Langkau ke kandungan utama

Pulau Berhala

Pulau Berhala merupakan salah sebuah pulau atau tempat menarik di Sabah. Pulau ini terletak di daerah Sandakan, iaitu lebih kurang 15-20 minit perjalanan menaiki bot dari Pusat Bandar Sandakan.

PULAU BERHALA



Pulau Berhala adalah salah sebuah tempat menarik di Sandakan. Pulau ini juga adalah pulau peranginan yang paling dekat dengan bandar Sandakan iaitu kira-kira 15 hingga 20 minit perjalanan menaiki bot dan mempunyai keluasan kawasan kira-kira 5 hektar. Terdapat juga rumah api di pulau ini yang menjadi tarikan pengunjung untuk naik dan melihat pemandangan dari atas menara rumah api tersebut.

Pulau Berhala sangat sesuai untuk sesisi keluarga berkelah ketika cuti hujung minggu atau ketika cuti umum, ini kerana kedudukannya yang sangat hampir dengan tanah besar Sandakan dan dari pulau ini dapat dilihat dengan begitu jelas sekali tanah besar Sandakan.


Tidak banyak aktiviti laut yang boleh dilakukan di sini. Antara yang anda boleh buat untuk aktiviti laut adalah berenang di tepian pantai pulau. Aktiviti yang selalu orang lakukan di sini adalah mendaki (hiking). Terdapat 2 puncak bukit di pulau ini tapi biasanya orang akan pergi ke puncak yang di sebut Bohey Luyang. puncak ini mempunyai pemandangan yang cukup indah. 

Pengunjung yang datang ke sini berpeluang melihat keindahan laut dan pelbagai jenis burung terutama sekali burung pemangsa iaitu seperti Burung Helang Ular dan Burung Helang Laut yang banyak berterbangan di sekitar Pulau Berhala. 

Sekiranya pengunjung ingin ke sini bolehlah mendapatkan bot yang menuju ke Pulau Berhala. Terdapat 2 tempat untuk dapatkan bot untuk ke pulau ini iaitu satu berhampiran dengan Pasar Besar Sandakan dan satu lagi di jeti berhampiran dengan Pejabat Pos Bandar Sandakan. Tapi pastikan anda membuat tempahan pergi dan balik agar memudahkan segala perjalanan.

Ulasan