Langkau ke kandungan utama

Weston Wetland

Weston Wetland merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang sesuai dikunjungi oleh orang ramai sama ada penduduk tempatan negeri ini atau pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke Sabah khususnya di daerah kecil Beaufort untuk melihat keindahan alam dan juga beberapa jenis haiwan sepanjang pelayaran di sungai. Tempat ini terletak lebih kurang 27 km atau kira-kira 39 minit perjalanan dari Pekan Beaufort, Sabah.

WESTON WETLAND


Kredit gambar : Sabahbooking


Kredit gambar : Sabahbooking

Kredit gambar : Sabahbooking

Weston Wetland merupakan sebuah tempat menarik di Beaufort yang juga sebuah kawasan rizab tanah lembab yang dijadikan sebagai sebuah lokasi pelancongan di daerah ini dan kini semakin dikenali ramai tidak kira sama ada penduduk tempatan mahu pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke negeri ini khususnya ke daerah kecil Beaufort. Bagi sesiapa yang berminat untuk melihat kepelbagaian kehdupan flora dan fauna, keindahan alam semulajadi termasuklah beberapa jenis haiwan bolehlah pilih untuk jadikan tempat ini sebagai lokasi tempat percutian anda seterusnya pada masa akan datang. Kalau mahu ke sini anda perlulah menghubungi pihak pengurusan Weston Wetland terlebih dahulu dan pilih pakej yang anda inginkan sebab biasanya orang ramai atau pelancong yang ke sini memang akan ambil pilihan pakej agar lebih memudahkan mereka sebab ia sudah termasuk dengan makan, pengangkutan dan juga aktiviti yang akan dilakukan. Tempat ini terletak di daerah Beaufort iaitu lebih kurang 27 km atau kira-kira 39 minit perjalanan menaiki kenderaan daripada Pekan Beaufort, manakala bagi yang ke sini dari Kota Kinabalu pula ianya akan jaraknya adalah sekitar 120 km iaitu memakan masa kira-kira 2 jam 30 minit perjalanan. Tapi tidak perlu risau sebab kalau anda dari Kota Kinabalu dengan mengambil pakej yang ditawarkan maka pengangkutan dan penginapan anda pun akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak pengurusan di sini. Oleh itu sekiranya anda ada kesempatan ke daerah ini bolehlah cuba datang melawat ke tempat ini yang menyediakan pakej untuk percutian yang begitu menarik dengan aktivitinya yang rasanya juga sangat menarik. Untuk makluman anda biasanya lawatan melayari sungai atau river cruise ini biasanya dibuat dari petang hingga malam jadi anda bolehlah sediakan apa-apa yang perlu untuk di bawa bila datang ke sini.

Biasanya apabila anda sudah membuat tempahan dengan pihak pengurusan pelancongan di sini ni anda dan kumpulan akan dibawa dari tempat penginapan berhampiran terus ke Weston Wetland Park dan di sini mungkin anda boleh minum petang sekejap di restoran yang ada dibina di sini, restoran ni memang luas dan mampu menampung ramai orang dalam satu-satu masa. Perjalanan ke taman Weston ni adalah biasanya pada waktu petang dan bila sampai dan selesai minum petang maka kumpulan anda akan di bawa untuk membuat pelayaran di sungai atau river cruise di Sungai Weston ini yang terdapat di sini, sungai ini sebenarnya dikelilingi oleh hutan paya bakau luas yang juga menjadi habitat kepada beberapa jenis hidupan liar. Sepanjang perjalanan melakukan river cruise tersebut pengunjung akan berpeluang untuk melihat pelbagai spesis haiwan yang biasa hidup di kawasan tanah lembab ini yang mana ianya sudah pasti akan mencuri perhatian anda dan antara haiwan yang ada di sini ialah seperti proboscis monkey iaitu sejenis monyet mempunyai hidung besar dan panjang yang banyak kelihatan sepanjang pelayaran ini, dan dari bot pun anda akan dapat melihat dengan begitu jelas monyet proboscis ini yang biasa duduk atau bermain di atas pokok bakau sepanjang sungai tersebut. Monyet ini adalah merupakan tarikan utama para pengunjung yang datang berkunjung ke sini sebab jarang untuk jumpa spesis monyet ini ditempat lain jadi inilah peluang untuk melihatnya sendiri dihadapan mata. Selain daripada monyet proboscis ni, terdapat juga beberapa jenis haiwan lain yang anda ada berpeluang untuk melihatnya iaitu seperti langur yang berwarna hijau, langur ni adalah termasuk juga dalam spesis monyet, ada juga beruk yang berekor panjang, memerang, ular, buaya, burung egret, kingfisher dan beberapa lagi spesis burung lain
yang biasanya suka di tanah lembab ini.


