Langkau ke kandungan utama

Pesta Kaamatan

Pesta Kaamatan atau juga disebut dengan nama Tadau Kaamatan merupakan salah satu pesta tradisional di Negeri Sabah yang juga merupakan pesta utama yang disambut bagi suku kaum Kadazan Dusun di negeri ini dan pesta ini telah disambut atau pun diamalkan sejak zaman dahulu lagi yang mana pesta ini biasanya akan diadakan selepas selesai menuai padi, oleh sebab itu pesta ini juga dikenali dengan nama Pesta Menuai bagi penduduk di negeri ini.

PESTA KAAMATAN



Kredit gambar : Hellosabah

Pesta Kaamatan yang juga disebut dengan nama Tadau Kaamatan oleh penduduk tempatan negeri ini merupakan salah satu pesta tradisional Negeri Sabah bagi suku kaum Kadazan Dusun dan sambutan pesta ini telah pun diraikan atau diamalkan sejak turun temurun lagi oleh suku kaum berkenaan yang mana bagi suku kaum Kadazan Dusun sambutan Pesta Kaamatan ini adalah sebuah perayaan khas yang disambut bagi menghormati 'Bambazon' iaitu Semangat Padi, oleh itu pesta ini juga dikenali dengan nama Pesta Menuai Padi. Pesta ini merupakan pesta paling popular dikalangan penduduk negeri Sabah.

Pesta Kaamatan mula diadakan di negeri ini pada tahun 1960 iaitu setelah ia diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni. Kemudian Allahyarham Tun Muhammad Fuad Stephen telah mengusulkan agar sambutan pesta ini diisytiharkan sebagi cuti umum bagi Sabah (Kerajaan Koloni pada masa itu). 


Akhirnya pada tanggal 31 Jun 1960, secara rasminya pesta ini telah diadakan buat pertama di negeri ini yang bertempat di daerah Penampang. Pesta ini kemudiannya dibuat di daerah lain di sekitar negeri Sabah seperti Keningau, Papar, Sandakan dan lain-lain lagi.

Oleh kerana tidak ada keseragaman tarikh sambutan pesta ini di setiap daerah walaupun sudah beberapa tahun diadakan, maka pada tahun 1985 Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang merupakan Ketua Menteri Sabah pada ketika itu telah menetapkan sambutan Pesta Kaamatan adalah sepanjang bulan Mei dan kemuncaknya adalah pada 30 Mei dan 31 Mei sekaligus menjadikan tarikh tersebut sebagai cuti umum bagi Negeri Sabah.

Terdapat pelbagai acara yang diadakan sempena Pesta Kaamatan iaitu seperti pertandingan tarian sumazau, pertandingan nanyian yang disebut Sugandoi, sukan rakyat, pertandingan memukul gong dan banyak lagi. Kemuncak bagi pertandingan ini dan yang paling dinantikan adalah pertandingan ratu cantik atau unduk ngadau.


Selain daripada pertandingan-pertandingan seperti diatas, terdapat juga acara lain seperti persembahan kebudayaan dan pameran keseian dan kraftangan Sabah. Pameran ini menonjolkan kraftangan tradisional yang merupakan hasil tangan daripada penduduk tempatan Sabah yang sudah pasti dapat menarik perhatian pelancong dalam dan luar negara.

Disamping itu ketika sambutan Pesta Kaamatan disambut, terutama sekali ketika tarikh kemuncak iaitu pada 30 dan 31 Mei terdapat banyak hidangan tradisional daripada pelbagai etnik yang ada di Sabah yang bukan saja dari suku kaum Kadazan-Dusun malah terdapat juga hidangan dari suku kaum yang lain. Dengan ini ianya dapat memberi peluang kepada orang ramai untuk merasa masakan tradisional di Sabah.

Kini Pesta Kaamatan bukan sahaja disambut oleh suku kaum Kadazan-Dusun, namun ia turut disambut dengan penuh meriah oleh semua etnik lain di negeri Sabah yang hidup harmoni walau mempunyai jumlah etnik yang banyak.

Ulasan