Langkau ke kandungan utama

Tolungan Riverside

Tolungan Riverside merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah untuk kunjungan orang ramai beriadah bersama keluarga ataupun rakan-rakan, tempat ini juga dikenali dengan nama lain iaitu Taman Eko Pelancongan Tolungan tapi orang lebih kenal dengan nama Tolungan Riverside. Tempat ini sesuai untuk seisi keluarga yang mahu mencari tempat bercuti sama ada bermalam atau untuk lawatan sehari sahaja terutama sekali ketika hujung minggu. Tolungan Riverside terletak dalam Kampung Notoruss, Penampang iaitu lebih kurang 14 km atau kira-kira 22 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Penampang, Kota Kinabalu Sabah.

TOLUNGAN RIVERSIDE

Kredit gambar : Tolungan


Kredit gambar : Tolungan


Kredit gambar : Tolungan

Tolungan Riverside adalah salah sebuah tempat menarik di Penampang, Sabah yang boleh dikunjungi oleh semua orang tidak kira sama ada penduduk tempatan negeri ini mahupun pelancong dari dalam dan juga luar negara yang datang melancong ke negeri ini khususnya ke Kota Kinabalu. Tempat ini juga sesuai untuk mereka yang suka beriadah dan berkhemah dengan suasana yang aman dan tenteram lagi pun tempat ni jauh dari kesibukan bandar memang suasananya sangat tenang yang akan membolehkan pengunjung yang datang dapat berehat dengan lebih selesa. Tolungan Riverside terletak di Kampung Notoruss, Penampang iaitu lebih kurang 14 km atau kira-kira 22 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Bandar Penampang, manakala bagi mereka yang datang dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu pula jaraknya adalah lebih kurang 24 km iaitu memakan sekitar 45 minit untuk sampai ke tempat oni dengan menaiki kenderaan. Pemandangan di sini juga sangatlah cantik dan menarik yang dikelilingi kehijauan alam semulajadi serta sungai yang bersih dan jernih membuatkan udara di tempat ini pun dapat dihirup dengan segar. Oleh itu sekiranya anda bercadang untuk mencari tempat bercuti yang menyediakan satu suasana seperti yang disebutkan di atas tadi bolehlah cuba mempertimbangkan untuk menjadikan di sini sebagai lokasi percutian anda seterusnya atau pada masa akan datang. Anda boleh datang ke sini sama ada sendiri, bersama keluarga ataupun bersama rakan-rakan, tapi kalau datang dalam satu kumpulan yang ramai rasanya ia lagi menyeronokan sebab ada yang menemani anda melakukan aktiviti, bercerita dan sebagainya. Sekiranya anda bercadang untuk datang bercuti ke sini sebaiknya menghubungi pihak pengurusan tempat ini terlebih dahulu untuk memastikan ianya buka pada tarikh yang anda bercadang datang tu agar tidaklah terbuang masa sekiranya datang ke sini tetapi tutup, jangan malu untuk hubungi mereka sebab pihak pengurusan termasuk kakitangan yang berkerja di sini semuanya memang peramah jadi tidak perlulah risau membuat sebarang pertanyaan.

Jalan ke tempat ini pun baik dan boleh masuk semua jenis kereta, jadi mudah untuk para pengunjung yang memandu kereta sendiri membuat perjalanan ke sini dengan lebih lancar, cuma kalau sudah masuk ke dalam kawasan kampung jangan pandu laju sebab takut kalau ada kanak-kanak yang sedang bermain dekat kawasan itu. Terdapat banyak kemudahan atau perkhidmatan yang telahpun disediakan oleh pihak pengurusan di sini untuk para pengunjung agar mereka semua sentiasa merasa selesa dan juga berpuas hati sepanjang berada Tolungan Riverside bercuti tidak kira sehari atau berapa hari. Antara kemudahan  yang disediakan ialah seperti tapak perkhemahan, tetapi tempat untuk berkhemah ni adalah terhad saja jadi sekiranya anda bercadang ke sini berkhemah sebaiknya hubungi terlebih dahulu pihak di sini agar dapat mereka dapat memastikan ada kekosongan tempat untuk kumpulan anda berkhemah. Selain itu anda juga boleh terus bertanya sekiranya mereka ada menyediakan kemudahan khemah untuk disewa, jika tidak ada maka anda haruslah membawa khemah sendiri dari rumah. Kalau anda mahu bermalam di sini tapi tidak mahu berkhemah pun boleh juga tapi perlulah menghubungi pihak pengurusan tempat ini untuk menyewa rumah penginapan yang ada mereka sediakan, namun penginapan ni tidak banyak jadi ianya lebih sesuai untuk mereka yang datang tidak terlalu ramai, rumah penginapan tu dilengkapi beberapa kemudahan lain termasuklah tilam saiz queen, saiz bujang, sudu, gelas, pinggan, cerek, kerusi, kipas dan meja. Kalau anda sewa rumah penginapan ianya harga yang diberikan termasuk kemudahan dapur gas mudah alih dan juga pondok untuk anda sekeluarga berkhemah dan memasak bbq jadi boleh dikira harga sewa yang ditawarkan adalah sangat berpatutan, terpulanglah pada anda mahu pilih yang mana satu dirasakan sesuai sama ada mahu berkhemah ataupun menyewa rumah penginapan sekiranya ingin bercuti di tempat ini dan bermalam.


