Langkau ke kandungan utama

Coral Flyer

Coral Flyer merupakan salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu. Coral Flyer ini yang terletak di antara Pulau Gaya dan Pulau Sapi dalam Taman Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu Sabah.

CORAL FLYER





Coral Flyer merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang boleh dikunjungi oleh para pelancong yang datang melancong ke negeri Sabah. Ia adalah satu aktiviti yang menarik yang terletak di Taman Negara Tunku Abdul Rahman dan merupakan zipline terpanjang di Borneo iaitu kira-kira 250 meter dari Pulau Gaya ke Pulau Sapi dengan ketinggian lebih kurang 45 meter dari permukaan laut. Dengan menaiki 'Coral Flyer' ini anda akan dapat melihat pemandangan yang cukup indah sambil melintas di atas air laut.

Coral Flyer yang dibina ini adalah yang terbaik dan ia dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang baik agar pengunjung yang ingin melakukan aktiviti 'Coral Flyer' akan sentiasa rasa selamat ketika menggunakannya contohnya zipline ini mempunyai 2 unit zipstop untuk brek yang di import dari USA, dan juga brek tambahan sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang kemalangan ketika mendarat.


Pengunjung yang ingin cuba melakukan aktiviti zipline ini hendaklah terlebih dahulu beli tiket bot di Jesselton Point yang menuju ke Pulau Gaya, dan pastikan anda mendaftar untuk aktiviti Coral Flyer ini ketika anda sampai di pintu masuk Pulau Gaya. 

Biasanya maksimum berat untuk aktiviti zipline ini adalah 120kg, manakala minimun berat adalah 40kg, dan tiada had umur yang dikenakan, tapi untuk kanak-kanak adalah lebih baik jika ditemani ibu bapa atau pun kakitangan zipline tersebut.

Waktu operasi :
Setiap hari : 10.00 pagi - 4.00 petang

Kadar bayaran (walk-in) :
Warganegara dewasa: RM64.00
Warganegara kanak-kanak : RM30.00 (tandem)
Bukan warganegara dewasa : RM86.00
Bukan warganegara kanak-kanak : RM86.00

Harga di atas adalah termasuklah insurans dan penghantaran semula ke Pulau Gaya dan juga snorkeling (pakej ini mungkin boleh berubah, jadi boleh tanya dulu dengan kakitangan ketika membeli tiket untuk aktiviti zipline)

Ulasan

  1. Nicely done article and interesting information. Thanks for your hard work on such a topic.
    lawyer malaysia
    tmt malaysia
    corporate lawyer malaysia

    BalasPadam
  2. Nicely done article and interesting information. Thanks for your hard work on such a topic.
    lawyer malaysia
    tmt malaysia
    corporate lawyer malaysia

    BalasPadam

Catat Ulasan