Langkau ke kandungan utama

Memorial Perang Jepun Tawau

Tugu Peringatan Perang Jepun Tawau merupakan salah satu tugu yang terdapat di Negeri Sabah. Tugu Peringatan ini dibina pada tahun 1988 dan terletak di dalam daerah Tawau Sabah.

TUGU PERINGATAN PERANG JEPUN TAWAU

Credit Gambar : Wikimedia

Tugu Peringatan Perang Jepun Tawau adalah salah satu tugu yang terdapat di daerah Tawau. Tugu Peringatan ini dibina pada tahun 1988 dan terletak di Jalan Tanjung Batu, bersebelahan dengan Padang Golf Tawau iaitu lebih kurang 4 km saja dari Bandar Tawau. Kawasan ini pada mulanya merupakan sebuah kawasan tanah perkuburan orang Jepun yang pernah tinggal di daerah Tawau, kemudian kawasan ini telah dibina semula sebagai menjadi kawasan tugu peringatan.

Kawasan ini menjadi tanah perkuburan orang Jepun kerana pada awal tahun 1900 terdapat ramai orang Jepun yang tinggal di Tawau selepas berlakunya perjanjian Inggeris-Jepun 1902. Dengan perjanjian tersebut ramai ahli-ahli perniagaan dari Jepun yang datang ke sini dan ada antara syarikat dari Jepun yang membeli tanah di sini, contohnya Syarikat Perindustrian Nippon yang telah pun membeli tanah seluas 240 ekar pada 19 Januari 1916 dan dijadikan sebagai ladang getah yang dinamakan Kuhara Estate.


Selain itu terdapat juga ahli perniagaan Jepun lain yang telah membeli tanah dan membuka ladang iaitu seperti ahli pernigaan Jepun yang bernama Kubota Umeme yang mahir dalam bidang perladangan kelapa sawit telah membeli tanah dan membuka kawasan ladang pokok kelapa sawit yang dinamakan Kubota Estate. Dengan perkembangan ini maka makin ramai juga rakyat dari Jepun yang telah datang ke Tawau dan tinggal di sini.

Sebelum berlakunya Perang Dunia Ke-2 dikatakan terdapat lebih kurang 1200 orang Jepun yang telah datang dan tinggal di Tawau. Ramai daripada mereka yang telah lama hidup di sini sehingga tua dan meninggal dunia di sini, oleh itu kawasan ini telah diambil dan dijadikan kawasan perkuburan bagi orang Jepun yang meninggal dunia di Tawau.

Namu selepas berakhirnya Perang Dunia Ke-2 hanya tinggal beberapa saja tanah perkuburan yang kelihatan dan salah satunya adalah tanah perkuburan Jepun yang memaparkan 5 nama orang Jepun iaitu seperti Sadatoshi Ohta, Ryoichi Muromoto, Isao Ohtomo, Koji Matsuo, dan Takeshi Kusumoto.


Selepas Perang Dunia Kedua juga terdapat satu monumen peringatan telah dibina di kawasan bekas perkuburan ini dan ia ditulis dalam Bahasa Jepun. Kemudian pada 25 Mei 1988 Tugu Peringatan Perang Jepun Tawau ini telah dibina semula sebagai ganti kepada tanah perkuburan tersebut.

Ulasan

Catat Ulasan