Salah satu keunikan yang terdapat di Negeri Sabah adalah adanya bermacam-macam bentuk replika di bulatan (roundabout). Kebanyakkan roundabout di negeri ini dihiasi dengan bermacam bentuk replika mengikut keunikan tempat dan daerah tersebut dan dari keunikan roundabout ini jugalah antara yang menjadi satu tarikan dan minat kepada para pelancong terutama sekali pelancong dari luar negara hinggakan ada antara mereka begitu teruja sekali apabila melihatnya dan mengambil gambar replika tersebut untuk dijadikan kenangan. Usaha meletakkan replika ini di roundabout sekitar negeri Sabah telah lama dilakukan, jadi mungkin ada sudah yang warnanya tidak begitu nampak seperti awal dibina dan ada juga mungkin telah dipindahkan dari tempat asal atas sebab-sebab tertentu.
Dengan adanya replika yang dibina di roundabout itu juga akan memudahkan pelancong dari dalam dan luar negara untuk mengetahui dimana tempat yang menarik untuk mereka pergi jika datang ke satu daerah tersebut apabila melihat replika yang ada di roundabout. Sebagai contoh dengan adanya replika buaya di roundabout Batu 7 Sandakan, menunjukkan adanya Taman Buaya yang boleh mereka lawati di daerah tersebut. Berikut adalah beberapa bentuk replika yang ada disekitar negeri Sabah :
Replika Teko Tergangung - Ranau
Replika Orang Utan - Sandakan
Replika Buaya - Sandakan
Replika Helang - Sandakan
Replika Udang Galah - Sandakan
Replika Penyu - Sandakan
Replika Durian Merah - Tongod
Replika Todak - Tawau
Kredit gambar : Wikipedia
Terima kasih kerana berkongsi maklumat tentang sabah. jika anda ingin mengetahui lebih banyak tempat menarik di Malaysia sila ikuti https://infotempatmenarik.my/
BalasPadam