Langkau ke kandungan utama

Pulau Sepanggar

Pulau Sepanggar merupakan salah sebuah pulau menarik di Sabah. Pulau ini terletak di Sepanggar iaitu lebih kurang 10 hingga 15 minit perjalanan menaiki bot dari Bandar Kota Kinabalu, Sabah

PULAU SEPANGGAR

Sumber Gambar : Wikipedia

Pulau Sepanggar adalah salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu yang boleh dikunjungi jika datang ke Sabah. Pulau ini tidak jauh dari bandar Kota Kinabalu. Pulau iaitu lebih kurang 10 hingga 15 minit perjalanan menaiki bot laju dari Jesselton Point di pusat bandar Kota Kinabalu.

Pulau Sepanggar yang mempunyai pantai yang putih bersih serta air laut yang jernih amat sesuai untuk pengunjung yang inginkan suasana tenang sambil menikmati pemandangan yang indah kerana di sini tidak terlalu ramai pengunjung seperti di Pulau Manukan. Terdapat pelbagai kehidupan laut yang terdapat di pulau ini seperti ikan, terumbu karang dan lain-lain lagi.


Di sini pengunjung juga berpeluang untuk melakukan pelbagai aktiviti sama ada di darat ataupun laut seperti menyelam skuba, berkayak, seawalking, snorkeling, menaiki banana bot, ada juga untuk BBQ, memancing, meredah hutan (jungle trekking), dan lain-lain lagi.

Untuk ke sini pengunjung boleh menaiki bot yang terdapat di Terminal Feri Jesselton Point Waterfront. Pengunjung juga digalakkan untuk mencari ejen pelancongan yang berdaftar dan memastikan membuat tempahan untuk pergi dan balik agar memudahkan segala perjalanan ke Pulau Sepanggar.

Terdapat juga beberapa kemudahan yang telah disediakan di pulau ini iaitu seperti tandas awam, bilik air, bilik persalinan, lodge atau chalet bagi yang ingin bermalam di Pulau Sepanggar ini, restoran dan lain-lain lagi kemudahan untuk lebih memberikan keselesaan kepada anda jika ke sini.

Waktu operasi :
Setiap hari : 8.30 pagi - 5 petang
(sebaiknya tanya pemandu bot jam untuk pastikan jam berapa balik semula ke Kota Kinabalu, biasanya dalam jam 2 petang - 3 petang)

Harga tiket :
Sekitar RM50.00 pergi dan balik

Harga di atas ini tidak termasuk harga jika anda melalukan aktiviti di laut seperti menyelam, snorkeling, parasailing, seawalking dan lain-lain lagi.


Ulasan