Umea Glam Kundasang merupakan salah satu tempat menarik di Sabah untuk dijadikan sebagai tempat percutian, terutamanya bagi mereka yang mahukan lebih ketenangan ketika bercuti, pemandangan di sini juga sangat cantik kerana berada di atas tanah tinggi. Tempat ini terletak di Kundasang iaitu lebih kurang 7 km atau kira-kira 14 minit perjalanan daripada Pekan Kundasang.
UMEA GLAM KUNDASANG
Umea Glam Kundasang (UGK) merupakan salah satu tempat yang menarik untuk dijadikan pilihan tempat percutian terutama sekali sekiranya datang bercuti ke daerah Kundasang atau Ranau. Tempat ni adalah sebuah penginapan berbentuk dome (kubah) yang diinspirasikan sendiri oleh penduduk tempatan Sabah dan terdiri daripada 4 rakan kongsi. Umea ni sebenarnya adalah nama yang diambil bersempena dengan nama sebuah bandar di timur Sweeden yang sangat terkenal dengan institusi kebudayaan dan muzium. Oleh kerana rakan UGK juga pernah belajar di Sweeden dalam bidang Seni dan Reka Bentuk, maka mereka telah memilih nama ini sebagai nama untuk pernigaan mereka di Kundasang ini. UGK terletak di dalam daerah Kundasang iaitu lebih kurang 7 km atau kira-kira 14 minit perjalanan daripada Pekan Kundasang, kalau dari Ranau jaraknya adalah sekitar 20.2 km atau lebih kurang 35 minit perjalanan dari Pusat Bandar Ranau, manakala kalau dari Pusat Bandar Kota Kinabalu pula jaraknya adalah 108.2 km atau kira-kira 2 jam 30 minit perjalanan menaiki kenderaan. Tempat ini sangat sesuai bagi mereka yang mahu melihat keindahan pemandangan matahari terbit pada waktu pagi di celah Gunung Kinabalu dan juga keindahan suasana matahari terbenam. Tapi buat masa ni tempat penginapan yang ada adalah terhad jadi kalau anda betul berminat bercuti ke sini sebaiknya anda membuat tempahan lebih awal agar tidak terlepas peluang untuk datang menginap di tempat percutian ini. Tempat ini jauh dari pekan dan bandar jadi suasana di sini memang tenang dan tidak banyak bunyi bising, oleh itu anda dapat berehat dengan lebih tenang sambil menghirup udara segar di sini.
Untuk maklumat anda, seperti yang ditulis di atas tadi penginapan di sini ni adalah jenis glamping yang berbentuk dome atau kubah. Terdapat 4 glamping yang ada di sini dan setiap satunya ada nama yang diberikan iaitu Gallivare, Kiruna, Narvik, dan Abisko, setiap glamping tersebut juga dilengkapi dengan beberapa kemudahan lain agar para tetamu yang menginap di sini sentiasa merasa selesa sepanjang mereka berada di sini. Antara kemudahan yang ada disediakan di setiap gampling ialah seperti seterika, periuk nasi, cerek elektrik, pengering rambut, pembakar roti, katil, tilam tambahan, meja serta kerusi, tandas dan bilik mandi termasuk kelengkapannya, kipas angin serta bebeapa lagi kemudahan yang lain. Setiap glamping ni hanya dibenarkan untuk memuatkan 4 orang sahaja dalam satu-satu masa, jadi kalau anda datang ramai-ramai bolehlah tempah lebih dari satu dan dibahagian luar setiap glamping juga ada ruangan balkoni yang lengkap dengan meja serta kerusi untuk anda duduk santai bersama pasangan sambil menikmati kopi dan melihat keindahan pemandangan alam semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan dan Gunung Kinabalu termasuklah juga pemandangan pada waktu pagi atau petang iaitu pemandangan ketika matahari terbit dan matahari terbenam. Di Ume Glam ni tidak ada kemudahan mandian air panas tapi cerek elektrik ada disediakan jadi anda mungkin boleh gunakan untuk memasak air panas sekiranya ingin mandi air yang hangat ketika waktu sejuk sebab tempat ni berada di atas kawasan tanah tinggi jadi memang cuacanya agak sejuk terutama sekali pada waktu malam, awal pagi atau ketika musim hujan. Selain itu penghawa dingin juga tidak ada sebab seperti yang dikatakan di atas tadi tempat ni memang sejuk jadi rasanya tidak perlu pun guna penghawa dingin sebaliknya boleh guna kipas sahaja.
