Langkau ke kandungan utama

Lagu Negeri Sabah

Lagu Negeri Sabah merupakan lagu rasmi bagi Negeri Sabah dan merupakan sebuah lagu patriotik untuk menanam rasa cinta kepada negeri ini, semangat berkerjasama dan bersatu padu dikalangan masyarakat negeri Sabah yang berbilang kaum.

LAGU NEGERI SABAH

Tajuk Lagu : Sabah Tanah Airku
Ciptaan : H.B. Hermann

Sabah Tanah Airku
Negeri Kita Yang Tercinta
Pemuda Pemudi Semua Marilah
Bangunlah Bersatu Semua

Matilah Bersama Serta Maju Jaya
Merdeka Sepanjang Masa
Bersatu Segala Bangsa Sentosa
Sabah Negeri Merdeka

Lagu Negeri Sabah yang bertajuk 'Sabah Tanah Airku' ini merupakan lagu rasmi bagi negeri Sabah dan  merupakan sebuah lagi yang bertemakan patriotik yang agar dapat menanam rasa cinta penduduk di negeri terhadap Negeri Sabah sekaligus dapat menguatkan lagi semangat kerjasama serta bersatu padu untuk menuju kemajuan dan kejayaan di kalangan masyarakat berbilang kaum dan etnik di negeri Sabah yang tercinta ini.

Lagu Sabah Tanah Airku adalah lagu hasil ciptaan H.B. Hermann iaitu seorang pemain biola yang profesional serta merupakan seorang pengubah lagu yang telah memenangi pertandingan mencipta lagu untuk Negeri Sabah pada 16 Mei 1963, pemilihan lagu ini sebagai lagu rasmi Negeri Sabah telah dibuat oleh Kerajaan Sabah pada ketika itu bersama Ketua Pancaragam Polis Borneo Utara iaitu Kapten FJ Brooke yang mempunyai banyak berpengalaman dalam muzik. Menurut sumber dari Arkib Sabah, lagu Sabah Tanah Airku ini asalnya bertajuk 'Sabah' sahaja, 


Bermula pada 18 Julai 1963, lagu ini telah mula dirakam dengan diiringi pancaragam dari Pancaragam Polis Borneo Utara dan pada 19 Julai 1963 lagi ini mula disiarkan dan berkumandang di siaran Radio Sabah. Lagu ini juga masih tetap digunakan dan dijadikan sebagai lagu rasmi bagi Negeri Sabah setelah kemasukan Sabah ke dalam Malaysia pada tahun 16 September 1963. Sehingga kini Lagu Negeri Sabah sentiasa dinyanyikan ketika menyambut Hari Kemerdekaan di Sabah, di majlis-majlis rasmi, dan di sekolah-sekolah.

Ulasan