Langkau ke kandungan utama

Pulau Kapalai

Pulau Kapalai merupakan salah sebuah pulau yang terdapat di negeri Sabah. Pulau Kapalai terletak di dalam daerah Semporna, Sabah iaitu kira-kira 45 minit perjalanan menaiki bot dari Bandar Semporna.

PULAU KAPALAI



Pulau Kapalai adalah salah sebuah pulau cantik yang terletak di daerah Semporna iaitu kira-kira 45 minit perjalanan dari bandar Semporna dan 15 minit perjalanan dari Pulau Sipadan. Pulau Kapalai juga antara pulau yang sesuai untuk aktiviti menyelam. Pulau ini tidak ada tanah dan pantai jadi anda jangan terkejut bila sampai di sini dan ingin mencari pantai atau pokok-pokok seperti di pulau-pulau yang lain.

Apa yang unik di Pulau Kapalai adalah terdapat kira-kira 40 chalet yang dbina menggunakan kayu dan terletak di tengah lautan. Chalet-chalet ini dibina dan dihubungkan antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan kayu yang dibina dengan kukuh. Pengunjung yang berjalan di atas jambatan ini juga berpeluang melihat hidupan laut yang banyak berenang di sepanjang jambatan.


Di sini pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti berkayak, snorkeling, berenang dan menyelam. Peralatan untuk aktiviti ini juga ada disediakan untuk disewa. Bagi pengunjung yang tidak pandai menyelam, terdapat juga latihan menyelam yang disediakan bagi membolehkan pengunjung belajar cara menyelam dengan baik.

Antara kemudahan yang tersedia di Pulau Kapalai ini adalah seperti restoran, kedai cenderamata, bilik permainan, akses internet dan juga penginapan.

Pengunjung yang ingin ke sini dari luar daerah Semporna, boleh menaiki bas yang menuju ke Sermporna dan seterusnya ke jeti untuk menempah bot. Pastikan juga pengunjung membuat temujanji terlebih dahulu dengan pemandu bot agar memudahkan segala perjalanan ke pulau ini.

Ulasan