Perlu diambil perhatian bawaha di UGK ni haiwan peliharaan adalah tidak boleh dibawa masuk ke sini, dan juga adalah dilarang di dalam penginapan ini, oleh itu anda boleh bertanya pihak pengurusan di mana kawasan yang dibenarkan untuk merokok. Selain daripada tu anda juga adalah dilarang membawa masuk sebarang makanan atau minuman yang tidak halal ke sini, jadi pastikan anda mematuhi segala peraturan yang diberikan oleh pihak pengurusan UGK tersebut. Kemudahan lain yang ada disediakan di sini ialah tempat memasak atau BBQ, sebab tempat ni tidak ada menyediakan gerai makan dan restoran, jadi anda bolehlah membawa bahan masakan sendiri untuk di masak, lagi pun rasanya seronok juga bila masak bersama di sini kemudian menjamu selera sambil bercerita lebih-lebih lagi kalau datang dalam kumpulan yang ramai sikit. Untuk tempat masak ni memang ada tempat yang disediakan khas yang ada di luar daripada dome. Kalau anda mahu makan di restoran pun boleh juga, cuma perlulah jalan keluar untuk mencari tempat makan di luar yang berada tidak jauh dari tempat ini dan kebanyakkannya adalah restoran yang halal, anda dapat lihat restoran tersebut ketika baru mula sampai ke sini, tapi kalau lupa boleh saja bertanya dengan pihak pengurusan UGK. Kemudahan seterusnya ialah walaupun di sini agak tinggi kawasannya dan jauh sikit dari pekan dan bandar tetapi terdapat juga kemudahan internet wifi yang disediakan agar dapat memudahkan para tetamu sentiasa berhubung dengan keluarga atau rakan mereka di luar sana dan dapat berkongsi gambar menarik percutian mereka di Umea Glam Kundasang ini yang sudah pasti akan menarik perhatian mereka yang lain. Dengan adanya internet ni dapatlah juga membantu mereka yang mungkin mempunyai pekerjaan untuk dibuat atau diselesaikan yang mana ia memerlukan internet dan mungkin juga ada yang ingin membuat mesyuarat secara dalam talian.
Di sini tidak juga banyak aktiviti yang boleh anda lakukan sebab tempat di di kawasan tanah tinggi, tapi apa pun anda boleh juga melakukan beberapa aktiviti untuk memenuhi masa yang terluang bila datang bercuti ke sini, antara aktiviti yang boleh anda lakukan ialah aktiviti mengambil gambar atau bergambar dengan keindahan pemandangan alam semulajadi yang luas di pandangan, dengan keindahan tempat ini yang menyajikan pemandangan yang indah dan cantik maka ada rugi kalau tidak mengambil lebih gambar untuk dijadikan kenang-kenangan percutian anda ke sini. Selain itu aktiviti lain yang boleh anda buat ialah BBQ bersama pasangan, keluarga atau rakan-rakan, memang seronok rasanya bil a dapat masak bersama dan makan bersama di luar dome diterangi keindahan malam yang dipenuhi bintang yang berkelipan di langit, anda boleh bertanya dengan pihak UGK ni sekiranya mereka ada jual atau menyediakan bahan masakan sekiranya ingin memasak dan buat BBQ di sini, jika mereka tidak ada sediakan maka anda perlulah menyediakan sendiri dengan membeli barang masakan dari luar untuk di bawa ke sini, tapi pastikan tidak membawa masuk makanan yang tidak halal ke sini. Bagi anda yang minat aktiviti mendaki, bolehlah ikut aktiviti pendakian ke Bukit Maragang dengan laluan biasa iaitu jaraknya adalah 4km yang memakan masa sekitar 3 atau 4 jam untuk perjalanan pergi dan balik. Untuk pendakian ni anda boleh bertanya dengan pihak pengurusan di sini untuk mengaturkannya atau anda sendiri yang menghubungi pihak pengurusan Bukit Maragang, sebaiknya kalau mendaki dalam satu kumpulan yang ramai sikit adalah lebih menarik sebab ada kawan untuk mendaki dan menjimatkan kos. Apa pun mendaki ni hanya pilihan saja, terpulang pada anda mahu atau tidak ikut aktiviti ini, kalau ada kenderaan sendiri anda boleh senaraikan tempat menarik untuk buat aktiviti lawatan ke tempat menarik yang berhampiran Kundasang dan Ranau seperti :
Tempat menarik berhampiran :
01. Bukit Maragang
02. D'Mesilou Rabbit Garden
03. Kundasang Point View
04. Bukit Sosodikon
05. Kundasang War Memorial
06. Kundasang Selfie Corner
07. Desa Dairy Farm
08. Bukit Kimondou
09. Hounon Ridge
10. Mont K Skybike
11. Poring Hot Spring
12. Ladang Teh Sabah
13. Gunung Kinabalu
15. Taman Negara Kinabalu
16. Timpohon Gate
17. Magical Garden
18. Arnab Village Ranau
19. B.E Wonderland
20. Tambiau Forest
Sebenarnya banyak lagi kemudahan, perkhidmatan serta aktiviti yang boleh anda dapat bila datang ke sini bercuti. Untuk kemudahan lain anda bolehlah lawat laman web rasmi Umea Glam Kundasang atau boleh juga kalau mahu menghubungi terus mereka melalui telefon untuk membuat sebarang pertanyaan mengenai penginapan mereka. Untuk ke sini, anda yang datang dari luar daerah Kundasang boleh naik bas yang menuju atau melalui daerah ini kemudian turun di Pekan Kundasang dan dapatkan khidmat teksi atau e-hailing lain untuk membawa anda ke sini. Kalau ada kereta maka sebaiknya memandu kereta sendiri ke sini agar dapat memudahkan segala perjalanan anda dan dapat digunakan untuk beli barang sekiranya ada yang kurang seperti barang makanan untuk di masak. Selain tu kalau ada kereta sendiri boleh jalan-jalan ke tempat menarik lain seperti yang dinyatakan di atas tadi.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda bolehlah hubungi pihak pengurusan Umea Glam Kundasang di alamt seperti di bawah ini :
Hubungi :
Kredit gambar : Umea Glam

Umea Glam Kundasang
Jalan Padang Golf Mesilou,
89308, Kundasang,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6088 886 005
Website : Umea Glam
Jalan Padang Golf Mesilou,
89308, Kundasang,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6088 886 005
Website : Umea Glam
Ulasan
Catat Ulasan