Langkau ke kandungan utama

Trig Hill Keningau

Trig Hill (Bukit Trig) Keningau merupakan salah satu tempat menarik di Sabah untuk aktiviti mendaki diketinggian 574 meter dari paras laut, walaupun bukit ini tidaklah terlalu tinggi tetapi tidak boleh juga dipandang rendah sebab laluannya adalah agak mencabar, oleh itu bukit ini tidak berapa sesuai untuk mereka yang baru mahu belajar mendaki, lebih-lebih lagilah bagi yang lemah stamina. Bukit ini berada di Bahagian Pedalaman Negeri Sabah iaitu di daerah Keningau lebih kurang 20 km atau kira-kira 28 minit perjalanan dari Pusat Bandar Keningau, dan lebih kurang 112 km atau kira-kira 2 jam 20 minit perjalanan dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

CHANANG HILL


Kredit gambar : Bukit Trig


Kredit gambar : Bukit Trig


Kredit gambar : Discover Keningau

Kredit gambar : Tina Meraudje

Trig Hill (Bukit Trig) Keningau merupakan merupakan salah satu tempat menarik di Keningau khusus buat para peminat aktiviti mendaki dengan pemandangan yang cukup indah dan menarik dari kawasan bukit yang berketinggian lebih kurang 574 meter dari paras laut. Walaupun bukit ini tidak terlalu tinggi namun anda tidak boleh memandang rendah sebab dengan keadaan laluan pendakiannya yang sangat mencabar membuatkan bukit ini agar sukar didaki oleh segelintir orang dan rasanya tidak berapa sesuai bagi mereka yang baru sahaja mahu mula belajar mendaki dan juga mereka yang lemah stamina sebab untuk membuat pendakian ke bukit ini ianya sememangnya memerlukan stamina yang cukup baik dan juga kekuatan sama ada dari segi fizikal dan mental. Bukit ini merupakan antara bukit yang popular di daerah Keningau sebab lokasinya yang tidak terlalu jauh dari pusat bandar dan laluannya yang mencabar membuatkan peminat aktiviti mendaki suka mendaki di sini apabila ada kelapangan masa terutama sekali mereka yang tinggal di sekitar daerah ini dan daerah lain berhampiran. Bukit ini terletak di daerah Keningau lebih kurang 20 km atau kira-kira 28 minit perjalanan dari Pusat Bandar Keningau, manakala ianya mengambil masa kira-kira 2 jam 20 minit perjalanan dengan jarak perjalanan lebih kurang 112 km jika datang dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Sekiranya anda bercadang ke sini mendaki adalah lebih baik untuk cuba hubungi pihak yang menguruskan bukit ini sama ada melalui telefon atau laman sosial mereka agar dapat memastikan pada tarikh dan masa yang anda pilih datang tu sesuai untuk membuat pendakian terutama sekali jika pada masa itu musim hujan. Digalakkan anda ke sini dalam berkumpulan atau mempunyai kawan agar ada yang dapat membantu anda ketika mendaki dan agar tidak bosan mendaki sendirian sebab ada juga kawan untuk berbual.

Laluan pandakian ke bukit ini tidaklah terlalu jauh iaitu lebih kurang 1.57 km sehala yang mana ianya mengambil masa sekitar 45 minit hingga 1 jam untuk sampai ke puncak checkpoint 6 yang tingginya 574 meter dari paras laut, masa mendaki tu sebenarnya ikut dari kecergasan dan kelajuan anda bergerak tetapi tidak perlulah laju-laju sebaliknya biarlah perlahan asalkan dapat sampai puncak kemudian turun semula dengan selamat sebab laluan pendakian ke bukit ini sememangnya agak mencabar. Ketika anda membuat pendakian di sini terdapat 6 checkpoint yang akan dilalui, dari tempat titik permulaan ataupun startin
g point ke checkpoint 1 laluannya agak mencabar dan terdapat beberapa bahagian laluannya yang agak curam dan memerlukan anda memanjat bukit disitu, oleh itu sebelum anda memulakan pendakian sebaiknya pastikan anda betul-betul telah bersedia untuk mulakan perjalanan seperti stamina anda kuat, dan semua persiapan lain sudah lengkap, selepas sudah sampai di checkpoint 1 bolehlah berhenti rehat sekejap dan minum sedikit air untuk hilangkan penat sebelum meneruskan perjalanan, tapi kalau mahu teruskan pendakian pun boleh juga. Selepas dari checkpoint 1 anda akan meneruskan lagi pendakian ke checkpoint 2 yang mana laluannya lebih mendatar dan landai jadi anda bolehlah berjalan dengan lebih santai tetapi perlu juga sentiasa berhati-hati sebab ada juga tu sikit bahagian yang perlu buat pendakian dan juga laluan di sini tidak luas serta banyak semak, jadi sentiasalah utamakan keselamatan anda. Dari checkpoint 2 hingga ke puncak iaitu di checkpoint 6 laluannya sememangnya sangatlah mencabar yang mana sepanjang laluan ini anda akan menaiki dan menuruni kawasan berbukit, melalui kawasan curam dan laluan di sini juga agak sempit oleh itu sentiasa perhatikan langkah anda ketika berjalan sepanjang laluan daripada checkpoint 2 hingga checkpoint 6 ini sebab laluan tersebut berbatu serta ditepi kiri dan kanan adalah kawasan curam atau jurang yang bahaya sekiranya anda tergelincir.