Kemudahan lain yang ada disediakan di sini ialah pondok untuk anda berehat dan berlindung dari hujan atau matahari dan boleh juga masak bbq di pondok tersebut, pondok ni perlu disewa tapi tidak mahal cuma RM5 sahaja, dengan adanya pondok akan dapat memudahkan lagi pengunjung untuk simpan apa yang perlu seperti barang makanan, pakaian dan lain-lain lagi. Di pondok ni boleh bbq tapi tidak pasti jika ada peralatan untuk masak bbq disediakan di sini, oleh itu anda perlu bertanya terlebih dahulu pada pihak pengurusan tempat ini sebelum anda datang bercuti ke sini, ini adalah untuk memudahkan anda sebab seandainya mereka tidak ada sediakan peralatan tersebut, maka bolehlah sediakan awal dengan membawa sendiri dari rumah, namun untuk kayu api atau arang memang ada disediakan di tempat ini secara percuma untuk para pengunjung. Pihak pengurusan tempat ini juga ada menyediakan tempat untuk anda meletakkan kenderaan dan tempat letak kereta tidak dalam kawasan berkelah ini, mungkin dalam beberapa meter dari lokasi berkelah tapi tidak perlu risau sebab jaraknya tidak jauh, lagi pun ia berada dalam kawasan kampung iaitu di gelanggang sepak takraw yang mana sudah pasti kereta anda akan turut dijaga penduduk kampung. Walaubagaimanapun bagi anda yang ke sini dengan pandu kereta sendiri tetapi tidak bermalam dinasihatkan untuk memindahkan kereta ke jalan raya utama sekiranya hujan lebat turun sebab biasanya paras air sungai adalah agak tinggi yang mana mungkin akan sukarkan anda pulang sebab akan mengambil masa yang agak untuk tunggu air surut. Tandas juga ada disediakan di sini untuk lebih memudahkan para pengunjung yang ingin menggunakannya, keadaan tandas di sini juga sangat bersih, oleh itu sekiranya anda guna tandas tu pastikan jaga kebersihannya dan yang penting janganlah membuang sampah dalam tandas tersebut terutama sekali ke dalam lubang tandas sebab ianya mungkin akan menyebabkan tandas menjadi tersumbat seterusnya akan menyukarkan anda atau pengunjung lain untuk menggunakannya.

Kepada yang mahu berada di sini sehingga malam seperti berkhemah tidak perlu risau sebab ada juga kemudahan bekalan elektrik dan plug point yang boleh anda gunakan untuk keperluan seperti mengecas telefon, kipas dan sebagainya. Apa pun sebelum menggunakan plug point sebaiknya bertanya dengan kakitangan di situ sekiranya plug tersebut boleh digunakan untuk memastikan ianya adalah selamat jika digunakan untuk tujuan yang anda inginkan. Selain itu di sini juga ada disediakan kemudahan dewan mini terbuka yang mungkin boleh anda gunakan jika ingin mengadakan majlis kecil-kecilan seperti sambutan harijadi dan lain-lain lagi, dewan mini ini mungkin perlu disewa jadi kalau betul ingin gunakan sebaiknya anda buat tempahan awal agar dapatlah pihak di sini menyediakan apa yang perlu untuk majlis anda seperti meja, kerusi dan lain-lain lagi. Terdapat juga sebuah jambatan gantung di sini yang dibina menyeberangi sungai, jambatan gantung ni kira tinggi jadi berhati-hati jika anda naik ke jambatan ni dan kalau boleh jangan terlalu ramai yang naik dalam satu-satu masa, sebaliknya boleh naik berganti-ganti agar ianya lebih selamat walaupun di bawah adalah sungai. Kemudahan seterusnya ialah di sini ada dijual makanan ikan sekiranya anda berminat untuk memberi makan kepada ikan yang ada di sungai, perlu ambil perhatian anda tidak boleh membawa makanan dari luar untuk diberi makan kepada ikan-ikan tersebut. Banyak lagi kemudahan yang telah pun disediakan oleh pihak pengurusan di sini untuk para pengunjung dan untuk lebih lanjut mengenai kemudahan yang mungkin ada disediakan bolehlah hubungi pihak Tolungan Riverside, ini adalah untuk memudahkan anda membawanya sendiri jika pihak di sini tidak ada menydediakan kemudahan tersebut. Untuk lebih ringkas di bawah ini adalah antara kemudahan yang ada :

