Langkau ke kandungan utama

Tugu Antanom

Tugu Antanom merupakan salah satu tugu yang terdapat di negeri Sabah. Tugu Antanom terletak di Pusat Kebudayaan daerah Tenom, iaitu lebih kurang 13 km dari Pekan Tenom, Sabah.

TUGU ANTANOM

Credit Gambar : Wikimedia

Tugu Antanom merupakan salah satu tugu yang terdapat di Sabah. Tugu ini  kira-kira 13 km dari pekan Tenom dan terletak di kawasan Pusat Kebudayaan Murut, Tenom. Tugu ini dibina di atas kawasan yang berkeluasan 0.75 ekar yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Sabah. Di sini juga dibina taman rekreasi dan pusat penerangan yang menceritakan tentang sejarah Antanom.

Tugu ini dibina adalah untuk memperingati pahlawan Murut yang bernama Antanom atau disebut juga Antanum. Nama sebenar Beliau adalah Ontoros Buyusan. Beliau merupakan seorang Pahlawan Murut yang menentang keras terhadap pentadbiran Syarikat Borneo Utara British kerana SBUB yang telah banyak membebankan dan menyusahkan rakyat seperti mengenakan pelbagai cukai dan memaksa penduduk tempatan untuk menjadi buruh mereka.


Akibatnya beliau telah mengumpulkan beberapa orang pengikut yang seramai hampir 1000 orang dan yang kebanyakkan pengikutnya dari adalah pahlawan Murut yang berasal dari Tenom, Keningau dan Pensiangan. Beliau juga telah mendapat sokongan daripada ketua-ketua masyarakat dan penduduk tempatan di daerah-daerah tersebut. Setelah beliau berajaya mengumpul pengikut dan juga mendapat sokongan daripada penduduk tempatan, beliau kemudian telah memulakan penentangan terhadap British yang bermula pada tahun 1915 dan kemudian telah membuat beberapa kubu untuk mematahkan semua serangan British. 

Pada bulan April 1915, pihak British telah menghantar pasukan askar mereka yang lebih ramai iaitu seramai 300 hingga 400  orang untuk menyerang kubu Antanom, namun setelah beberapa kali serangan dibuat pihak British masih tetap gagal dan terpaksa berundur walaupun pada ketika itu Antanom dan pengikutnya hanya menggunakan senjata tradisional seperti pedang, lembing dan lain-lain lagi.


Oleh kerana pihak pihak British masih gagal untuk mengalahkan Antanom dan pengikutnya, British kemudian memerangkap Antanom dan pengikutnya dengan pura-pura menawarkan rundingan damai yang berlangsung akan di Rundum. Namun apabila Antanom dan pengikutnya dalam perjalanan menuju menuju ke Rundum, mereka telah di kepung dan di tangkap oleh beratus orang askar British, Antanom kemudiannya telah dijatuhkan hukuman mati, dan peristiwa ini telah disebut sebagai Revolusi Rundum.

Ulasan