Pesta Regatta Lepa-Lepa merupakan salah satu pesta tradisional yang terdapat di negeri Sabah. Pesta Regatta Lepa-Lepa adalah pesta tradisi bagi suku kaum Bajau di Sabah terutamanya di Semporna.
PESTA REGATTA LEPA-LEPA

Pesta Regatta Lepa-Lepa merupakan pesta tradisi bagi suku kaum Bajau, terutamanya yang berada di daerah Semporna. Pesta ini mula diperkenalkan pada tahun 1994 dan ia akan diadakan setiap tahun dalam bulan April. Ketika mula diperkenalkan pesta ini hanya disambut di peringkat daerah Semporna sahaja. Oleh kerana sambutan pesta ini yang amat menggalakkan maka pesta ini kemudiannya diadakan dan disambut di peringkat negeri.
Kejayaan perlaksaan pesta ini yang begitu baik, akhirnya pada tahun 2003, Kerajaan Malaysia telah mengambil pesta ini dan dimasukkannya ke dalam kalender 'Pesta Air Malaysia' yang mana seterusnya menjadi salah satu acara tahunan bagi Negara Malaysia.
Pesta Regatta Lepa ini bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan lagi kesenian, kebudayaan dan adat suku kaum Bajau di Sabah terutama sekali di daerah Semporna. Kebanyakkan masyarakat Bajau akan berada di pesta ini untuk sama-sama menyambut dan mengikuti acara yang diadakan terutama sekali pertandingan untuk gelaran 'Lepa Tercantik'.
Sambutan pesta ini biasanya akan dijalankan selama 2 hingga 3 hari dengan peserta akan menghias cantik lepa mereka menggunakan renda, payung dan sambulayang yang berwarna-warni. Ketika berlangsung pertandingan untuk pemilihan 'Lepa Tercantik' semua peserta akan membawa lepa mereka dan bergerak dengan perlahan di hadapan pentas untuk dinilai oleh para juri.
Selain pertandingan lepa tercantik, terdapat juga beberapa acara lain yang dijalankan iaitu seperti lumba kelle-kelle, tarik tali lepa, lumba renang dan pertandingan menangkap itik.
Pesta ini juga biasanya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Acara Laut dan Acara Pentas Budaya dan Pameran. Acara laut diadakan di tepi pantai manakala acara pentas budaya pula di adakan di Padang Pekan Semporna yang membolehkan pengunjung melihat persembahan kebudayaan tempatan dari suku kaum Bajau Semporna.
Nota :
Lepa adalah sejenis bot atau perahu yang banyak digunakan oleh suku kaum bajau dalam kehidupan seharian mereka terutama sekali di daerah Semporna, Sabah.

Ulasan
Catat Ulasan