Kemudahan :

01. Tempat Berkhemah
02. Rumah Penginapan
03. Dewan Mini

04. Jambatan Gantung
05. Papan Maklumat
06. Tandas Bersih
07. Tempat Letak Kereta
08. Tong Sampah
09. Kerusi dan Meja
10. Elektrik
11. Bekalan Air
12. Kayu Api (Arang)
13. Tempat BBQ
14. Dapur Gas Mudah Alih
15. Pondok Rehat
16. Singki Mencuci
17. Wifi Percuma
18. Pelampung
19. Jaket Keselamatan

Memang banyak kemudahan seperti yang disenaraikan di atas, tetapi mungkin pihak pengurusan tempat ini membuat penambahbaikan seperti membuat sebuah surau yang kecil sahaja agar lebih memudahkan para pengunjung terutamanya yang muslim untuk mereka menunaikan solat tanpa perlu pegi jauh mencari tempat solat sekaligus dapatlah menjimatkan masa mereka dan membuatkan mereka lebih merasa selesa sekalipun berada lama di sini seperti dari pagi hingga petang. Mungkin boleh juga dikuatkuasakan penjagaan pada waktu malam agar suasana pada waktu malam lebih tenang khususnya selepas dari jam 11 malam agar pengunjung yang berehat di sini lebih merasa aman dan tenang. Jika anda bercadang datang ke sini sebaiknya membuat beberapa persiapan seperti apa barang yang perlu di bawa agar sepanjang berada di tempat ini akan lebih memudahkan anda terutamanya ketika melakukan aktiviti tanpa perlu merasa risau, senarai barang yang di bawah ini adalah cadangan sahaja dan ianya bergantung pada keperluan pengunjung sendiri sama ada mereka ke sini untuk lawatan sehari ataupun bermalam. Berikut adalah antara cadangan barangan yang boleh pengunjung bawa sekiranya datang ke sini untuk bercuti :

Barang di bawa :

01. Pakaian Lebih
02. Pakaian Mandi
03. Kamera
04. Video Kamera
05. Topi/Payung
06. Khemah
07. Beg Tidur
08. Selimut
09. Lampu Suluh
10. Barang Masakan
11. Peralatan Makan
12. Duit Poket
13. Minuman
14. Makanan Ringan
15. Tali (Jika Perlu)
16. Sejadah Solat
17. Telekung Solat
18. Ubat Peribadi
19. Berdoa

Ada beberapa aktiviti menarik yang boleh para pengunjung lakukan apabila datang bercuti ke tempat ini sama ada yang ke sini untuk lawatan sehari mauh pun yang ke sini bermalam dan bercuti beberapa hari, antara aktiviti tersebut adalah berkhemah sebab memang menarik kalau dapat berkhemah di sini dengan lokasi perkhemahannya yang berhampiran dengan sungai sudah pasti menyajikan satu susana yang menarik dengan keadaanya yang bersih dan pemandangan yang begitu cantik, tetapi seperti yang sudah dinyatakan di atas tadi tempat berkhemah adalah terhad, oleh itu anda dinasihat untuk membuat tempahan awal sekiranya mahu datang ke tempat ini tidak kira anda sendiri mahupun anda datang dalam satu kumpulan yang ramai, ini adalah agar memudahkan pihak pengurusan untuk menyimpankan kawasan tapak perkhemahan untuk kumpulan anda, dan rasanya anda harus buat bayaran deposit untuk tempahan tersebut. Untuk berkhemah memang disarankan untuk membawa khemah sendiri, jika tidak ada khemah sendiri bolehlah cuba hubungi pihak di sini sekiranya mereka ada menyediakan kemudahan khemah, sekiranya ada sebaiknya terus buat tempahan dan jika mereka tidak ada menyediakannya maka anda perlulah membawa khemah sendiri. Selain dari berkhemah di sini juga anda boleh berkelah sambil melihat keindahan alam semulajadi yang begitu indah seterusnya bolehlah terus buat aktiviti masak bbq untuk makan bersama keluarga atau rakan-rakan, untuk aktiviti bbq
peralatannya termasuk kayu api dan arang ada disediakan secara percuma di sini jadi anda hanya perlu perlu membawa makanan sendiri yang mahu di masak dan peralatan untuk makan seperti pinggan, sudu, dan sudu, boleh beli yang jenis pakai buang sahaja untuk lebih memudahkan anda tanpa perlu mencucinya lagi yang penting buang sisa makanan dan bekas peralatan makan tu dalam tong sampah yang sudah disediakan. Kalau anda ke sini berkhemah pastikan membawa tempat untuk menyimpan makanan basah untuk bbq tu agar ianya tidak mudah rosak atau disentuh oleh haiwan lain.

