Langkau ke kandungan utama

Zip Borneo

Zip Borneo adalah salah satu tempat menarik di Sabah buat sesiapa yang berminat dengan aktiviti lasak seperti zpline, panjat dinding (wall climbing )dan lain-lain lagi. Tempat ini terletak dalam daerah Kota Kinabalu iaitu di Tamparuli kira-kira 42 km Pusat Bandaraya Kota Kinabalu.

ATV BORNEO ADVENTURE


Kredit gambar : zipborneo

Kredit gambar : zipborneo

Zip Borneo atau juga lebih dikenali Zip Borneo 360° Adventure merupakan salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu yang juga tempat untuk aktiviti lasak seperti zipline, panjat dinding, meredah hutan dan beberapa lagi aktiviti lain. Tempat ini terletak di daerah kecil Kiulu iaitu lebih kurang 42 km atau kira-kira 45 minit perjalanan dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu melalui Jalan Tuaran. Zip Borneo ni telah dibuka untuk pelancongan pada bulan Ogos 2012 dan berada diurus dan dijaga oleh Syarikat Ability Expedition dengan kerjasama Ability Asia, manakala landskap dan kemudahan yang ada di tempat ini dibina oleh Syarikat Fieldskills Adventures. Tempat ni memang strategik dan pemandangan yang disajikan dan udara yang bersih serta pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini menjadikan tempat ini antara yang popular di daerah Kota Kinabalu khususnya bagi mereka yang berminat dengan aktiviti lasak tidak kira sama ada dari kalangan penduduk tempatan mahu pun pelancong yang datang dari dalam dan luar negara Malaysia.

Walaupun Zip Borneo telah pun lebih dari 10 tahun, dan aktiviti yang anda lakukan di sini seperti zipline adalah agak tinggi iaitu sehingga mencapai 18 meter ketinggian namun anda tidak perlu risau sebab tempat dan juga segala peralatan yang ada di sini sentiasa di jaga dan dibuat pemeriksaan keberkesanannya agar ia sentiasa memenuhi piawaian yang telah digaris atau ditetapkan oleh The Assocation For Challenge Course Technology. Langkah ini dilakukan adalah bertujuan agar keselamatan para pengunjung yang datang melakukan aktiviti lebih terjamin kerana keselamatan adalan keutamaan bagi Zip Borneo. Selain itu syarikat dan kakitangan yang mengurusakan tempat ini juga adalah daripada mereka yang sudah lama berkecimpung dalam aktiviti ini dan sudah sememangnya mahir dan pakar untuk aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sini termasuklah juga dari segi pertolongan cemas sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini. Apa pun anda boleh juga menghubungi pihak di sini untuk bertanyakan mengenai aktiviti atau keselamatan dan pihak pengurusan Zip Borneo akan dapat memberikan anda maklumat lebih lanjut.


Bila baca nama tempat ni pasti orang akan terfikir ianya adalah untk aktiviti zipline sahaja, tetapi sebenarnya terdapat juga aktiviti lain yang anda boleh lakukan di sini iaitu seperti panjat dinding, meredah hutan, cabaran tali tinggi, team building dan abseiling. Untuk setiap aktiviti yang anda ingin ikuti pihak pengurusan akan memberikan beberapa penerangan atau taklimat kepada anda mengenai  aktiviti dilakukan termasuklah peralatan dan juga keselamatan ketika melakukan aktiviti. Bagi aktiviti zipline ni ketinggian tempat berlepas tu adalah 18 meter dan anda akan dipakaikan peralatan untuk aktiviti ini dan anda akan lalui hutan dan juga seterusnya merentasi Sungai Kiulu sebelum berhenti ditempat yang disediakan, tempat berhenti tu ada kakitangan di sini yang akan menyambut anda agar keselamatan lebih terjaga. Aktiviti panjat dinding pula tinggi dinding tersebut adalah 10 meter, laluan untuk mendaki ni semua peringkat umur pun boleh ikut serta sebab ada tempat memegang dan anda akan dipakaian peralatan seperti tali keselamatan agar tidak terjatuh sekiranya tangan anda terlepas ketika memanjat naik ke atas dan juga ketika turun semula ke bawah.

