Negeri Sabah

Sabah Negeri Di Bawah Bayu merupakan salah sebuah negeri yang terdapat di Malaysia dan mepunyai tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi oleh pelancong dari dalam atau pun luar negara.

NEGERI SABAH




Sabah merupakan salah sebuah negeri yang terdapat di Malaysia yang juga merupakan negeri kedua terbesar. Negeri Sabah lebih dikenali dengan nama 'Negeri Di Bawah Bayu' atau 'Sabah Land Below The Wind', ini adalah kerana kedudukan Sabah yang berada di laluan angin monsun. Sebelum merdeka Sabah di kenali dengan nama Borneo Utara, namun telah ditukar kepada Sabah selepas menyertai Malaysia pada 1963.

Sabah telah mencapai kemerdekaan atau pemerintahan sendiri pada 31 Ogos 1963, dan pada 16 September 1963 Sabah telah menyertai pembentukan Persekutuan Malaysia. Ketua Menteri pertama yang dilantik selepas merdeka adalah YAB Tun Muhammad Fuad Stephens iaitu pada, manakala Tuan Yang Terutama pertama yang dilantik adalah Tun Datuk Seri Panglima Datu Mustapha Bin Datu Harun.


Dianggarkan kini jumlah penduduk negeri Sabah adalah hampir 4 juta orang dan mempunyai bilangan suku kaum yang paling banyak di Malaysia iaitu lebih kurang 32 suku kaum. Walaupun Sabah mempunyai bilangan suku kaum yang cukup banyak namun semua suku kaum yang tinggal di negeri ini sentiasa hidup aman dan makmur serta sentiasa menghormati antara satu sama lain. Antara suku kaum tersebut adalah seperti Kadazan-Dusun, Murut, Bajau, Melayu-Brunei, Rungus, Orang Sungai, Idahan, Iranun, Kedayan, Bisaya, Suluk, Bugis, Timor, Jawa dan lain-lain lagi.

Oleh kerana Bahasa Malaysia yang digunakan oleh penduduk Sabah adalah Bahasa Baku jadi adalah mudah untuk penduduk dari negeri lain berinteraksi dengan penduduk Sabah sekiranya mereka datang melancong ke negeri ini. 

Dengan keindahan alam semulajadi seperti pulau-pulau, gunung, flora dan fauna, air terjun dan lain-lain lagi, maka Sabah merupakan antara negeri yang selalu dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negara. Antara tempat pelancongan yang begitu terkenal di Sabah adalah seperti Gunung Kinabalu, Pulau Sipadan, Pulau Selingan, Sepilok, dan lain-lain lagi.

LAMBANG NEGERI SABAH

( Klik pada nama lambang di bawah untuk lebih lanjut )

Ulasan

Catat Ulasan