Yong Farmstay merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah. Lokasi pelancongan ini terletak di Pedalaman Sabah iaitu di daerah Tenom, lebih kurang 13 km dari Pekan Tenom.
Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke Yong Farmstay ini, biarpun jauh kemudahan banyak juga disediakan di sini, jadi anda tidak perlu risau apabila datang ke sini. Kemudahan-kemudahan ini sebaiknya anda buat tempahan lebih awal seperti penginapan. Bagi dapur dan tempat barbeque bolehlah tanya pihak Yong Farmstay adakah tempat barbeque siap dengan peralatannya sekali atau anda harus membawa sendiri. Antara kemudahan yang disediakan oleh pihak Yong Farmstay ialah :
Bayaran melastik :
Sebarang pertanyaan ataupun maklumat lanjut serta membuat tempahan bolehlah menghubungi pihak pengurusan Yong Farmstay di alamat seperti di bawah ini :
YONG FARMSTAY
Kredit gambar : Yong Farmstay
Yong Farmstay merupakan salah satu tempat menarik di Tenom yang boleh dikunjungi oleh penduduk tempatan atau pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke Sabah terutamanya ke daerah Tenom. Lokasi pelancongan ini terletak di Kampung Pulop, Melalap, Tenom iaitu lebih kurang 13 km atau kira-kira 15 perjalanan dari Pekan Tenom melalui Jalan Tenom-Keningau dan lebih kurang 140 km atau kira-kira 2 jam 25 minit perjalanan dari Kota Kinabalu melalui Jalan Keningau-Kimanis. Yong Farmstay adalah tempat penginapan yang terletak di kawasan ladang dan menyediakan banyak tempat menarik termasuk pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan. Tempat ini sering menjadi pilihan oleh orang ramai untuk menginap sama ada penduduk sekitar daerah Tenom atau pun dari luar daerah yang datang ke daerah ini ketika musim cuti seperti cuti sekolah atau pun cuti dihujung minggu .
Walaupun nama tempat ini lebih kepada penginapan, anda boleh juga datang untuk lawatan sehari saja untuk melihat tempat-tempat menarik yang ada di sini termasuklah melawat ke mini zoo yang juga ada di sini. Kalau anda tinggal dekat daerah Tenom rasanya tidak ada masalah untuk lawatan sehari tapi kalau yang datang dari jauh rasanya berbaloi sekiranya anda bermalam di penginapan yang disediakan di tempat ini. Dengan adanya penginapan yang telah disediakan dan kepelbagaian aktiviti yang boleh dilakukan oleh para pengunjung yang datang ke sini sini, jadi tidak hairanlah tempat ini selalu dipenuhi orang ramai apabila tiba musim cuti untuk meluangkan masa bersama keluarga beriadah dan melakukan aktiviti yang diinginkan. Selain daripada lawatan keluarga dan rakan-rakan, tempat ini juga amat sesuai untuk guru dan pelajar yang datang untuk tujuan pendidikan seperti membuat kajian mengenai alam sekitar, haiwan dan lain-lain lagi.
Walaupun mungkin tempat ini jauh di daerah Tenom dan berada di kawasan perladangan, tetapi ianya pasti akan membuat anda rasa teruja dan berbaloi apabila berada di sini. Antara yang menarik dan juga menjadi pilihan orang ramai datang ke Yong Farmstay adalah adanya peta 2D gergasi yang berukuran 40 kaki, selain dari melihat keunikan peta gergasi yang besar, tempat yang menjadi pilihan pengunjung apabila ke sini adalah jambatan kaca yang merupakan jambatan berkaca pertama yang dibina di Negeri Sabah. Jambatan ini adalah tempat utama para pengunjung untuk mengambil gambar lebih-lebih lagi bagi mereka yang suka memuat naik gambar-gambar cantik ke dalam media sosial. Jangan risau, sebab walaupun jambatan ini berkaca, namun tetap kuat dan tahan biar ramai pengunjung, cuma kalau terlalu ramai susah sikit untuk mengambil gambar, jadi anda harus pandai atur masa ke jambatan ini apabila ramai pengunjung ke sini pada masa itu.

