Langkau ke kandungan utama

Lapangan Terbang Sandakan

Lapangan Terbang Sandakan merupakan salah sebuah lapangan terbang yang terdapat di negeri Sabah dan merupakan antara yang tersibuk di Sabah selepas Kota Kinabalu.

LAPANGAN TERBANG SANDAKAN



Lapangan Terbang Sandakan adalah salah satu lapangan terbang yang terletak di Sabah. Lapangan terbang ini terletak di Batu 7 iaitu lebih kurang 13 km atau 15-20 minit perjalanan dari Pusat Bandar Sandakan. Lapangan Terbang Sandakan dapat menampung kira-kira 1 juta pengunjung dalam setahun dan kebanyakkan penerbangan yang dilakukan adalah penerbangan domestik seperti penerbangan di dalam Negeri Sabah, ke Negeri Sarawak dan juga ke Kuala Lumpur.

Lapangan terbang ini telah banyak mengalami penambahbaikkan sejak mula dibuka sehingga tahun 2011. Kemudian ketika sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2012, YAB Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Hj. Abdul Razak yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu telah pun mengumumkan untuk membuat penaiktarafan Lapangan Terbang Sandakan. Bermula pada tanggal 30 Mei 2013 projek penaiktarafan Lapangan Terbang Sandakan telah dijalankan dan ia siap sepenuhnya pada 29 November 2014.

Oleh kerana semakin banyak peningkatan jumlah pelancong yang datang ke daerah Sandakan dan juga permintaan pengangkutan penerbangan yang tinggi dikalangan orang atau penduduk tempatan di daerah Sandakan ini maka pada 7 Mei 2017 sekali lagi YAB Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Hj. Abdul Razak mengumumkan akan menaiktarafkan Lapangan Terbang Sandakan iaitu projek memanjangkan landasan lapangan terbang ini yang bermula pada tahun 2019.

Projek yang sepatutnya bermula pada tahun 2019 itu terpaksa ditangguhkan yang disebabkan pandemik yang melanda seluruh dunia. Projek ini kemudian disambung semula bermula tahun 2022 dan akan siap dalam masa beberapa tahun. Ini akan membolehkan lapangan ini menerima kapal terbang dengan lebih banyak dan lebih memudahkan penerbangan dan pendaratan kapal.

Di sini ada juga disediakan kemudahan awam untuk kegunaan orang ramai yang akan membuat penerbangan atau yang baru sampai ke daerah Sandakan. Antara kemudahan yang ada ialah seperti tempat duduk yang lebih selesa, kedai runcit, cafe, surau, tandas  dan lain-lain lagi yang dapat memberi keselesaan kepada para pengunjung semasa menunggu masa penerbangan.


Antara syarikat penerbangan yang ada membuat atau melakukan penerbangan di Lapangan Terbang Sandakan adalah seperti berikut :

01. MASWings
02. Malaysia Airlines
03. AirAsia

Untuk ke lapangan terbang ini, anda boleh menggunakan teksi atau perkhidmatan e-hailing yang lain kerana sekarang ini tidak ada lagi bas mini yang masuk ke sini. Tapi kadangkala ada juga bas yang mahu hantar ke sini tetapi harga tambang mungkin akan ditambah sedikit lagi.


Ulasan