Langkau ke kandungan utama

Arkeologi Tertua

Bukit Tengkorak adalah tapak arkeologi tertua di Negeri Sabah ini dianggarkan berusia 3000 tahun dahulu. Tapak ini terletak di Bukit Tengkorak dalam daerah Semporna, Sabah.

ARKEOLOGI TERTUA



Bukit Tengkorak merupakan tempat Tapak Arkeologi Tertua di negeri Sabah. Tapak ini dianggarkan wujud sekitar 3000 tahun dahulu dan merupakan tapak pembuatan tembikar yang besar di Asia Tenggara ketika Zaman Neolitik.

Pada tahun 1994 satu kajian telah dijalankan di Bukit Tengkorak oleh beberapa penyelidik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Muzium Negeri Sabah yang mana hasil kajian tersebut telah menjumpai beribu kepingan tembikar dari Pra-Sejarah dan dianggarkan berusia kira-kira 3000 tahun.


Tapak ini terletak hanya kira-kira 10 km sahaja dari pekan Semporna dan ia terletak di atas bukit yang berketinggian 600 kaki. Pengunjung yang ingin ke sini sama ada dari Kota Kinabalu, Sandakan atau Tawau boleh menaiki bas yang menuju ke Semporna. Selain itu pengunjung juga boleh memandu sendiri untuk ke sini.

Tapak Arkeologi ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga jam 5 petang dan bayaran masuk adalah percuma untuk semua pengunjung.

Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi pihak Muzium Wilayah Pantai Timur di alamat seperti berikut :

Alamat :
Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak

D/A Muzium Wilayah Pantai Timur,
Tingkat 2, Wisma Warisan,
90000, Sandakan, Sabah.
Tel : 089-222679
Faks : 089-229593

Ulasan