Langkau ke kandungan utama

Membakut

Membakut adalah sebuah daerah kecil yang terletak di Negeri Sabah dan berada di dalam Bahagian Pedalaman Sabah. Sebelum ini Membakut berada dibawah pentabiran Pejabat Daerah Beaufort, namun Membakut telah diisytiharkan sebagai daerah penuh pada 30 Mac 2022. Daerah ini terletak kira-kira 94 km atau kira-kira 1 jam 50 minit perjalanan dari bandar Kota Kinabalu.

MEMBAKUT



Kredit gambar : jalan_b

Membakut merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di Sabah dan daerah ini termasuk di dalam Bahagian Pedalaman Negeri Sabah dan terletak lebih kurnag 94 km ataupun kira-kira 1 jam 50 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Semasa awal pembukaan daerah ini ia hanya merupakan sebuah perkampungan kecil yang didiami oleh suku kaum Melayu-Brunei yang kebanyakkannya tinggal di bahagian tebing sungai. Sebelum ini daerah ini hanyalah lebih dikenali sebagai Pekan Membakut namun ianya diiktiraf sebagai sebuah daerah daerah kecil pada tahun 1977 yang mana segala pentadbiran didaerah ini dikendalikan dan diurusakan Majlis Daerah Beaufort, namun pada 30 Mac 2022 Membakut telah diisytiharkan dan diiktiraf sebagi sebuah daerah penuh, dan kemudian pada 14 Oktober 2023 majlis pelancaran Daerah Membakut telah diadakan dan dirasmikan sepenuhnya oleh Ketua Menteri Sabah pada masa itu iaitu Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor. Pada masa kini Membakut mempunyai keluasan 132.8 kilometer persegi atau lebih kurang 51.3 batu persegi yang mana ianya meliputi beberapa mukim di dalamnya seperti Pimping atau Binsulok, Bandau, Mawao dan Bambangan. Keadaan bentuk muka bumi di daerah ini kebanyakkannya adalah terdiri daripada kawasan tanah rata yang mana menurut sumber hampir 80% muka bumi dalam daerah ini adalah kawasan tanah rata manakala 20% lagi adalah kawasan berbukit bukau.

Sekitar tahun 1898 pihak British telah mula masuk ke kawasan daerah ini dan memulakan pentadbiran mereka di bawah pentadbiran Kerajaan North Borneo Utara British. Nama daerah Membakut dahulunya dikatakan dikenali sebagai Bakut yang bermaksud Kota manakala manakala bagi perkataan 'Mem' pula ianya adalah diambil dari perkataan perbualan harian oleh penduduk tempatan di daerah ini seterusnya apabila digabungkan maka menjadilah nama daerah ini kepada Membakut yang membawa maksud 'Membuat Kota'. Nama Pekan Membakut pada masa itu pula hanya disebut sebagai 'Bua' namun ianya ditukar sebagai Membakut mengikut nama daerah ini dan pertukaran nama pekan ini adalah dicadakan oleh Ketua Pemimpin Masyarakat di daerah ini pada masa itu iaitu OKK Haji Saman Bin Md Yaakub. Kini daerah Membakut semakin berkembang maju dan turut sama menerima pelbagai pembangunan yang diberikan oleh kerajaan Negeri Sabah, walaupun daerah ini menerima banyak pembangunan tetapi masih terdapat juga beberapa bangunan lama yang masih dikekalkan hingga hari ini contohnya seperti terdapat bangunan kedai lama di Pekan Membakut yang telah dibina pada tahun 1915 lagi namun masih kekal hingga sekarang.


Dengan bentuk muka bumi daerah ini yang kebanyakkannya adalah kawasan tanah rata maka majoriti penduduk di daerah Membakut ramai yang menjalankan pelbagai aktiviti dalam bidang pertanian iaitu seperti menanam padi yang dibuat beberapa kali setahun, koko, getah, sagu dan kelapa sawit. Selain itu penduduk di daerah ini juga ada yang menjalankan aktiviti penternakan seperti lembu, ayam, kambing dan beberapa lagi hasil ternakan lain yang turut mendapat bantuan daripada kerajaan negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Penternak dari segi teknikal dan subsidi agar hasil yang dikeluarkan nanti adalah lebih berkualiti dan mendapat sambutan daripada kalangan orang ramai yang ingin mendapatkan hasil pengeluaran penternak. Terdapat juga penduduk di daerah ini yang jalankan aktiviti perikanan seperti nelayan dan kebanyakkan penduduk yang menjalankan aktiviti ini adalah dari kalangan suku kaum Melayu-Brunei yang majoritinya tinggal di tepi sungai dan laut. Hasil ekonomi yang dihasilkan seperti pertanian, penternakan dan perikanan ini kebanyakkannya akan dipasarkan di daerah ini dan daerah lain yang berhampiran dan ada juga yang dibawa ke beberapa daerah lain sekitar Negeri Sabah. Sesuai dengan kemajuan yang dikecapi maka ramai penduduk tempatan daerah ini juga telah telah berkerja dalam bidang lain seperti pejabat kerajaan dan swasta, perkilangan, dan sebagainya.

Seiring pembangunan yang ada di daerah ini maka kemudahan awam juga telah banyak dibina agar ia lebih memudahkan segala pengurusan penduduk tempatan dalam daerah ini ketika memerlukannya, dan antara kemudahan yang ada disediakan oleh pihak kerajaan khususnya Majlis Daerah Beaufort untuk orang ramai adalah seperti :.

Kemudahan :

01. Sekolah Rendah
02. Sekolah Menengah
03. Air Bersih
04. Elektrik
05. Balai Polis
06. Balai Bomba
07. Pejabat Kerajaan
08. Jalan Raya
09. Liputan Telefon
10. Perkhidmatan Internet
11. Hospital Kerajaan
12. Klinik Desa
13. Klinik Kesihatan

Terdapat juga beberapa tempat menarik yang terdapat di daerah Membakut yang boleh dikunjungi oleh orang ramai tidak kira penduduk di daerah ini, penduduk tempatan di negeri ini atau pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke daerah ini. Antara tempat menarik dalam daerah Membakut ini adalah seperti :

01. Kampung Brunei
02. Air Terjun Bangangan
03. Klias River Cruise
04. Klias Wetland
05. Pantai Pimping
06. Turtle Garden Resort


Ulasan

  1. Dulu pekan membakut kawasan pusat dagang masyarakat membakut,kerana masyarakat melayu brunei menjadikan sawah dan sungai sbagai sumber ekonomi,dan orang ulu akan memnawa segala hasil berburu,hasil buah buahan hutan hasil sungai,sebagai sumber ekonomi,selapas wujudnya sistem beraja..suku kedazan dusun murut sungai telah ada sebelum wujud semasa sistem Tanah Raja,tinggal di kawasan berbukit hutan dan tebing sungai,hidup berpuak mengikut suku etnik menggunakan sistem adat leluhur,sumber makanan bercucuk tanam,berburu dan mencari hasil hutan seperti buah dan sayuran yg mengamalkan sistem bater/pertukaran untuk urusan jual beli,masyarakatnya hidup saling menjadikan kehebatan jati diri,sebagai cara meluaskan kawasan komuniti dan pengaruh.masyarakatnya tidak dihamba kan atau diper hambakan kerana menjadikan tanah sebagai raja dan adat sebagai kepercayaan..masih banyak jika sejarah sebenar di ceritakan..bedasarkan fakta sejarah leluhur orang2 asal sabah kdmr di membkakut.

    BalasPadam

Catat Ulasan