Dari starting point hingga ke puncak di checkpoint 6 ada juga kemudahan tali yang disediakan untuk kegunaan para pendaki terutamanya dikawasan yang ada kecuraman, tetapi pastikan terlebih dahulu tali tersebut masih kukuh sebelum anda berpaut padanya untuk mengelakkan daripada terjadi perkara yang tidak diingini. Untuk makluman anda sepanjang pendakian darip mula sehingga ke puncak ada kawasan atau laluan tu yang jalannya berbatu dan ada juga yang dipenuhi dengan daunan yang berguguran jadi setiap langkah anda itu hendaklah sentiasa berhati-hati sebab batu dan daun mungkin boleh sebabkan anda tergelincir apabila tersalah pijak
. Oleh kerana pendakian ini adalah mencabar maka anda perlulah buat beberapa persiapan sebelum datang mendaki ke bukit ini seperti memakai apa yang patut dan bawa barang keperluan yang perlu agar perjalanan dan pendakian anda berjalan dengan lebih lancar tanpa ada sebarang masalah. Antara persiapan yang perlu dilakukan sebelum ke sini ialah memastikan kesihatan anda berada dalam yang baik iaitu tidak ada sakit yang bahaya seperti sesak nafas, batuk kuat, demam panas dan lain-lain penyakit yang lain dan kalau anda sakit boleh bertanya dengan doktor terlebih dulu untuk pastikan sama ada anda dibenarkan melakukan aktiviti mendaki di sini atau pun tidak sebab anda pun tahu juga yang laluan di sini agak mencabar dan memerlukan stamina dan kesihatan yang baik agar tidak ada sebarang masalah yang terjadi apabila membuat pendakian nanti. Selain tu anda juga bolehlah buat persiapan mengenai apa yang perlu dipakai jika ingin mendaki di sini iaitu seperti memakai baju lengan panjang, seluar panjang, pakai topi atau tutup kepala, pakai stokin dan yang penting pakai kasut yang sesuai untuk mendaki serta pastikan kasut tu bukan jenis yang tapak licin. Tongkat mendaki pun boleh juga bawa kalau mahu untuk digunakan dikawasan tertentu, sekiranya anda gunakan tongkat jenis kayu sila pastikan tongkat itu tahan dan tidak mudah patah.

Persiapan lain ialah membawa air minum mengikut keperluan dan kalau boleh janganlah bawa terlalu banyak, boleh bawa 1 atau 2 botol air mineral yang bersaiz besar 1.5 liter tu sebab kalau banyak takut ia berat dan akan menyukarkan anda membuat pendakian nanti terutama sekali dari checkpoint 2 sehingga checkpoint 6, oleh itu bawalah air yang anda rasa cukup untuk keperluan pendakian anda nanti. Kalau mahu bawa makanan pun boleh juga tidak kisahlah makanan apa pun agar dapat mengisi perut jika rasa lapar setelah penat membuat pendakian termasuklah seperti coklat. Untuk membuat pendakian ke bukit ini adalah sangat disarankan untuk tidak bersendirian sebaliknya bawalah kawan bersama, kalau ramai lagi bagus sebab ada kawan yang akan menemani dan membantu sekira anda memerlukan bantuan dan kalau ada ada kawan lagilah seronok ada kawan berbual dan bercerita. Jangan lupa untuk bawa lampu suluh untuk persediaan sekiranya anda turun semula dari puncak bukit ini pada waktu petang sebab ia mungkin mengambil masa dan takut anda ambil masa agak lama untuk turun dan keadaan susaha sudah menjadi gelap sedikit. Apapun di bawah ini antara barangan keperluan yang boleh anda bawa sekiranya ingin datang mendaki ke Trig Hill (Bukit Trig) Keningau, yang mana anda rasa perlu bolehlah bawa sahaja mengikut keperluan anda :

Barang di bawa :

01. Pakaian Sesuai

02. Baju lengan panjang

03. Seluar panjang

04. Pakai stokin

05. Pakai kasut

06. Baju hujan

07. Makanan

08. Minuman

09. Bawa
Coklat
10. Kamera

11. Tongkat mendaki

12. Duit poket
13. Powerbank
14. Lampu suluh
15. Tali
jika perlu
16. Sarung tangan
17. Sapu tangan
18. Wisel kecemasan
19. Ubat peribadi
20. Topi/tutup kepala
21. Peti pertolongan cemas

Kadangkala pihak yang menguruskan bukit ini ada mengadakan perlumbaan mendaki, jadi sebaiknya sebelum datang ke sini hubungilah dulu pihak mereka atau jika ada sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi terus dengan pihak yang menguruskan Trig Hill Keningau ini seperti di alamat seperti di bawah :

Hubungi :
Trig Hill Keningau
Jalan Apin-Apin Lama,
89650, Keningau
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6011 3802 0559
Web Fb : Trighillkeningau


Ulasan