Langkau ke kandungan utama

Kolej ATI

Asian Tourism International College atau (Kolej ATI) merupakan salah satu Institusi Pendidikan Swasta yang terdapat di Sabah dan kolej ini terletak di Kota Kinabalu, Sabah.

KOLEJ ATI



Kolej ATI Kota Kinabalu ditubuhkan pada tahun 1996 dan merupakan kolej yang pertama menawarkan program dalam bidang hospitaliti dan pelancongan di negeri Sabah pada masa itu, dan program yang ditawarkan ini adalah untuk peringkat sijil dan diploma.

Kolej ATI menawarkan beberapa program utama iaitu program dalam bidang perakauanan, perhotelan, hospitaliti, pelancongan dan masakan. Program ini sememangnya akan dapat memberi peluang pekerjaan yang banyak dan luas kepada pelajar-pelajar selepas tamat pengajian

Antara kemudahan yang telah disediakan di Kolej ATI adalah dewan kuliah, makmal komputer, perpustakaan dan lain-lain lagi yang mana ianya akan dapat memberi keselesaan kepada para pelajar yang mengikuti pengajian di Kolej ini.


Antara Misi dan Visi Kolej ATI adalah :

1. Menjadikan kolej ini sebagai kolej yang terulung dan diiktiraf di peringkat nasional dan global kerana kecemerlangan dalam melahirkan graduan yang kredit dan inovatif

2. Menyediakan kemahiran dan pendidikan yang kepada semua pelajar tanpa mengira bangsa, agama, kepercayaan, kewarganegaraan bagi membolehkan mereka memaksimumkan potensi individu dalam kerjaya yang mereka pilih.

Sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Kolej ATI Kota Kinabalu di alamat seperti di bawah ini :

Alamat :

Kolej ATI
Lot 26, Lorong Dewan,
88000, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Tel : 088-253731 / 088-253732
Faks : 0888-254731
Website : www.ati.edu.my

Ulasan