Togunggak merupakan salah satu alat muzik tradisional yang terdapat di Negeri Sabah. Alat muzik ini sangat terkenal dikalangan oleh suku kaum Kadazan Dusun dan juga Murut yang biasa digunakan untuk memeriahkan sesuatu majlis keramaian tidak kira majlis perkahwinan mahu pun majlis rasmi.
TOGUNGGAK

Kredit gambar : alli

Kredit gambar : alli
Togunggak merupakan salah satu daripada alat muzik tradisional yang terdapat di negeri Sabah dan alat muzik ini terkenal dan sering digunakan di kalangan suku kaum Kadazan Dusun dan juga suku kaum Murut di negeri. Alat muzik ini termasuk dalam kategori alat muzik idiofon yang diperbuat daripada bambu atau buluh dan terdapat perbezaan dari segi sebutan antara suku kaum berkenaan yang mana bagi suku kaum Murut alat muzik ini disebut Tagunggak manakala bagi suku kaum Kadazan Dusun pula ianya disebut Togunggak dan Togunggu bagi Kadazan Dusun di Penampang. Walaupun terdapat perbezaan sebutan tetapi ia adalah alat muzik yang sama yang biasanya digunakan apabila mengadakan majlis keramaian agar dapat memeriahkan lagi majlis tersebut dengan memainkannya untuk mengiringi tarian yang ada ditarikan oleh para penari. Sehingga ke hari ini alat muzik ini masih lagi digunakan oleh kaum berkenaan terutama sekali apabila ada majlis yang diadakan dan suku kaum lain pun biasanya ada pada majlis tersebut untuk sama-sama memeriahkan lagi suasana.
Alat muzik ini sebenarnya hampir sama bentuknya dengan alat muzik seperti Angklung yang diperbuat daripada bambu dan untuk satu set alat muzik ini akan ianya menggunakan lebih kurang 6 hingga 30 batang bambu dan terpulang pada suku kaum berkenaan mahu menggunakan berapa banyak pun yang mereka mahukan. Walaupun bentuknya hampir sama namun terdapa perbezaan antara kedua alat muzik ini iaitu Togunggak mempunyai saiz yang lebih besar dan ketika memainkan alat muzik ini ia haruslah di pegang, manakala bagi Angklung pula saiznya lebih kecil berbanding Togunggak dan ianya harus diletakkan di tempat khas ketika mainkan alat muzik tersebut, selain itu dari segi cara memainkan dan bunyi yang dikeluarkan oleh kedua alat muzik ini juga mungkin akan ada perbezaannya, ini disebabkan saiz dan cara memegangnya yang berbeza.
Untuk membuat alat muzik Togunggak, haruslah menggunakan batang bambu yang betul-betul sudah cukup matang dan daripada bambu jenis gigantochloa levis, yang mana bambu jenis ini memang mudah saja untuk ditemui di Asia Tenggara termasuklah di Sabah dan kalau di negeri pokok bambu ini lebih dikenali dengan nama bambu jenis poring dikalangan suku kaum Kadazan Dusun. Satu batang bambu ini akan dipotong kepada beberapa bahagian untuk mendapatkan beberapa ruas bambu, seperti yang anda nampak pada gambar di atas ada saiz yang kecil dan ada yang besar. Setiap bahagian bambu ini dipotong tapi tetap mengekalkan kedua-dua bahagian buku yang ada, selepas itu bahagian buku yang satunya akan dibelah sebahagian permukaannya hingga bahagian tengah untuk menghasilkan lubang, boleh lihat atau rujuk pada seperti gambar di atas untuk bentuknya.
Lubang ini berfungsi untuk menambahkan lagi kekuatan bunyi yang akan dikeluarkan oleh alat muzik ini melalui petikan yang dibuat. Walaupun kini alat muzik ini lebih banyak dimainkan ketika ada majlis keramaian yang diadakan, tetapi bagi suku kaum Murut di negeri ini, alat muzik Togunggak adalah satu alat muzik yang dahulunya selalu dimainkan untuk para pahlawan mereka agar dapat menaikkan lagi semangat perjuangan lebih-lebih lagi apabila telah mencapai kemenangan dengan mengalahkan musuh mereka dan ianya akan dimainkan serta disambut beramai-ramai oleh segenap penduduk yang tinggal dalam rumah panjang tersebut.
Pada masa kini, selain daripada dimainkan ketika menyambut majlis keramaian, alat muzik ini juga kadang kala dipersembahkan atau dimainkan ketika persembahan kebudayaan untuk memperkenalkan alat muzik tradisional yang ada di negeri ini kepada penduduk tempatan dan juga pelancong dari dalam dan luar negara yang yang datang ke Sabah terutama sekali kepada mereka yang mempunyai minat untuk mengetahui dan mempelajari kebudayaan Negeri Sabah.

Ulasan
Catat Ulasan