Aktiviti seterusnya adalah abseiling, aktiviti ni juga mempunyai ketinggian 18 meter, aktiviti ni lebih kurang juga macam panjat dinding cuma caranya saja berbeza yang aman aktiviti ni anda akan panjat dinding tu guna tali, jadi ia memerlukan lebih banyak tenaga ketika panjat naik, tapi kalau turun memang mudah saja. Jangan risau sebab peralatan keselamatan memang akan dipakaian kepada anda termasuklah sarung tangan agar dapat mengelakkan daripada tangan anda cedera ketika panjat naik menggunakan tali. Selain itu aktiviti yang boleh anda lakukan lagi di sini adalah aktiviti cabaran tali tinggi, aktiviti yang ini memang agak mencabar sedikit sebab anda akan memanjat tali setinggi 16 meter, jadi ianya memerlukan ketangkasan dan juga keberanian untuk lepasi beberapa halangan yang disediakan.
Bagi aktiviti cabaran tali tinggi ni sebaiknya anda mempunyai persiapan yang lebih baik khususnya dari segi stamina dan juga mental sebab semua pun pasti tahu macam mana memanjat tali yang sudah pasti tali tersebut akan banyak pergerakannya seterusnya akan cepat memenatkan.

Bagi yang mahu melakukan aktiviti meredah hutan, anda boleh pilih trek perjalanan dan jumlah hari yang ingin anda lakukan di sini dan paling lama adalah dalam 3 hari meredah hutan, jadi anda mungkin akan berkhemah atau bermalam di tempat yang telah pun disediakan oleh pihak pengurusan di sini. Untuk aktiviti meredah hutan ni sebaiknya dalam berkumpulan jadi tidaklah sunyi ketika berjalan di dalam hutan. Dalam hutan ni terdapat pelbagai spesis flora serta fauna yang anda akan dapat lihat dan ketika melakukan aktiviti ni anda akan dipimpin oleh pemandu jalan yang juga merupakan penduduk tempatan di sini dan tahu selok belok hutan tersebut. Di Zip Borneo ni sebenarnya ada juga kawasan atau zon untuk kanak-kanak jadi kalau anda bawa anak ke sini bolehlah bawa mereka ke zon tersebut tetapi sebaiknya anda sentiasa pastikan keselamatan mereka terutama sekali jika melakukan aktiviti seperti memanjat dinding yang dibina khas untuk kanak-kanak.

Untuk datang ke tempat ni anda disarankan untuk memandu kenderaan sendiri kerana tempat ni susah untuk mendapatkan perkhidmatan bas awam, lagi pun kalau anda memandu kereta sendiri ianya akan lebih mudah untuk perjalanan pergi dan balik dari tempat ini. Di sini ada juga 4 chalet yang dibina buat mereka yang ingin bermalam dan depan chalet tu boleh ada kawasan lapang yang boleh anda membuat khemah jika ingin bermalam tetapi perlu memberitahu terlebih dahulu dengan pihak pengurusan di sini agar apa-apa peralatan atau keperluan yang perlu pihak di sini sediakan dan juga pihak anda sediakan jika ingin bermalam

Sesi dan slot :
01. Jam 9 pagi - 10 pagi (1 slot)
02. Jam 11 pagi - 12 tengahari (2 slot)
03. Jam 1 petang - 2 petang (3 slot)
04. Jam 3 petang - 4 petang (4 slot)

Bayaran zipline :
Sekali perjalanan : RM100.00 seorang

Bayaran zip combo :
Zipline + 1 aktiviti : RM140.00 seorang

Bayaran zip combo plus :
Zipline + 2 aktiviti : RM180.00 seorang

Bayaran Ultimate package :
Ultimate Zip Borneo package : RM210.00 seorang

Untuk maklumat lebih lanjut dan juga pakej lain yang ada disediakan oleh pihak pihak pengurusan Zip Borneo bolehlah menghubungi pihak berkenaan di alamat seperti berikut :

Alamt :
Zip Borneo
Kiulu, Tamparuli,
Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 013 808 8075
Website : Zip Borneo
Website : Zip Borneo

Ulasan