Tuaran merupakan salah sebuah bandar atau daerah yang terdapat di Negeri Sabah dan terletak di sebelah Pantai Barat, Sabah. Tuaran terletak lebih kurang 34 km dari Bandar Kota Kinabalu.
TUARAN
Kredit Gambar : Ohtuaranku
Tuaran yang juga merupakan pintu masuk ke Kota Kinabalu bagi penduduk dari daerah lain seperti dari Sandakan, Tawau, Kudat dan lain-lain daerah sememangnya mempunyai beberapa tempat menarik yang boleh menjadi tempat persinggahan penduduk dari daerah lain yang datang ke Kota Kinabalu. Antara tempat menarik atau tempat pelancongan yang boleh dikunjungi di Tuaran adalah seperti :
01. Sabandar Cowboy Town
Kredit Gambar : Ohtuaranku
Tuaran merupakan salah satu bandar atau daerah yang terdapat di Negeri Sabah dan terletak di sebelah Bahagian Pantai Barat Sabah. Tuaran termasuk dalam Bahagian Kota Kinabalu iaitu lebih kurang 34 km atau kira-kira 45 minit perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu dengan luas kawasan daerah ini iaitu 1,166 kilometer persegi dan jumlah penduduknya pada ketika ini dianggarkan sekitar hampir 150 ribu orang dan majoritinya adalah suku kaum Dusun Lotud dan Bajau. Asal usul nama Tuaran dikatakan di ambil dari perkataan tawaran yang diambil bersempena dengan aktiviti penduduk di daerah tersebut pada masa dahulu yang sering membuat tawaran dalam tawar menawar ketika urusan jual beli di tamu Tuaran antara penjual dan pembeli dan seterusnya menyebabkan penduduk tempatan menyebut nama daerah ini sebagai Tuaran. Walaupun terdapat beberapa lagi pendapatan mengenai asal usul nama untuk Tuaran, namun perkataan 'tawaran' ini adalah yang paling ramai bersetuju sebagai asal nama Tuaran.
Pada pada awalnya iaitu sebelum tahun 1884, Tuaran adalah dibawah pemerintahan Kesultanan Brunei, namun pada bulan November 1884 Tuaran dan beberapa daerah kecil yang berada di dalam daerah Tuaran telah diserahkan kepada pemerintahan British iaitu Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB). Semasa pentadbiran atau pemerintahan SBBUB, pihak British telah menubuhkan Pejabat Daerah Tuaran dan kemudian melantik beberapa orang tempatan dari suku kaum Kadazan-Dusun dan Bajau untuk bertugas sebagai pegawai daerah dan beberapa lagi jawatan lain dalam pentadbiran di Tuaran yang bertujuan agar dapat membantu pihak SBBUB mentadbir daerah ini terutamanya dari segi pengurusan yang berkaitan dengan penduduk tempatan.
Dengan luas kawasan yang lebih luas dan dengan kemajuan dan pembangunan yang berterusan di daerah ini membolehkan penduduk di sekitar daerah Tuaran berkerja dalam pelbagai sektor contohnya seperti perindustrian, pertanian, penternakan, pernigaan pelancongan dan lain-lain lagi. Pelbagai jenis tanaman pertanian yang dijalankan di daerah ini kerana kawasannya yang luas dan tanah yang sesuai untuk aktiviti pertanian seperti penanaman kelapa sawit, getah, padi, kelapa, nenas, pisang, sayuran dan lain-lain lagi yang mana dapat membantu meningkatkan lagi ekonomi penduduk di daerah ini. Dengan adanya Tamu Tuaran yang diadakan setiap hari ahad juga akan dapat membantu hasil pertanian seperti sayuran dan buah-buahan dapat dipasarkan dengan mudah kepada penduduk tempatan atau pengunjung yang datang ke pasar tamu. Di tamu ini juga bermacam lagi hasil jualan dari yang dibuat oleh penduduk tempatan seperti barangan kraftangan, cenderamata, makanan basah termasuk makanan laut (seafood) dan bermacam lagi jualan lain.

Selain itu terdapat juga banyak kemudahan awam atau kemudahan prasarana yang telah dibina dan disediakan untuk memberi keselesaan kepada para penduduk di sini iaitu seperti atau pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke daerah ini iaitu seperti :
01. Supermarket
02. Hypermarket
01. Supermarket
02. Hypermarket
03. Perbankan (bank)
04. Jalan Raya Pan Borneo
04. Jalan Raya Pan Borneo
05. Restoran makanan laut
06. Pengangkutan Bas
07. Restoran makan minum
08. Pasar sayur dan ikan
09. Dewan Masyarakat
10. Intitut Pendidikan Guru
11. Tandas awam
12. Masjid Tuaran
Tuaran yang juga merupakan pintu masuk ke Kota Kinabalu bagi penduduk dari daerah lain seperti dari Sandakan, Tawau, Kudat dan lain-lain daerah sememangnya mempunyai beberapa tempat menarik yang boleh menjadi tempat persinggahan penduduk dari daerah lain yang datang ke Kota Kinabalu. Antara tempat menarik atau tempat pelancongan yang boleh dikunjungi di Tuaran adalah seperti :
01. Sabandar Cowboy Town
02. Borneo Ant House
03. Taman Buaya Tuaran
04. Taman Arnab Tuaran
05. Tuaran Lagoon Park
06. Menara Jam Tuaran
07. Shangri-La Rasa Ria Resort
08. Tuaran Beach Resort
09. Rumah Tradisional Lotud
10. The Peak Of Hope
Ulasan
Catat Ulasan