Langkau ke kandungan utama

UITM Kota Kinabalu

Universiti Teknologi Mara (UITM) Kampus Kota Kinabalu merupakan universiti yang tertua di Sabah dan merupakan salah satu IPTA yang terdapat di negeri Sabah dan terletak di Kota Kinabalu.

UITM KOTA KINABALU



Universiti Teknologi Mara (UITM) Kampus Kota Kinabalu merupakan Universiti Tertua yang telah dibina di negeri Sabah. UITM Kota Kinabalu telah ditubuhkan pada bulan 16 Julai 1972 hasil kerjasama dan sokongan daripada Yayasan Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah. Pada awal penubuhan, UITM lebih dikenali dengan nama Yaysan Sabah-Institut Teknolgi Mara (YS-ITM) dan hanya menggunakan kampus sementara yang terletak di Sembulan.

Sesi pengambilan pelajar telah mula dibuat pada bulan Julai 1973. Kemudian pada 26 Julai 1973 kuliah pertama telah bermula di kampus sementara ini dengan jumlah pelajar pada masa itu cuma 157 orang sahaja. Pada 17 Ogos 1973 kampus sementara ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah pada masa itu iaitu Tun Datu Hj. Mustapha bin Datu Harun.


Bagi menyediakan lebih banyak peluang pendidikan tinggi kepada anak-anak bumiputera di negeri ini, maka perancangan untuk membina kampus tetap yang lebih lengkap telah dibuat pada bulan Februari 1979 dengan perletakan batu asas kampus tetap di Kuala Menggatal oleh Tuan Yang Terutama pada masa itu iaitu Tun Mohamad Adnan Robert pada 24 Februari 1979.

Pada tahun 1982, kampus tetap UITM yang berada di Kuala Menggatal telah siap sepenuhnya termasuk beberapa blok asrama dan kemudahan lain dan sebahagian besar pelajar juga telah dipindahkan ke kampus tetap ini. Proses pemindahan pelajar dari kampus sementara ke kampus tetap ini telah dibuat secara berperingkat dan berakhir pada bulan Januari 1992. Setelah proses pemindahan ini berakhir, kampus tetap telah beroperasi sepenuhnya di Kuala Menggatal pada tahun tersebut.


Misi :
Untuk meningkatkan pengetahuan dan kepakaran Bumiputera dalam semua bidang pengajian melalui program-program profesional, penyelidikan dan khidmat masyarakat berdasarkan nilai-nilai moral dan etika profesional.

Untuk sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan UITM Kota Kinabalu seperti alamat di bawah ini :

Alamat :
Universiti Teknolgi Mara (UITM) Sabah
Kampus Kota Kinabalu
Beg Berkunci 71,
88997, Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia.
Tel : 088-325151
Faks : 088-513855
Website : https://sabah.uitm.edu.my/

Ulasan