Yit Foh Coffee Factory & Park juga merupakan salah satu tempat menarik di Sabah untuk para peminat kopi terutamanya Kopi Tenom. Tempat ini sangat menarik dikunjungi oleh sesisi keluarga ketika cuti seperti ketika cuti hujung minggu dengan melawat kilang dan taman kopi yang ada di sini seterusnya cuba merasai kelazatan Kopi Yit Foh Tenom yang terletak di daerah Tenom iaitu lebih kurang 3 km saja atau kira-kira 6 minit perjalanan menaiki kereta dari Pekan Tenom.
Yit Foh Coffee Factory & Park merupakan salah satu tempat menarik di Tenom yang sepatutnya anda kunjungi apabila datang bercuti ke daerah Tenom terutamanya bagi mereka yang ingin melihat kilang dan taman Kopi Yit Foh Tenom ini yang sudah cukup terkenal di Malaysia khususnya penduduk Negeri Sabah yang selalu menjadikan kopi jenama ini sebagai minuman mereka kerana rasanya yang lazat dan berkualiti. Tempat ini terletak di daerah Tenom iaitu lebih kurang 3 km atau kira-kira 6 minit perjalanan dari Pekan Tenom, bagi anda yang datang dari luar daerah seperti dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu pula jaraknya adalah sejauh 152 km yang mana memakan masa sekitar 2 jam 40 minit dengan menaiki kenderaan sendiri. Kilang untuk jenama Kopi Yit Foh ini sebenarnya sudah pun lama beroperasi di sini Negeri Sabah iaitu sejak tahun 1960 lagi, manakala tamannya pula baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2017 yang mana taman ini dapat memuatkan 30 orang dalam satu-satu masa, jadi kalau semasa anda datang tu ramai orang maka haruslah menunggu giliran tapi tidak perlulah risau sebab ketika menunggu giliran anda bolehlah duduk minum kopi ini dahulu untuk menghilangkan penat dan merasai kelazatan kopi terutamanya bila anda datang dari jauh. Oleh itu sekiranya anda berpeluang datang ke sini daerah Tenom tidak kira sama ada datang bercuti atau pun datang untuk urusan bekerja, pastikan anda tidak ketinggalan untuk meluangkan masa berkunjung ke tempat ini melawat taman, kilang dan minum kopi serta boleh membeli kopi yit foh terus dari kilangnya di sini yang mana terdapat pelbagai jenis atau rasa termasuklah jenis segera seperti 2 in 1 untuk anda pilih bila datang ke sini.
Memang menarik apabila anda datang datang ke sini merasai kopi yang baru sahaja selesai dipanggang dan sudah pastilah baunya adalah lebih harum dan rasanya juga lebih lazat. Sekiranya anda bercadang untuk mencari tempat percutian yang menyeronokkan bolehlah pertimbangkan untuk memilih tempat ini sebagai lokasi percutian anda seterusnya sebab di sini pun banyak kemudahan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan Kilang Kopi Yit Foh Bukit yang mana antara kemudahan yang ada ialah seperti penginapan dengan pilihan 4 jenis bilik untuk anda iaitu bilik jenis chalet katil king atau katil double, bilik rumah panjang katil king, bilik rumah panjang katil bertingkat atau double decker dan bilik jenis pondok untuk keluarga dengan 1 katil king dan 2 katil bujang. Setiap bilik ini juga dilengkapi pelbagai kemudahan lain iaitu seperti tilam, bantal, selimut, almari pakaian, cermin, penghawa dingin, minuman segera seperti kopi serta peralatan membuat kopi yang membolehkan anda buat air minuman sendiri bila berada di dalam bilik, air botol minum percuma, pengering rambut, kelengkapan tandas serta bilik mandi seperti jubah mandi dan tuala, ada juga televisyen tersedia di dalam bilik, balkoni turut ada diluar bilik untuk anda duduk lepak bersama keluarga atau rakan sambil menghirum udara segar yang ada di sini dan lain-lain lagi kemudahan yang ada di dalam setiap bilik. Perlu diingatkan bahawa di bilik adalah kawasan larangan merokok, jadi kalau anda mahu merokok pastikan bertanya dengan terlebih dahulu dengan kakitangan yang bertugas pada masa tu di mana kawasan yang dibenarkan untuk anda merokok dan pastikan juga anda tidak membawa sebarang jenis haiwan peliharaan ke dalam bilik sebab semua jenis bilik di sini adalah dilarang membawa masuk haiwan peliharaan.
