Tungog Rainforest Eco Camp merupakan salah satu tempat menarik di Sandakan dan tempat ini terletak di daerah Kinabatangan dalam Bahagian Sandakan, Sabah.
TUNGOG RAINFOREST ECO CAMP
Tungog Rainforest Eco Camp (TREC) merupakan tempat menarik di Kinabatangan, yang juga tempat yang sesuai kepada mereka yang berminat dengan aktiviti di hutan dan juga di sungai khususnya di Sungai Kinabatangan yang merupakan sungai kedua terpanjang di Malaysia. TREC ni terletak di daerah Kinabatangan iaitu lebih kurang 30 km atau kira-32 minit perjalanan dari Pekan Kota Kinabatangan, kalau dari Sandakan pula akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit dengan jarak perjalanan kira-kira 100 km. Tempat ini dibina dan diwujudkan atas inisiatif oleh MESCOT KOPEL iaitu Koperasi Eko Pelancongan Komuniti Batu Puteh, Kinabatangan yang mana komuniti ini adalah hasil gabungan daripada 4 buah kampung iaitu Kampung Batu Puteh, Kampung Menggaris, Kampung Perpaduan dan juga Kampung Singgah Mata. Ia sekaligus dapat membantu menambahkan lagi sumber pendapatan dan juga ekonomi di kalangan penduduk di 4 buah kampung berkenaan.
Sekiranya anda mahu ke sini sebaiknya anda buat tempahan lebih awal sama ada melalui persendirian atau melalui ejen pelancongan yang sah bagi memastikan ada kekosongan tempat penginapan sebab biasanya di sini dihadkan kepada 20 pelawat saja dalam satu-satu masa. Bila sudah berada di sini anda boleh lihat keindahan hutan yang menghijau dan masih asli, pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan hutan yang lain, pelbagai sepesis burung dan juga bermaca-macam jenis haiwan serta hidupan liar. Anda boleh menginap di TREC ni atau di tapak atau platform perkhemahan yang telah disediakan khas buat mereka yang sememangnya berminat untuk memerhati burung atau melihat pelbagai hidupan liar di dalam hutan. Memang banyak spesis burung di sini dan ianya dianggarkan terdapat sekitar 208 spesis, manakala hidupan liar yang mungkin anda berpeluang untuk melihatnya adalah seperti orang utan, hairmau kumbang, proboscis monkey, beruang matahari, gajah dan lain-lagi yang sudah pasti akan membuatkan anda teruja nanti.
Selain daripada memerhati burung dan melihat hidupan liar, anda mungkin juga berminat untuk aktiviti lain seperti meredah hutan sejauh 18 km, melawat gua batu kapur dan juga menaiki bot menyusuri Sungai Kinabatangan sambil melihat pelbagai hidupan flora dan fauna. Ketika anda berjalan meredah hutan ni akan ada seorang penunjuk jalan atau guide dari kalangan penduduk tempatan yang mana dia akan membawa kumpulan anda berjalan dan di sini anda bolehlah bertanya berkenaan dengan hidupan seperti jenis-jenis pokok yang anda lihat terdapat di situ. Kalau aktiviti menyusuri sungai ni digalakkan mula berjalan sekitar jam 6 pagi ataupun jam 4.30 petang sekiranya ingin melihat hidupan liar seperti proboscis monkey, buaya, burung enggang, gajah dan beberapa jenis haiwan lain yang biaasanya berada di tebing sungai pada waktu tersebut untuk mencari makananan. Cuma kalau di sungai ni anda mestilah patuhi segala peraturan yang diberikan oleh pemandu bot sepanjang anda berada di atas bot atau di sungai, ini adalah bagi menjamin keselamatan anda lebih terjaga.
Oleh kerana tujuan utama kewujudan TREC ni adalah untuk pemuliharaan alam sekitar, maka apa-apa juga barang atau sisa sampah yang anda bawa dari luar perlulah di buang di tempat yang disediakan dan jangan membuang sampah terutama sekali sisa kimia di dalam hutan dan juga di dalam sungai. Banyak penggunaan barangan atau peralatan di sini adalah dengan menggunakan tenaga solar, dan terdapat juga sabun dan pencuci yang mungkin tidak dibenarkan sekiranya terdapatnya bahan kimia yang boleh menjejaskan dan mencemarkan hidupan di sini terutamanya hidupan sungai. Apa pun anda boleh juga bertanya dengan ejen pelancongan atau pihak pengurusan di sini untuk mengetahui apa-apa keperluan yang boleh dan tidak boleh digunakan sepanjang berada di TREC.
Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau inginkan maklumat lanjut, bolehlah menghubungi pihak pengurusan TREC di alamat seperti berikut :

Alamat :
Jalan Feri Lama
Kampung Menggaris,
Mukim Batu Puteh,
90200, Kinabatangan
No. Tel : 089 551 070
No. Tel : 014 873 1051
90200, Kinabatangan
No. Tel : 089 551 070
No. Tel : 014 873 1051
Ulasan
Catat Ulasan