Selain daripada melihat peta gergasi dan bergambar di jambatan berkaca, terdapat berbagai lagi aktiviti yang boleh anda lakukan apabila berada di sini. Antara aktiviti yang mungkin anda boleh lakukan bila berada di sini adalah seperti berikut :
Aktiviti :
01. Memandu ATV
02. Jambatan gantung homestay (103 kaki)
03. Jambatan cinta kasih (44 kaki)
04. Memanah
05. Melastik
06. Tangkap/siut ikan
07. Lawat rumah peringatan Ken Lin
08. Lawat rumah bambu bersejarah
09. Lawat mini zoo (20 lebih haiwan)
10. Mencuba lesung pengisar
11. Mencuba mesin pengipas padi
12. Lawat mini aquarium
13. Lawat kebun tanaman
14. Jambatan gantung kolam (260 kaki)
15. Lawat pameran barang antik
16. Lawat mini muzium
Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke Yong Farmstay ini, biarpun jauh kemudahan banyak juga disediakan di sini, jadi anda tidak perlu risau apabila datang ke sini. Kemudahan-kemudahan ini sebaiknya anda buat tempahan lebih awal seperti penginapan. Bagi dapur dan tempat barbeque bolehlah tanya pihak Yong Farmstay adakah tempat barbeque siap dengan peralatannya sekali atau anda harus membawa sendiri. Antara kemudahan yang disediakan oleh pihak Yong Farmstay ialah :
Kemudahan :
01. Penginapan (homestay)
02. Dapur masak
03. Restoran/kafe
04. Pondok rehat
05. Tempat barbeque
06. Tempat solat
07. Tandas
08. Tangga ke kebun
09. Taman permainan
10. Lokasi bergambar
Untuk ke penginapan ini, anda boleh menaiki bas ekspress dari Kota Kinabalu yang terletak di Jalan Padang, Bandaran Berjaya dan biasanya bas bertolak sekitar jam 8 sehingga 6 petang. Selepas sampai di Tenom anda bolehlah menyewa teksi atau perkhidmatan e-hailing yang lain dan beritahu pemandu tersebut untuk hantar anda ke Yong Farmstay. Selain itu adalah lebih baik sekiranya anda memandu kenderaan sendiri atau boleh menyewa kenderaan (yang penting anda ada lesen), ini adalah bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik sekaligus membolehkan anda melawat ke tempat menarik lain disekitar daerah Tenom.
Waktu operasi :
Setiap hari : 9 pagi - 5 petang
Bayaran masuk :
Orang Dewasa : RM28.00
Bayaran masuk :
Orang Dewasa : RM28.00
Kanak-kanak/pelajar : RM15.00
Bayaran pandu ATV :
Bermula RM70.00 : Seorang (40 minit)
Tambah RM10.00 : Seorang penumpang
Bayaran memanah :
10 kali panah : RM5.00
Bayaran melastik :
Seorang : RM1.00 (tiada had masa)
Penginapan (saiz queen/twin) :
Ahad - Khamis : RM120.00
Jumaat - Sabtu : RM168.00
Musim puncak : RM200.00
Penting :
Kafe/restoran masakan halal hanya tersedia pada hujung minggu sahaja.
Sebarang pertanyaan ataupun maklumat lanjut serta membuat tempahan bolehlah menghubungi pihak pengurusan Yong Farmstay di alamat seperti di bawah ini :
Alamat :
Yong Farmstay
Kampung Pulop, Melalap
89900, Tenom
Sabah, Malaysia.
Telefon : 014-380 9339
Website : facebook.com/yongframstay/
Nota :
Nota :
1. Bagi yang beragama islam atau muslim, menu masakkan halal hanya tersedia pada waktu hujung minggu sahaja ya, untuk itu jika anda mahu datang pada hari-hari biasa pastikan anda bawa makanan atau boleh makan di luar.
Ulasan
Catat Ulasan