Selain itu terdapat juga kemudahan tempat letak kereta yang disediakan di sini secara percuma buat anda yang memandu kereta sendiri ke tempat ini, cuma kawasan tempat letak kereta ini adalah terhad oleh itu kalau anda datang ke sini ketika waktu puncak dan ramai pengunjung maka haruslah bersabar sedikit untuk mendapatkan tempat letak kereta terutama sekali ketika musim cuti seperti cuti hujung minggu. Bagi anda yang memandu kereta sendiri ke sini dan bercadang untuk bermalam di penginapan yang ada di sini, anda tidak perlu risau tentang kereta anda sebab di sini memang ada kemudahan dan khidmat pengawal keselamatan yang akan bertugas 24 jam secara berganti-ganti untuk menjaga tempat ini termasuklah juga kereta para pengunjung yang berada di tempat letak kereta. Kemudahan lain ialah di sini juga terdapat taman yang berhadapan sahaja dengan chalet atau penginapan dan taman ini juga menyajikan satu pemandangan yang sangat menawan sesuai untuk anda mengambil gambar di taman ini untuk dijadikan kenangan percutian di Yit Foh Coffee Factory & Park terutama sekali bagi mereka yang menginap dan bermalam. Restoran atau cafe juga ada disediakan di sini buat pengunjung tidak kira sama ada yang datang untuk lawatan sehari atau pun yang menginap dan restoran ini menyediakan pelbagai menu makanan dan minuman terutama sekali sudah semestinyalah menu Kopi Yit Foh sendiri yang boleh anda pilih dari beberapa jenis yang ada tapi bila sudah berada di sini memang sangat bagus jika anda memilih merasa kopi yang baru selesai dipanggang dan kalau masa tu cuacanya panas cubalah rasa kopi yang sejuk agar dapat hilangkan dahaga.
Selain itu restoran juga ada menyediakan menu ais krim buat anda khususnya kanak-kanak, tapi orang dewasa pun boleh juga makan ais krim tersebut lebih-lebih kalau waktu itu cuaca panas. Untuk menu makanan pula terdapat pelbagai menu masakan seperti masakan barat dan masakan asia. Antara menu masakan barat yang ada ialah seperti chicken chop, ikan & kerepek, lamb chop, daging steak, spaghetti, burger ayam jumbo dan juga kentang dan lain-lain lagi. Manakala bagi masakan asia pula terdapat masakan seperti nasi ikan masam manis, nasi ayam halia, nasi daging halia, nasi kambing lada hitam, nasi campur sayur, mee goreng sedap, nasi goreng nenas, kuey teow dan lain-lain lagi. Jadi anda sahaja mahu pilih makanan dan minuman apa yang dimahukan apabila datang ke sini, yang penting bawa bajet lebih sikit untuk lebih memudahkan anda memilih menu makanan dan minuman yang anda mahu rasa. Apa pun pilihan anda pastikan jangan lupa untuk minum dan rasa kopi asli Tenom yang enak dan lazat. Kemudahan seterusnya ialah di sini juga ada kilang dan kedai cenderahati untuk anda lawat termasuk membeli beberapa jenis kopi keluaran Kilang Yit Foh, jadi anda boleh pilih saja yang mana mahu dibeli untuk dibawa pulang ke rumah nanti dan antara kopi popular ialah jenis serbuk kopi yang mana ada dua pilihan iaitu yang jenis halus atau jenis kasar dan serbuk kopi jenis kasar adalah selalu dicari oleh orang ramai kerana rasanya yang dikatakan lebih enak dan baunya juga lebih harum. Tapi itu semua terpulang dari pilihan individu sendiri sebab masing-masing mempunyai citrarasa sendiri. Berikut di bawah ini ialah antara jenis kopi yang ada di jual di sini iaitu :