Aktiviti seterusnya ialah mandi di sungai yang sejuk, bersih dan jernih, sungai ini tidaklah begitu dalam tetapi anda haruslah menjaga keselamatan diri dan keluarga, kalau boleh ketika mandu tu pakailah jaket keselamatan atau pelampung terutamanya bagi kanak-kanak dan juga mereka yang tidak berapa pandai berenang sebab mana-mana sungai pun kadang kala paras airnya mungkin boleh jadi dalam dan arusnya juga kadang menjadi laju. Selain itu batuan di sungai juga adalah licin oleh itu sekiranya anda mandi atau ketika berjalan di tepian sungai sentiasalah berhati-hati, ini adalah untuk memastikan keselamatan anda sekeluarga lebih terjamin sebab keselamatan anda sekeluarga adalah tanggungjawab anda sendiri. Yang penting sekali jangan kacau hidupan yanga da di sungai sebab sungai ini sudah pun ditagal yang bermaksud sungai yang dilindungi dan tidak boleh sesuka hati mengganggu ekosistem sungai tersebut dan dan tidak dibenarkan berada atau mandi di sungai tersebut pada waktu malam. Di sini juga anda boleh melakukan aktiviti memberi makan ikan di tempat yang disediakan, pastikan anda tidak memberi makan ikan tersebut dengan makanan dari luar, sebaliknya anda haruslah dapatkan makanan yang ada dijual di tempat ini juga. Aktiviti memancing ikan juga boleh dilakukan di sini tapi di lokasi yang telah ditetapkan dan mesti mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dengan pengurusan tempat ini, oleh itu jika anda bercadang memancing di sini pastikan bawa pancing sendiri dari rumah dan pastikan hubungi terlebih dahulu pihak Tolungan Riverside untuk memastikan pada hari atau tarikh yang anda mahu ke sini tu dibenarkan untuk memancing ikan. Dengan adanya jambatan gantung anda bolehlah berjalan di jambatan tu untuk bergambar, memang cantik jika dapat bergambar di jambatan ni sebab pemandangan yang disajikan cukup cantik. Untuk ringkasan aktiviti yang boleh dilakukan di bawah ini adalah antara senarai aktiviti tersebut :

Aktiviti :

01. Mandi Sungai
02. Beri Makan Ikan
03. Berkhemah
04. Jalan Di Jambatan
05. Masak BBQ
06. Berkelah
07. Mengambil Gambar
08. Main Bola Tampar
09. Memancing
10. Bersiar-Siar

Apa pun aktiviti yang anda lakukan di Tolungan Riverside pastikan utama keselamatan terlebih dahulu dan pastikan juga anda patuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan tempat ini agar tidak ada apa-apa yang tidak diingini daripada berlaku. Terdapat poster peraturan yang telah pun diletakkan di sini yang boleh anda baca sendiri mengenai peraturan tersebut.

Waktu operasi :
Setiap hari : 8 pagi - 5 petang

Bayaran masuk :
Dewasa : RM5.00
Kanak-Kanak : RM3.00

Bayaran di atas ini adalah untuk bayaran masuk sahaja, untuk aktiviti atau kemudahan lain mungkin ada bayaran lain yang akan dikenakan tapi tidaklah terlalu mahal dan semua harga yang ditawarkan di sini adalah berpatutan. Untuk segala pertanyaan dan maklumat lebih lanjut bolehlah menghubungi terus pihak Tolungan Riverside :

Hubungi :
Tolungan Riverside
Kg. Notoruss, Penampan
Kota Kinabalu, Sabah
Tel : +6017 839 6332
Web Fb : Tolungan Riverside


Ulasan