Langkau ke kandungan utama

Pulau Tiga

Pulau Tiga merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Pulau ini adalah pulau peranginan yang terletak di dalam daerah Kuala Penyu, Sabah iaitu kira-kira 10 km dari Pekan Kuala Penyu

PULAU TIGA



Pulau Tiga adalah tempat menarik di Kota Kinabalu yang terletak dalam daerah Kuala Penyu, Sabah iaitu kira-kira 10 km perjalanan menaiki bot dari Pekan Kuala Penyu. Pulau Tiga juga dikenali dengan nama 'Survivor Island'. Pulau ini terletak dalam Taman Negara Pulau Tiga yang mana terdapat 3 pulau kecil di dalam Taman Negara ini iaitu Pulau Tiga, Pulau Kalampunian Damit dan Pulau Kalampunian Damit atau juga disebut sebagai Pulau Ular.

Pulau ini mempunyai pemandangan yang cukup indah, air yang jernih dan pantai yang bersih. Ia sememangnya sesuai untuk aktiviti berenang, snorkeling, berkayak dan menyelam, berkelah pada waktu malam (overnight camp). Terdapat juga kursus menyelam yang diberikan kepada pengunjung yang ingin belajar cara-cara menyelam dengan baik.


Selain daripada melakukan aktiviti dilaut dan pantai, pengunjung yang datang ke Pulau Tiga juga berpeluang untuk melakukan aktiviti mandi lumpur gunung berapi (mud volcano) yang merupakan tarikan utama pelancong datang ke pulau ini. Lumpur gunung berapi ini masih aktif dan dikatakan baik untuk kesihatan kulit. Siapa yang mahu mencuba bolehlah datang ke pulau ini. 

Terdapat beberapa buah resort yang ada di sini untuk pengunjung yang ingin bermalam di pulau ini. Terdapat juga kemudahan seperti meja dan tempat duduk yang dibuat dengan pelbagai bentuk yang terletak berhampiran dengan pantai. Kemudahan lain adalah seperti tandas awam, bilik mandi dan restoran yang dikendalikan oleh Pulau Tiga Resort.

Selain itu terdapat juga chalet dan juga 2 kabin milik pihak Taman Sabah. Chalet dilengkapi dengan perabot, bilik dan juga dapur, dan setiap bilik boleh memuatkan 4 orang dalam satu-satu masa. Setiap kabin pula dilengkapi dengan dapur, bilik mandi dan 2 bilik tidur setiap kabin dengan dengan katil 2 tingkap yang boleh memuatkan 8 orang dalam satu masa.

Sekiranya anda ingin ke Pulau Tiga boleh memandu sendiri atau menaik bas dari Kota Kinabalu yang menuju ke Kuala Penyu dengan jarak kira-kira 120 km kemudian menaiki bot dari jeti di Pulau Penyu untuk ke pulau ini. Selain itu panda juga boleh menghubungi mana-mana ejen pelancongan tempatan yang mempunyai pakej ke pulau ini untuk memudahkan lagi perjalanan pergi dan balik ke Pulau Tiga (pastikan ejen pelancongan tersebut adalah yang sah berdaftar).

Sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak Taman-Taman Sabah di alamat seperti di bawah ini  :

Alamat :
Sabah Parks
Block H, Level 1-5, Lot 45 & 46,
Signature Office, KK Times Square,
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Telefon : +6088 523500
Website :
 sabahparks

Ulasan