Langkau ke kandungan utama

Perpustakaan Cawangan Membakut

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Membakut merupakan salah satu perpustakaan yang terdapat di Sabah. Perpustakaan ini dibina untuk penduduk-penduduk di sekitar daerah Membakut Sabah.

PERPUSTAKAAN MEMBAKUT

Credit Gambar : Wikimedia

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Membakut merupakan salah satu perpustakaan yang terletak di Bahagian Pedalaman Negeri Sabah iaitu di daerah Membakut kira-kira 20 km atau 25 minit perjalanan dari Pekan Membakut. Perpustakaan Membakut dibina adalah bagi memberikan perkhidmatan kepada penduduk yang tinggal di sekitar daerah Membakut.

Perpustakaan ini menyediakan beberapa perkhidmata untuk kemudahan orang ramai atau pengunjung yang datang ke perpustakaan ini iaitu antaranya adalah :

1. Bahan rujukan
2. Bahan bacaan
3. Bahan akhbar
4. Perkhidmatan internet


Oleh itu jangan lupa untuk datang ke perpustakaan ini untuk cari maklumat atau menimba ilmu pengetahuan dengan bahan bacaan yang telah disediakan di sini. Boleh datang ke sini dengan kawan-kawan membaca atau membuat kerja seperti kerja sekolah dan lain-lain lagi.

Siapa pun boleh datang ke perpustakaan ini, tidak kira tua atau pun muda sebab perpustakaan adalah salah satu tempat yang sesuai untuk menimba ilmu kerana terdapat banyak bahan bacaan. Macam orang selalu cakap banyakkan membaca kerana membaca itu adalah jambatan ilmu. 

Nota :
1. Jangan terlalu bising ketika berada di perpustakaan
2. Jangan buang sampah di dalam atau luar perpustakaan

Waktu operasi :
Isnin :
10.00 pagi - 5.00 petang

Selasa - Khamis :
9.00 pagi - 5.00 petang

Jumaat :
9.00 pagi - 11.30 pagi 
2.00 petang - 5.00 petang

Sabtu :
9.00 pagi - 2.00 petang


Ahad & Cuti Umum :
Tutup

Sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Perpustakaan Cawangan Membakut di alamat seperti berikut :

Alamat :
Perpustakaan Cawangan Membakut

P.O.Box 45,
Poskod 89727, Membakut
Sabah, Malaysia.
Tel :+6087-886 072
Website : Library Membakut

Ulasan