Langkau ke kandungan utama

Air Terjun Tawai

Air Terjun Tawai merupakan salah satu air terjun yang terdapat di Sabah. Air Terjun Tawai terletak jauh di Bahagian Pedalaman Negeri Sabah iaitu di dalam daerah Telupi, Sabah.

AIR TERJUN TAWAI


Air Terjun Tawai terletak di dalam Hutan Simpan Tawai di daerah Telupid, Sandakan iaitu lebih kurang 146 km atau kira-kira 2 jam 30 minit perjalanan dari Pusat Bandar Sandakan. Air terjun ini mempunyai ketinggian sekitar 95 meter dengan jatuhan airnya yang dianggap antara yang paling deras di Sabah. Air terjun ini juga antara yang tercantik di negeri ini, cuma mungkin lokasinya yang agak jauh di kawasan Pedalaman menyebabkan tidak terlalu ramai yang datang ke sini.

Untuk ke Air Terjun Tawai, pengunjung boleh memandu sendiri, menyewa kenderaan yang mana pemandunya tahu jalan ke Air Terjun Tawai atau  pengunjung juga boleh menghubungi terus mana-mana ejen pelancongan yang berdaftar. Sekiranya pengunjung datang dari Kota Kinabalu jauhnya adalah lebih kurang 200 km iaitu lebih kurang 3-4 jam perjalanan, dan dari Telupid ke Air Terjun Tawai ini mengambil masa kira-kira 1 jam perjalanan (bergantung keadaan jalan).


Bagaimanapun, sebelum pengunjung berkunjung ke Air Terjun Tawai, pengunjung mestilah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Perhutanan Sabah kerana kawasan Hutan Simpan Tawai adalah dibawah seliaan Jabatan Perhutanan Sabah.

Adalah digalakkan kepada pengunjung yang ingin ke sini dengan memandu sendiri agar menggunakan kenderaan pacuan 4 roda kerana jalannya yang agak sukar untuk dilalui oleh kenderaan biasa. Selain itu, sebaiknya juga pengunjung mendapatkan seorang Malim agar dapat menunjukkan jalan ke Air Terjun Tawai sekiranya pengunjung tidak mengetahui jalan ke sana.

Barang perlu bawa :

01. Pakaian ganti
02. Pakaian mandi (tutup aurat)
03. Makanan
04. Khemah
05. Pakaian meredah hutan
06. Lain-lain lagi


Ulasan