Pantai Dalit merupakan salah satu pantai yang terletak di negeri Sabah. Pantai yang cantik ini terletak di dalam daerah Tuaran, iaitu lebih kurang 11 km dari Pekan Tuaran, Kota Kinabalu, Sabah.
PANTAI DALIT

Pantai Dalit merupakan salah satu pantai cantik yang terletak di Tuaran, Sabah. Pantai ini terletak berhampiran dengan Shangri-La Rasa Ria Resort Tuaran iaitu lebih kurang 11 km dari Pekan Tuaran atau lebih kurang 33 km dari Bandar Kota Kinabalu. Pantai ini merupakan antara pantai yang menjadi tumpuan penduduk tempatan terutamanya yang tinggal disekitar Kota Kinabalu dan khususnya di Tuaran bila cuti sekolah atau pun cuti hujung minggu.
Pengunjung yang datang ke sini akan dapat melihat keindahan pantai yang cukup indah dan panjang di samping pasirnya yang putih bersih. Pantai ini memang di jaga selalu agar ianya kekal bersih untuk menarik lebih ramai pengunjung datang ke sini. Di pantai ini juga juga pengunjung berpeluang untuk melihat keindahan pemandangan matahari terbenam yang cukup indah, di samping itu anda juga dapat melihat segelintir penduduk tempatan yang melakukan aktiviti menunggang kuda di tepi pantai ini pada waktu petang.
Pantai Dalit sesuai untuk seisi keluarga beriadah dan berkelah di tepi pantai, namun buat masa sekarang pantai ini tidak sesuai untuk melakukan aktiviti mandi atau berenang di laut. Ini adalah kerana ada beberapa perisitiwa yang berlaku sebelum ini yang menyebabkan pantai ini telah dipasang papan tanda larangan untuk berenang oleh pihak berkuasa agar dapat menjamin keselamatan para pengunjung yang datang ke sini lebih-lebih lagi bila ada membawa anak.
Untuk ke sini pengunjung boleh menaiki bas dari pusat bandar Kota Kinabalu yang menuju ke daerah Tuaran, kemudian dari tuaran boleh lihat bas yang ada menuju ke pantai ini. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan e-hailing, tapi lebih baik memandu kenderaan sendiri atau menyewa kenderaan untuk lebih mudah pergi dan balik.

Ulasan
Catat Ulasan