Langkau ke kandungan utama

Air Terjun Kipungit

Air Terjun Kipungit merupakan salah satu air terjun yang terdapat di Sabah. Air Terjun Kipungit  terletak di dalam kawasan Taman Rekreasi Kolam Air Panas Poring yang terletak di Ranau, Sabah.

AIR TERJUN KIPUNGIT


Air Terjun Kipungit merupakan salah satu air terjun yang terdapat di Negeri Sabah dan terletak di daerah Ranau iaitu dalam kawasan Taman Rekreasi Poring. Air terjun Kipungit mempunyai ketinggian setinggi 12 meter dan mempunyai air yang cukup segar untuk aktiviti mandi-manda lebih-lebih lagi air kedudukan terjun ini mudah untuk diakses dan berada tidak jauh dari tempat pendaftaran masuk ke Poring iaitu cuma 15 minit perjalanan saja.

Air Terjun Kipungit juga merupakan antara pilihan penduduk tempatan untuk berkelah sambil mandi bersama rakan-rakan atau keluarga terutama sekali ketika hujung minggu, cuti sekolah atau cuti umum. Bila anda mandi di air terjun ini, jangan terkejut apabila anda melihat ikan kecil-kecil yang datang ke kaki dan bergerak seperti mengurut kaki. Selain itu terdapat juga beberapa kemudahan yang disediakan sekitar air terjun ini seperti tandas, tempat rehat dan juga tapak berkelah atau perkhemahan.


Untuk ke sini pengunjung boleh menaiki bas dari Kota Kinabalu yang menuju ke Ranau dan seterusnya menyewa kereta atau e-hailing untuk perjalanan beberapa minit ke lokasi iaitu ke Poring. Pengunjung juga boleh memandu sendiri kenderaan atau kalau tiada kereta bolehlah menyewa kenderaan untuk pandu sendiri (pastikan anda ada lesen) agar dapat memudahkan segala perjalanan pergi dan balik anda dari Poring.

Setelah sampai ke Poring dan membuat bayaran masuk, pengunjung bolehlah mengikuiti laluan yang disediakan untuk pejalan kaki yang mana ianya memakan masa lebih kurang 15 minit sebelum sampai ke kawasan Air Terjun Kipungit, sebelum tu pastikan anda membawa beberapa barang yang perlu untuk anda guna semasa ke air terjun ini.

Bayaran masuk :
Bayaran masuk : RM 3.00
Bayaran 'Canopy Walk' : RM 3.00
Bayaran kamera : RM 5.00

Waktu Operasi :
Setiap hari : 9 pagi - 5 petang


Ulasan