Gunung Sinsing (Mount Sinsing) merupakan salah sebuah gunung yang terdapat di Sabah. Gunung Sinsing ini adalah tempat menarik yang terletak di dalam daerah Tambunan, Sabah.
GUNUNG SINSING
Kredit Gambar : gerbanggunung
Gunung Sinsing (Mount Sinsing) merupakan salah satu gunung yang terdapat di negeri Sabah dan merupakan gunung ketiga tertinggi di negara Malaysia dengan ketinggian 2,603 meter. Gunung ini baru ditemui pada tahun 2018 dan terletak di Kampung Nupakan, Tambunan iaitu kira-kira 75 km atau 2 jam perjalanan dari Kota Kinabalu. Dengan penemuan gunung ini senarai gunung tertinggi di negara ini turut berubah yang mana nombor 1-5 gunung tertinggi di Malaysia kini berada di Sabah
Oleh kerana gunung ini baru saja ditemui maka kawasan hutan tersebut juga masih lagi tebal yang menyebabkan laluan mendaki ke puncak gunung ini lebih mencabar. Ketika pendakian ke sini pelbagai tumbuh-tumbuhan yang akan anda lihat seperti orkid, periuk kera dan lain-lain lagi. Puncak gunung ini belum dapat melihat pemandangan sebab masih diliputi hutan tebal.
Pakej pendakian ke gunung ini biasanya dalam 3 hingga 4 hari bergantung pada keadaan. Oleh itu anda harus mempersiapkan apa-apa yang perlu untuk di bawa tapi sebaiknya jangan bawa barang yang berat sebab susah kalau mendak.. Dalam perjalanan mendaki juga ada terdapat tapak perkhemahan untuk anda berehat atau bermalam sekiranya sudah lewat tapi anda tidak perlu risau sebab tandas, khemah, peralatan memasak semua ada disediakan.
Biasanya pakej mendaki gunung ini adalah sekali dengan mendaki Gunung Kaingaran kerana laluannya yang sama dan puncak yang akan di daki terlebih dahulu adalah Gunung Sinsing kemudian baru ke puncak Gunung Kaingaran. Ini akan memberikan satu pengalaman yang cukup bermakna buat mereka yang mendaki ke gunung ini. Tapi anda boleh juga memilih sekiranya ingin mendaki Gunung Sinsing sahajal.
Untuk mendaki ke gunung ini, sebaik anda hubungi terlebih dahulu guide atau ejen pelancongan dan pastikan ejen yang berdaftar untuk memudahkan urusan perjalanan anda seperti permit, makanan, khemah dan pengangkutan dan lain-lain lagi.
Barayan pakej mendaki :
1. Gunung Sinsing Saja : RM380.00 seorang
2. Gunung Sinsing & Gunung Kaingaran : RM440.00 seorang
Ini harga sebelum PKP, jadi mungkin boleh berubah mengikut keadaan atau pakej yang ditawarkan oleh ejen pelancongan atau guide. Bayaran ini juga adalah sekali dengan bayaran permit, makanan, khemah, pengkutan, tempat bermalam.