Muzium Negeri Sabah

Muzium Negeri Sabah merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah. Muzium ini adalah tempat sesuai untuk mengetahui sejarah Sabah dan terletak kira-kira 2.9 km dari Bandar Kota Kinabalu.

MUZIUM NEGERI SABAH

 


Credit Gambar : Muzium Sabah

Muzium Negeri Sabah adalah salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu, dan muzium ini merupakan menempatkan pelbagai galeri seperti galeri seni, arkeologi, sejarah islam di negeri ini, dan bahan sejarah mengenai negeri Sabah. Oleh itu muzium ini adalah tempat yang sesuai sekiranya anda ingin mengetahui sejarah mengenai negeri Sabah. Muzium ini terletak Jalan Istana Lama Kota Kinabalu dan mempunyai keluasan kira-kira 17 hektar.

Muzium Negeri Sabah telah ditubuhkan secara pada tanggal 15 Julai 1965 di bangunan rumah-kedai di Jalan Gaya, Kota Kinabalu. Penubuhan muzium ini adalah hasil usaha daripada penduduk tempatan. Koleksi awal barang di muzium ini adalah dari seorang Kolonial British iaitu George Catchart Wolley yang mana beliau telah mengumpul koleksi gambar, artifak dan lain-lain lagi dan kemudiannya memberikannya kepada Kerjaan Negeri Sabah untuk di pamerkan di muzium ini.


Pada tahun 1984, bangunan baru muzium telah siap dibina di tapak yang ada sekarang ini dan pembukaannya telah disempurnakan oleh Yang Di-Pertuan Agong pada masa itu pada tarikh 11 April 1984. Kemudian pada tahun 1985 jawatan Kurator telah ditukar kepada Pengarah Muzium Sabah dan diletakkan di bawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri.

Penubuhan muzium ini adalah bertujuan untuk mengumpul dan memelihara semua bahan seni sejarah dari seluruh negeri Sabah agar masyarakat Sabah pada sekarang dan masa yang akan datang dapat mengetahui sejarah, budaya dan sosial negeri Sabah.


Di dalam kawasan muzium ini terdapat beberapa bangunan atau bahagian yang boleh dilawati oleh para pengunjung iaitu antaranya seperti :
01. Bangunan Utama
02. Taman Etnobotani
03. Kampung Budaya
04. Pusat Sains Dan Teknologi
05. Lain-lain lagi.


Pengunjung yang ingin berkunjung ke muzium ini boleh memandu kenderaan sendiri, menaiki bas atau teksi dari pusat bandar Kota Kinabalu. Pilihan lain ialah pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan e-hailing yang lain atau menyewa kenderaan untuk pandu sendiri (jika anda ada lesen). 

Waktu operasi :
Setiap hari : 9 pagi - 5 petang

Bayaran masuk :
Pelawat Malaysia : RM2.00
Pelawat Asing : RM15.00

Bayaran masuk (Malaysia) sahaja :
Pelajar (pakai uniform) : Percuma
Orang Kurang Upaya : Percuma
Warga Emas : Percuma
Pemandu Teksi : Percuma

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Muzium Negeri Sabah di alamat seperti di bawah ini :

Alamat :
Muzium Negeri Sabah
Beg berkunci 2015
Poskod 88566,
Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088-253199 / 254852 / 253551 / 225033
Faks : 088-240230
Email : muzium.sabah@sabah.gov.my

Nota :

1. Pengunjung boleh mengambil gambar galeri yang terdapat di dalam muzium tapi pastikan anda tidak menggunakan pencahayaan (flash) ketika mengambil gambar.

2. Anda tidak dibenarkan untuk membuat sesi pengambaran di dalam kawasan Muzium Sabah kecuali telah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan

  1. saya farizah usin pelajar dari UiTM puncak alam kos pengajian budaya visual. Mahu Tanya ada provide internship x? email:ezzanonie@gmail.com no.tel 0168588114

    BalasPadam

Catat Ulasan