Pulau Bohey Dulang merupakan salah sebuah pulau yang terdapat di Negeri Sabah. Pulau Bohey Dulang terletak di dalam Taman Marin Tun Sakaran di daerah Semporna, Sabah.
PULAU BOHEY DULANG

Pulau Bohey Dulang adalah sebuah pulau yang terdapat dalam Taman Marin Tun Sakaran yang merupakan tempat menarik di Semporna. Pulau ini terletak kira-kira 1 jam perjalanan menaiki bot dari bandar Semporna. Pulau Bohey Dulang juga dianggap sebagai salah satu pulau yang unik. Ini kerana pulau tersebut mempunyai bentuk seperti orang sedang tidur apabila dilihat dari jauh. Terdapat juga sesetengah pelancong dari luar negara yang menggelarkan pulau ini dengan nama 'Sleeping Buddha' dan ada juga yang sebut 'Sleeping Old Man'.
Selain itu pulau ini juga merupakan salah satu pulau yang menjadi tempat penanaman rumpai laut dan merupakan salah satu tempat kajian yang begitu sesuai kepada para penyelidik-penyelidik hidupan marin terutamanya penyelidik daripada universiti tempatan dan juga universiti antarabangsa dari luar negara yang datang ke sini.
Pengunjung yang datang ke Pulau Bohey Dulang ini berpeluang melihat pemandangan dari atas puncak bukit yang sentinggi 700 meter yang cukup indah dan menghadap ke arah laut. Untuk hiking ke atas puncak bukit, anda hendaklah menyediakan kasut khas untuk mendaki (jangan pakai selipar ke sini). Pendakian ke puncak mungkin makan masa dalam beberapa minit bergantung kepada kecergasan anda. Biasanya pada hujung minggu dan cuti sekolah memang ramai pengunjung, jadi kalau anda tidak suka bersesak anda boleh pilih hari biasa seperti isnin hingga khamis.
Apa yang penting sebelum ke sini pastikan anda betul-betul berada dalam keadaan yang sihat dan juga cergas. Kalau anda ada penyakit seperti sesak nafas, sakit tulang, sakit belakang dan lain-lain lagi yang seumpamanya dan begitu juga dengan wanita hamil anda adalah tidak digalakkan kerana akan menaiki bot dengan laut yang begelombang dan berjalan meredah hutan untuk mendaki ke puncak bukit. Jadi sebaiknya minta nasihat terlebih dahulu daripada doktor.

Pulau Bohey Dulang dijaga dan diurus oleh Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (Sabah Parks) agar hidupan marin di pulau ini sentiasa terjaga dan terpelihara. Jadi kalau datang atau melawat ke sini sila pastikan anda tidak membuang sampah anda merata-rata tempat agar kawasan ini sentiasa terjaga kebersihannya dan hidupan marin di sini lebih selamat.
Untuk ke sini pengunjung yang datang dari luar daerah Sermpona, boleh menaiki bas yang menuju ke Semporna atau menaiki kenderaan sendiri dan seterusnya ke jeti untuk menempah bot. Pastikan pengunjung telah membuat temujanji dengan pengendali bot yang berdaftar perjalanan pergi dan balik agar memudahkan perjalanan anda nanti.
Nota :
Semua pulau-pulau yang yang berada dalam Taman Negara Tun Sakaran ini termasuklah Pulau Bohey Dulang tidak mempunyai penginapan. Namun terdapat beberapa pulau yang berdekatan yang mempunyai penginapan atau resort seperti Pulau Mataking dan Pulau Pom-Pom. Pilihan lain anda boleh juga kembali semula ke bandar Semporna dan mencari penginapan atau hotel.

Ulasan
Catat Ulasan