Jenis Kopi Yit Foh :
01. Serbuk Kopi
02. Kopi 'O'
03. Kopi 'O' 2 in 1
04. Cafe Latte 2 in 1
05. Cafe Latte 3 in 1
06. Oat Cereal
07. Drip Americano Coffee
08. Drip Italiano Coffee
09. Teh Tarik 'Kaw'
10. White Coffee 2 in 1
11. Drip Java Mandheling Coffee
12. Musang King Durian White Coffe
Di sini tidak banyak aktiviti yang boleh anda lakukan sebab ia lebih kepada lawatan ke kilang dan taman serta merasai hidangan kopi asli dari Tenom yang ada di tempat ini. Antara aktiviti yang boleh anda buat bila datang ke sini ialah pergi melawat taman yang ada di sini sambil melakukan aktiviti mengambil gambar atau berselfie bersama keluarga dan rakan-rakan. Selain daripada itu anda boleh lawat ke kilang dan kedai cenderahati untuk membeli beberap produk Yit Foh dan beberapa cenderahati lain yang mungkin anda berminat untuk dijadikan kenangan percutian ke Yit Foh Coffee Factory & Park. Terdapat juga beberapa lokasi menarik yang anda boleh bergambar di tempat ini tetapi pastikan ketika melawat ke tempat seperti kilang dan taman haruslah patuhi segala arahan atau peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan di sini. Untuk menjadikan percutian anda lebih menyeronokkan bolehlah senaraikan beberapa tempat menarik lain yang ada disekitar daerah Tenom untuk anda jadikan sebagai tempat aktiviti lawatan sebab kalau sudah datang dari jauh rugi rasanya kalau tidak dapat lawat sekali tempat menarik yang ada di daerah ini. Antara tempat menarik yang ada di sekitar Tenom untuk anda lawat bila ada kelapangan ialah seperti :
Tempat menarik berhampiran :
01. Taman Pertanian Sabah
02. Muzium Antanom
03. Pusat Kebudayaan Murut
04. Pammos View
05. Pekan Tenom
06. Taman Rekreasi Sokid Oloson
07. Rundum Highlands
08. Keretapi Tenom
09. Air Terjun Muaya
10. Tenom Valley
11. Bukit Rukud
12. Yong Farmstay
13. Masjid Pekan Tenom
14. Marais Center
Bagi anda yang mahu ke sini boleh memilih untuk menaiki bas yang menuju ke Tenom, selepas sampai ke Pekan Tenom boleh sewa teksi atau perkhidmatan e-hailing lain untuk hantar anda ke tempat ini. Tapi kalau ada kereta sendiri dan mempunyai lesen memandu maka adalah lebih baik pandu kereta sendiri, jika tidak ada kereta sendiri boleh menyewa kereta agar ianya dapat lebih memudahkan anda untuk pergi dan balik dari tempat ini seterusnya pergi melawat ke beberapa tempat menarik seperti yang disenarai di atas tadi.
Untuk sebarang maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan bolehlah menghungi pihak pengurusan Yit Foh Coffee Factory & Park di alamat seperti di bawah :
Hubungi :
Yit Foh Coffee Factory & Park
Telefon : +6087 735 657 (pejabat)
Telefon : +6010 263 5657 (kilang)
Telefon : +6087 737 737 (taman)
Telefon : +6016 243 7337 (taman)
Website : Yit Foh
Web Fb : Yit Foh
Telefon : +6087 735 657 (pejabat)
Telefon : +6010 263 5657 (kilang)
Telefon : +6087 737 737 (taman)
Telefon : +6016 243 7337 (taman)
Website : Yit Foh
Web Fb : Yit Foh
Ulasan
Catat Ulasan