuk aktiviti buat majlis ni perlu juga buat tempahan terlebih dahulu seperti yang sudah diterangkan di atas tadi agar pihak pengurusan di sini dapat menyediakan segala keperluan yang diperlukan untuk majlis anda itu nanti dan untuk mereka pastikan ada kekosongan tempat pada waktu tersebut. Majlis lain yang mungkin boleh anda buat di sini ialah seperti perjumpaan semula, gathering, makan malam dan sebagainya, jadi terpulanglah pada anda mahu buat majlis apa pun yang dirasakan sesuai untuk dibuat di tempat ini. Aktiviti lain adalah sperti beriadah dan santai bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menghirup udara segar di tempat ini yang masih lagi bersih dan terjaga.

Untuk ke tempat ini sebaiknya anda memandu kereta sendiri sebab ianya akan lebih mudah buat anda bila ada kenderaan sendiri untuk mengangkut segala keperluan terutamanya bagi mereka yang ke sini untuk berkhemah. Selain itu dengan adanya kereta sendiri anda akan lebih mudah untuk pergi ke bandar membeli keperluan yang mungkin ada terkurang atau terlupa bawa ketika berangkat ke sini dan yang lebih penting ialah kalau anda kereta sendiri dapatlah juga pergi dan balik dengan mudah dari tempat ini sekaligus dapat melawat beberapa tempat menarik di sekitar daerah Keningau
 
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan boleh terus menghungi pihak pengurusan Tiunung Riverside Camp seperti alamat bawah :

Hubungi :
Tiunung Riverside Camp
Jln Bunsit Bandukan, Bingkor
89000, Keningau
Sabah, Malaysia.
Tel : +6014 566 4201
Web Fb : Tiunung Camp


Ulasan