Pantai Kenangan merupalah salah satu pantai di Sabah. Pantai Kenangan adalah antara pantai yang cantik dan terletak di daerah kecil Bongawan, iaitu kira-kira 4 km dari Pekan Bongawan, Sabah.
PANTAI KENANGAN

Pantai Kenangan merupakan salah satu pantai cantik yang terletak di daerah Bongawan Sabah. Pantai ini terletak kira-kira 4 km dari Pekan Bongawan atau lebih kurang 72 km dari Bandar Kota Kinabalu, Sabah. Pantai Kenangan juga merupakan pantai yang menjadi tumpuan penduduk tempatan mahupun pelancong luar untuk beriadah dan berkelah ketika cuti seperti di hujung minggu atau cuti sekolah.
Pengunjung yang berkunjung ke Pantai Kenangan sudah pasti akan merasai keindahan pantai yang cantik, Pasir di pantai ini juga kelihatan putih dan bersih dengan hembusan angin yang segar. Selain itu pengunjung juga boleh melihat beberapa keindahan di pantai ini iaitu seperti pemandangan matahari terbenam di waktu petang dan yang menariknya adalah disini juga anda boleh melihat dengan jelas pemandangan Gunung Kinabalu yang tersergam indah.
Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakukan oleh para pengunjung yang datang ke Pantai Kenangan dan antaranya adalah seperti berenang di tepi pantai, berkayak dan anda juga mungkin berminat untuk menyewa kenderaan ATV yang disediakan oleh pihak pengurusan Pantai Kenangan dengan pandu di tepian pantai.
Untuk ke sini pengunjung boleh maniki bas yang menuju ke Bongawan atau boleh menaiki teksi dengan kadar tambang yang lebih tinggi namun dapat memudahkan perjalanan pergi dan balik. Tapi sebaiknya adalah memandu sendiri kenderaan dan kalau tiada kenderaan anda boleh cuba untuk menyewa kenderaan untuk pandu sendiri (yang penting ada lesen memandu) sebab ia terletak agak jauh jadi lebih mudah anda pergi dan balik sekiranya memandu sendiri kenderaan.

Ulasan
Catat Ulasan