Langkau ke kandungan utama

Walai Rabbit & Taman Rekreasi Tunggung

Walai Rabbit & Taman Rekreasi Tunggung merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah. Taman ini terletak di daerah Kota Marudu, lebih kurang 5.5 km dari Pekan Kota Marudu.

WALAI RABBIT & TAMAN REKREASI TUNGGUNG

Kredit Gambar : Walai Rabbit

Walai Rabbit & Taman Rekreasi Tunggung merupakan salah sebuah tempat menarik di Kota Marudu yang mana Walai Rabit menempatkan beberapa spesis arnab yang cantik dan comel, manakala Taman Rekreasi pula adalah sebuah taman rekreasi keluarga yang menyediakan pelbagai jenis aktiviti. Walai Rabbit dan taman rekreasi ini terletak di Kampung Tunggung, Kota Marudu iaitu lebih kurang 5.5 km atau kira-kira 8 minit perjalanan dari Pekan Kota Marudu melalui Jalan Langkon Pitas dan lebih kurang 100 km atau kira-kira 2 jam perjalanan menaiki kenderaan dari Bandar Kota Kinabalu melalui Kota Belud - Kudat. Kedua-dua tempat ini adalah sangat sesuai dijadikan sebagai tempat untuk bercuti iaitu seperti ketika hujung minggu.

Walai Rabbit & Taman Rekreasi Tunggung ini terletak bersebelahan sahaja antara satu sama lain jadi orang ramai boleh datang melawat di kedua-dua tempat ini. Bagi Walai Rabbit, walaupun nama tempat ini adalah menggunakan perkataan 'rabbit' tetapi bukan arnab sahaja yang ada di sini, terdapat juga beberapa haiwan lain yang ada ditempatkan di sini, dan boleh dikatakan tempat ini sebagai mini zoo kerana menempatkan pelbagai jenis haiwan. Bila anda sudah melawat ke Walai Rabbit, bolehlah terus melawat ke Taman Rekreasi Tunggung untuk melakukan beberapa aktiviti menarik yang telah pun disediakan oleh pihak pengurusan taman ini, lagi pun lokasinya kedua-dua tempat ini yang berada tidak jauh dari Pekan Kota Marudu juga akan dapat berikan peluang kepada orang ramai untuk lebih mudah datang ke sini beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan.


Di Walai Rabbit anda boleh melakukan aktiviti berjalan-jalan sambil melihat bermacam jenis haiwan dan memberikan makanan kepada haiwan-haiwan tersebut yang sememangnya amat jinak dengan orang ramai. Boleh juga kalau mahu ambil gambar atau rakan video haiwan-haiwan tersebut untuk dijadikan kenangan percutian anda ke sini. Anda juga boleh memegang arnab-arnab yang ada di sini tetapi mesti ikut cara yang betul untuk memegang atau mengangkat arnab tersebut agar tidak mencederakannya., jika anda tidak tahu cara yang betul bolehlah bertanya kepada pihak petugas di sini. Di taman Rekreasi Tunggung pula terdapat banyak aktiviti yang boleh anda lakukan yang mana aktiviti ini ada yang lebih mencabar atau lasak dan ada juga yang aktiviti lebih santai seperti berjalan-jalan sambil melihat haiwan-haiwan lain yang juga ada ditempatkan di taman rekreasi ini. Tetapi yang penting sentiasa jaga keselamatan semasa melakukan aktiviti yang ada di sini.

Di sini anda boleh pilih sama ada ingin ke Walai dahulu lepas tu baru ke taman rekreasi ataupun ke taman terlebih dahulu baru ke Walai. Tapi rasanya adalah lebih baik untuk ke taman rekreasi dahulu untuk melakukan bermacam-macam aktiviti, selepas sudah selesai dan terasa penat, bolehlah ke Walai Rabbit untuk rehat-rehat sambil bermain serta bergambar dengan arnab yang ada di sini  Tapi tu semua adalah pilihan anda mahu ke mana dulu, ni cuma cadangan saja. Aktiviti beri makan kepada arnab dan haiwan yang lain tu anda perlu tanya terlebih dahulu dengan pihak pengurusan di sini sebab biasanya ada makanan khas yang dijual di tempat ini dan anda tidak boleh bagi makanan sembarangan kepada haiwan-haiwan tersebu terutamanya makanan daripada luar.

Aktiviti :

01. Beri makan haiwan
02. Berkayak
03. Beriadah 
04. Memandu ATV
05. Fish Massage
06. Berjalan-jalan
07. Bergambar

Haiwan yang ada :

01. Arnab
02. Rusa
03. Kura-kura
04. Ayam belanda
05. Burung merpati
06. Burung puyu
07. Katak
08. Ikan Talapia
09. Dan lain-lain lagi

Jadi anda bolehlah datang ke ini terutama khususnya yang tinggal di sekitar daerah Kota Marudu dan juga kawasan-kawasan yang berhampiran. Datang bersama keluarga sudah pasti akan menggembirakan lebih-lebih lagi kepada anak-anak yang pasti akan akan gembira apabila dapat melihat haiwan-haiwan yang ada di sini. Bagi memudahkan segala aktiviti pengunjung yang datang ke sini, maka pengurusan tempat ini telah menyediakan beberapa kemudahan kepada pengunjung yang datang dan antara yang di sediakan di sini ialah seperti :

Kemudahan :

01. Pondok rehat
02. Tempat beriadah
03. Laluan jalan kaki/joging
04. Tempat Duduk
05. Meja dan Kerusi
06. Quad Bike/ATV
07. Kayak
08. Jaket keselamatan
09. Tandas awam
10. Gerai makan dan minum

Oh ya, kemudahan-kemudahan yang disediakan di atas ni ada yang dikenakan bayaran untuk digunakan iaitu seperti Quad Bike atau ATV dan juga kayak. Bayarannya tidak juga mahal jadi anda tidak perlu risau tentang bayaran tersebut. Oleh kerana di sini anda boleh melakukan banyak aktiviti sama ada aktiviti di air seperti berkayak dan juga lain-lain aktiviti maka anda haruslah juga membawa beberapa barang atau keperluan yang akan digunakan bila berada di sini nanti. Barang yang anda mahu bawa tu terpulang kepada anda, contohnya membawa makanan dan minuman sendiri, membawa pakaian lebih sebab manalah tahu anda jatuh ketika berkayak jadi dapatlah ganti pakaian yang telah basah, dan yang penting bawa duit lebih untuk bayaran sewa ATV sekiranya anda berminat memandu kenderaan itu.

Untuk ke taman ini sebaiknya anda meniki kenderaan sendiri, tetapi kalau tidak ada kenderaan boleh juga menyewa kenderaan dari syarikat sewa kereta (yang penting anda ada lesen memandu), ini adalah bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik sekaligus membolehkan anda melawat ke tempat menarik lain disekitar daerah Kota Marudu. Selain itu boleh juga naik bas dari Kota Kinabalu yang menuju ke Kota Marudu, selepas sampai ke Kota Marudu bolehlah sewa teksi atau perkhidmatan e-hailing lain dan beritahu pemandu itu untuk menghantar anda ke taman ini. 

Waktu operasi :
Setiap hari : 9 pagi - 5 petang

Bayaran masuk :
Dewasa : RM2.00
Kanak-kanak : RM1.00

Sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Walai Rabbit & Taman Rekreasi Tunggung di alamat berikut :

Alamat :
Walai Rabbit & Taman Rekreasi Tunggung
Kampung Tunggung,
89100, Kota Marudu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 011-3938 2746

Ulasan