Seperti yang semua sudah tahu, Wetson Wetland ini adalah salah satu lokasi terbaik buat para pemerhati burung sebab terdapat pelbagai spesis burung yang berada di sini, jadi jangan lupa untuk membawa kamera atau teropong anda sekiranya berminat untuk melihat spesis burung tersebut. Seperti yang disebut di atas tadi bahawa sepanjang membuat river cruise ni anda mungkin akan terserempak haiwan yang bahaya seperti ular dan buaya maka anda haruslah mengikut segala arahan dan peraturan yang diberikan oleh jurupandu anda ketika berada di atas bot pelayaran tersebut, ini adalah agar keselamatan anda lebih terjamin sepanjang melakukan aktiviti river cruise. Untuk makluman anda juga dalam satu bot ketika buat aktiviti ini anda mungkin akan berkongsi dengan kumpulan lain untuk mencukupkan bilangan orang dalam satu bot dan setiap bot juga tidak boleh membawa terlalu ramai bagi mengelak daripada ia terlalu berat, jadi kalau pada masa itu anda datang dalam satu kumpulan yang terlalu ramai mungkin akan dibahagikan kepada beberapa bot semasa membuat perjalanan river cruise tersebut. Selain daripada melihat haiwan anda mungkin akan dapat berjumpa dan melihat dengan beberapa orang nelayan tempatan yang ada di sungai tersebut melakukan aktiviti memancing ikan atau udang, dan yang menariknya di sini kalau anda berminat dengan udang atau ikan yang nelayan tu tangkap maka anda boleh juga terus beli udang daripada nelayan tersebut yang sudah pasti ianya lebih segar sebab baru saja ditangkap, jadi bolehlah dibeli untuk di bawa pulang nanti. Anda juga boleh melakukan sendiri aktiviti memancing di sungai ini, tetapi perlu beritahu lebih awal dengan pihak pengurusan Weston Wetland ini agar mereka tahu yang kumpulan anda mahu melakukan aktiviti memancing sama ada memancing ikan air tawar atau pun air masin di kawasan sekitarnya.

Setelah selesai melakukan aktiviti river cruise dan dalam perjalanan menuju semula ke Weston Wetland Park anda akan dapat melihat suasana keindahan pemandangan matahari terbenam yang begitu indah dari sungai dan pada waktu ini jugalah banyak burung egret dan kingfisher kelihatan yang terbang di kawasan bakau sekaligus memberikan satu pemandangan yang lebih menakjubkan. Selepas sudah balik semula ke Weston Wetland Park anda akan dihidangkan dengan makan malam di restoran atas sungai dengan pelbagai menu makanan menarik termasuklah juga makanan tempatan negeri ini. Makanan ni sudah termasuk dalam pakej yang anda bayar jadi jangan malu untuk makan lebih sikit agar kenyang dan dapat melakukan aktiviti seterusnya pada sebelah awal malam iaitu sekitar jam 7 malam. Aktiviti ni adalah menaiki bot di sungai tadi untuk pergi melihat kelip-kelip atau penduduk negeri ini biasa sebut kunang-kunang, yang mana di sini anda akan dapat melihat ribuan kelip-kelip yang memenuhi bakau berkenaan yang cukup indah dan menawan, anda boleh mengambil gambar kelip-kelip tersebut untuk dijadikan suatu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Untuk keselamatan anda maka perjalanan aktiviti pada waktu malam ni biasanya hanya dilakukan dalam waktu yang singkat iaitu sekitar 30 minit sahaja, ini adalah untuk mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku, lagi pun aktiviti ini adalah untuk melihat kelip-kelip jadi tidak memerlukan waktu yang begitu lama jadi lepas tu anda akan balik semula ke jeti untuk penghantaran balik ke penginapan masing-masing. Apa pun waktu dan masa untuk aktiviti ni terpulang pada keadaan juga tapi yang biasa dibuat adalah seperti yang dinyatakan di atas tadi iaitu dimulakan pada waktu petang hingga awal malam.

Sekiranya anda bercadang untuk datang bercuti ke sini, sebaiknya anda membuat beberapa persiapan seperti membawang barang yang diperlukan dan juga memakai pakaian yang sesuai sebab perjalanan river cruise ni di kawasan bakau yang mungkin akan ada banyak nyamuk jadi bolehlah pakai baju yang berlengan panjang lebih-lebih lagi ketika pergi melihat kelip-kelip pada waktu malam. Selain itu jangan lupa untuk membawa kamera atau video kamera untuk mengambil gambar haiwan yang ada kelihatan ketika melakukan aktiviti di sungai terutama sekali monyet proboscis. Bagi peminat memerhati burung tu jangan lupa untuk membawa teropong agar lebih mudah untuk melihat pelbagai spesis burung walau pun dari jarak jauh. Sesiapa yang mahu membeli udang atau ikan dari nelayan tempatan yang mungkin anda terserempak di sungai ketika buat river cruise bolehlah bawa sedikit duit lebih untuk membelinya sebab di sungai jadi mesti bayar guna tunai. Kalau boleh jangan pakai topi yang senang tercabut sebab kalau naik bot ni kadang ia laju jadi takut pula topi anda terbang ditiup angin tidak kira sama ada topi untuk lelaki atau perempuan. Selain dariapada itu anda bolehlah bawa apa saja yang dirasakan akan diperlukan ketika berada di atas bot untuk melakukan aktiviti river cruise, tetapi pastikan anda tidak membuang sampah merata-rata terutama sekali ke dalam sungai berkenaan bagi mengelakkan daripada sungai tersebut jadi kotor, selain itu patuhi segala peraturan dan juga arahan yang akan diberikan oleh pihak pengurusan termasuk jurupandu bot anda semasa melakukan aktiviti di sungai sebab di kawasan sungai tidak boleh buat sembarangan untuk mengelakkan daripada perkara tidak diingini berlaku.


Untuk datang ke sini disarankan untuk menghubungi terus pihak pengurusan yang mengurusankan Weston Wetland dan mengambil pakej yang ditawarkan agar lebih memudahkan segala perjalanan pergi dan balik anda dari tempat ini sebab ia sudah sekali dengan pakej pengangkutan dan juga minum petang serta makan malam anda ketika berada di Taman Weston Wetland.
.

Untuk pertanyaan harga sewa bilik dan pertanya lain anda bolehlah terus menghubungi pihak Weston Wetland seperti alamat tertera bawah ini yang dimiliki sepenuhnya oleh Weston Proboscis Monkey Sanctuary Tours and Travel Sdn Bhd.

Weston Jaafar River Lodge
Lot 4, Tingkat 2, Blok 9,
Damai Point Commercial Centre,
Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6012 846 3321
Telefon : +6016 526 3321
Website : Weston Wetland


Ulasan